Kesatuan Mekayu Melaka Selepas Perang

Wednesday, January 28, 2009 | | | |

2.4 Kesatuan Melayu Melaka – Fasa Ke2 – Selepas Perang
(Kesatuan Melayu Melaka - Post Kelima)

Jepun menduduki Melaka selama, lebih kurang 3 tahun 8 bulan. Istiadat penyerahan kuasa pentadbiran Jepun kepada pihak Pentadbiran Tentera British di Melaka, diadakan pada hari Ahad, 16.9.1945 , di Bukit Bendera (Bukit St.Paul) Melaka. Istiadat penyerahan kuasa itu disaksikan oleh rakyat Melaka. Sebaik sahaja pihak British mengambil alih kuasa, langkah-langkah keamanan dan ketenteraman diadakan. Dalam masa memulihkan ketenteraman inilah Kesatuan Melayu Melaka dihidupkan semula. Kesatuan Melayu Melaka dihidupkan semula pada bulan Oktober,1945, kira-kira lebih kurang sebulan setelah penyerakan kuasa berlaku.. Kesatuan Melayu Melaka merupakan pergerakan politik/quasi politik pertama yang ditubuhkan di M elaka selepas perang .

Apa yang menhairankan tentang Kesatuan Melayu Melaka selepas perang ini ialah tidak ada seorang pun tokoh-tokoh sebelum perang terlibat dalam penubuhan semula Kesatuan ini. Semuanya adalah muka-muka baru. Mereka adalah terdiri dari :

Muhammad Ali Salleh - Pengerusi

Mohd Yusof Harun - Setiausaha

Hj Abd.Rahman Othman - Bendahari

Kesatuan Melayu Melaka mula aktif di Melaka Tengah. Kemudian ia bergerak ke Alor Gajah hingga Alor Gajah menjadi kubu Kesatuan Melayu Melaka. Kesatuan Melayu Melaka, Cawangan Alor Gajah ditubuhkan pada 25.1.1946, di Sekolah Melayu, Alor Gajah . Kira-kira 200 orang-orang Melayu hadir. Jawatankuasa yang dilantik terdiri dari:

Hj Talib Karim - Yang Di Pertua

Cikgu Ahmad Ghani - Setiausaha

Chiin Md Amin - Bendahari.

Tuan Hj Md Yusof Harun (Guru SITC)





HJ Talib Karim, aktif dalam Kesatuan Melayu Melaka selepas perang. Beliau menyertai Kongres PKMM di Ipoh.

0 comments:

Post a Comment