Marai Seinen Club

Saturday, January 31, 2009 | | | |
"SINARAN MATAHAR" lidah rasmi Marai Seinen Club

Marai Seinan Club ditubuhkan


Apabila pihak Jepun mengesan bahawa KMMM ada hubungan dengan MPAJA, semua pemimpin-pemimpin KMMM telah diminta menghadap Gabnor Ken Thurumi. Ken Thurumi telah memerintahkan supaya mereka membubarkan KMMM dan sebagai gantinya mereka diarahkan menubuhkan satu pertubuhan lain yang dinamakan ‘MARAI SEINEN CLUB” (MSC) Pemimpin-pemimpin KMMM diingatkan supaya jangan meneruskan ideologi perjuangan mereka, sebaliknya mesti terus memberikan perkhidmatan kepada Jepun.

Marai Seinen Club bermaksud Kelab Melayu Muda atau Kelab Belia Melayu. Jika ditinjau dari nama organisasi baru itu didapati perkataan ‘club’ lebih bermaksud atau berunsur sosial. Dengan tertubuhnya MSC Jepun berharap orang-orang Melayu tidak lagi bergerak dan berkecimpung dalam bidang politik. Dengan perintah Gabnor Ken Thurumi pemimpin-pemimpin KMMM telah mengadakan satu mesyuarat akhir KMMM bagi membubarkan kesatuan itu dan menubuhkan Marai Seinen Club sebagai gantinya, Mesyuarat itu diadakan pada bulan Mei 1942 dan satu Jawatankuasa telah dilantik bagi mengendalikan MSC

Ahli Jawatankuasa

MARAI SEINEN CLUB 1942/1943

Abdul Hamid Bin Hj Abdul Yang Di Pertua

Mohd Yusuf Harun Naib Yang Di Pertua

Sabar Daud

Md Hassan Abd Wahab Setiausaha Bersama

Hj Abd Rahman Hj Osman Bendahari

Hashim Abd Hamid Jawatankuasa

Ali Bulat Jawatankuasa

Md Yusof Hj Sulong Jawatankuasa

Md Dom Hussin Jawatankuasa

Hj Talib Hj Hashim Jawatankuasa

Kasudin Sabjan Jawatankuasa

Hj Abd Rauf Idris Jawatankuasa


Dalam masa 3 bulan KMMM berkuasa pada zaman pemerintahan Jepun itu, ia telah menarik ramai orang-orang Melayu menyertai PKMM. Walaupun KMMM telah dibubarkan dan digantikan dengan MSC tetapi orang-orang Melayu Melaka yakin MSC dapat terus membela nasib bangsa mereka. Ini menyebabkan bilangan ahli MSC bertambah ramai.

Untuk melicinkan pentadbiran MSC, yang meliputi kawasan seluruh Melaka, pemimpin-pemimpin MSC memutuskan yang setiap kawasan di luar kawasan bandar Melaka diadakan wakilnya. Dengan itu telah diadakan satu jabatan tambahan yang dinamakan Pengetua Jabatan yang terdiri dari

Ahmad Jamal Pengetua Jabatan kawasan Bandar Melaka

Yusuf Hj Munji Pengetua Jabatan kawasan Alor Gajah

Hj Md Amin Hj Yusuf Pengetua Jabatan kawasan Jasin

Hj Mokhti Hj Abd Hamid Pengetua Jabatan kawasan Merlimau

Hj Md Nor Hj Latif Pengetua Jabatan kawasan Nyalas

Putih Hj Tahir Pengetua Jabatan kawasan Masjid Tanah

Apa yang anihnya bagi kesatuan yang besar ini ia bergerak tanpa sebarang pelembagaan. Walaupun demikian MSC terus memperluaskan aktivitinya dalam berbagai-bagai aspek perjuangan mereka. Dengan itu MSC telah menubuhkan beberapa biro di bawah ketua-ketua yang dilantik.. Ketua-ketua itu pula menubuhkan jawatakuasanya kecilnya masing-masing untuk menjayakan gerak avtiviti yang diamanahkan kepada mereka. Biro-biro yang di tubuhkan terdiri dari

Mohd Yusuf Harun Biro Dakyah

Ahmad Jamal Biro Kebudayaan

Baba Janudin Biro Pelajaan

Md Nor Muhiddin Biro Kesihatan

Embi Abdullah Biro Perniagaan

Ibrahim Abd Rahman Biro Kampung

Shamsuddin Md Sin Biro Pertanian

Tamby Chik Hj Nordin Biro Permainan

Hj Abd Majid Hj Hussain Biro Perusahaan dan Perkulian

Bagitu rigid sekali MSC menubuhkan strategi mereka. Semua biro-biro yang ditubuhkan itu adalah untuk kepentingan orang-orang Melayu Melaka. Nyata sekali dari bukti-bukti di atas MSC bukan satu pergerakan sosial sahaja tetapi juga satu pergerakan sisio-politik.

Orang-orang Melayu Melaka , dalam zaman Jepun ini telah benar-benar sedar betapa pentingnya, pelajaran, kebudayaan, kesihatan, perniagaan dan pertanian dalam kehidupan orang-orang Melayu. Kesedaran inilah yang membuat anggota-anggota MSC bagitu yakin sekali tetantang perjuangan mereka.

Untuk menggalakkan lagi dakyahnya perjuangannya MSC secara tidak langsung, telah menjadikan majallah “SINARAN MATAHARI” sebagai lidah rasminya.

0 comments:

Post a Comment