Kesatuan Melayu Muda Melaka 1937

Saturday, January 31, 2009 | | | |
SITC - Di sinilah ramai nasionalis Melayu lahir

Kesatuan Melayu Muda Melaka (KMMM)


3.1 Penubuhan Kesatuan Melayu Muda Melaka

Satu lagi pertubuhan politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia II ialah Kesatuan Melayu Muda Melaka. Ia ditubuhkan oleh elit-elit Melayu yang radikal. Kebanyakan daripada mereka terdiri dari guru-guru Melayu Lepasan SITC.

Sebelum ini, Kesatuan Melayu Melaka (KMM), didapati bergerak dengan bagitu lesu. Setiap pergerakkan mengikut peraturan dan pelembagaan akhirnya membawa kesan yang amat mengeciwakan. KMM tidak bejaya menempatkan seorang Melayu pun ke dalam Majlis Perundangan Negeri atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan atau Majlis Luar Bandar. Akibat dari itu lahir beberapa-beberapa orang pemuda yang radikal yang mahu berjuang dalam politik secara ‘open struggle’ Pemuda-pemuda itu rasa masanya telah sampai untuk mereka berjuang menentang penjajah British.

Sememang tidak boleh dinafikan bahawa golongan-golongan SITC yang banyak bertanggungjawab bagi melahirkan Kesatuan Muda Melayu Melaka (KMMM). Penubuhan Kesatuan Melayu Muda Melaka ini diadakan di Sulaiman Restoran, Wolferston Road (Jalan Bendahara) Melaka. Ibrahim Yaakub, Onan Siraj, Hassan Manan dan Abdullah Kamel adalah di antara pegawai-pegawai Kesatuan Melayu Muda Pusat yang turut hadir dalam majlis penubuhan itu. Dalam majlis itu satu jawatankuasa Kesatuan Melayu Muda Melaka telah dipilih.

Jawatankuasanya Kesatuan Melayu Melaka 1937

Cikgu Md Isa Mahmud Ketua I

Md Said Kemat Ketua II

Cikgu Ibrahim Endut Setiausaha

En Ibrahim Abu Bendahari

Cikgu Md Yusof Harun Pemeriksa Kira-Kira

Cikgu Othman Shawal Jawatankuasa

Cikgu Ali Bulat Jawatankuasa

Cikgu Bahari Wahid Jawatankuasa

En Kidam Manap Jawatankuasa

Encik Sharif Taha Jawatankuasa

Encik Othman Ismail Jawatankuasa

Encik Hashim Hamid Jawatankuasa

Golongan ini dikatakan oleh W.R.Roff sebagai ‘Malay educated Intelligentsia’. Sebahagian guru-guru Melayu berkelulusan SITC telah menjadi ahli Kesatuan Melayu Muda Melaka. Graduan SITC ini berada selama tiga tahun di SITC, Tanjung Malim, telah dipengaruhi oleh elemen-elemen radikal dari pusat perguruan itu. Mereka ini sangat mudah terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh politik dan perubahan-perubahan sosial kerana mereka akan lebih beruntung dari perubahan-perubahan itu. Mass media revolutionary dari Indonesia dan dari Timur Tengah telah banyak mempengaruhi jiwa mereka. Elemen-elemen radikal itu bukan sahaja menyerap kepada penuntut-penuntut malah kepada pensyarah-penyarah mereka.

Pensyarah-pensyarah juga turut terlibat memberikan semangat dan kesedaran kepada anak-anak bangsanya supaya mereka membela nasib bangsa apabila mereka pulang ke pangkuan masyarakat semula. Di antara ramai yang memberi kesedaran itu termasuk Cikgu Harun Md Amin (Harun Aminurrashid), Abd Hadi Hassan dan termasuk O.T.Dussek sendiri.

Graduan ini selama menuntut di SITC sentiasa terdedah dengan ideologi-ideologi perjuangan politik yang radikal yang pernah wujud di SITC seperti Ikatan Pemuda Melayu Malaya dan Ikatan Semenanjung Borneo. Ideologi radikal ini sebahagian besarnya lahir dari Indonesia dan telah meresap ke sini. Ianya sangat senang diresapi kerana Kesatuan Melayu Muda terdiri dari orang seberang atau keturunan dari seberang.

Sekembali mereka ke Melaka, mereka telah mempengaruhi rakan-rakan muda mereka di Melaka. Majoriti pemuda-pemuda telah tertarik dengan pergerakan itu. Mereka inilah yang menubuhkan Kesatuan Melayu Muda Melaka. Penubuhannya merupakan satu protes terhadap Kesatuan Melayu Melaka yang dimonopoli oleh golongan konservertif yang tidak pernah memperlihatkan kesan-kesan positif dalam perjuangan politik mereka.

Dengan ideologi yang radikal dan revolutioner yang dijiwai oleh pemikiran yang lebih aggresif mereka berharap akan dapat menggetarkan pemerintah Inggeris.

Setelah Kesatuan Melayu Muda Melaka wujud, Kesatuan Melayu Melaka rasa kurang senang pada golongan pemuda itu. Mereka menganggap pemuda terlalu emotional dan menjalankan tugas mereka atau bertindak secara terburu-buru. Mereka kuatir sikap demikian akan mengakibatkan huru-hara dalam masyarakat. Tetapi bagi pemuda itu mereka tetap menjalankan kempennya bagi meramaikan ahli dan menyibarkan ideologi perjuangan mereka, Mengikut Ibrahim Yaakub, Kesatuan Melayu Muda


“ ……..akan menumpukan tenaga bagi menyibarkan ideologinya kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan intellek Melayu khasnya guru-guru dan wartawan-wartawan..”


3.2 Kesatuan Melayu Muda Melaka diharamkan Kerajaan British

Melihatkan perjuangan Kesatuan Melayu Muda Melaka mengcurigakan, menjelang Parang Dunia II, Kerajaan Inggeris telah bertindak mengharamkan KMMM. Mereka telah menjalankan operasi menangkap pegawai-pegawai KMMM dan lain-lain pemimpin KMMM kerana mereka dapati yang KMMM telah memberi kerjasama kepada musuh-musuh Inggeris.

Pada waktu itu ramai anggota KMM berkhidmat dengan Malacca Volunteer Corps (MVC) dan telah dihantar ke Singapura untuk berkhidmat di sana. Dengan itu Cikgu Md Isa Mahmud, Encik Md Said Kemat, Cikgu Ibrahim Endut, Encik Saonan Arshad, Encik Mahmud Hj Ibrahim, Cikgu Bahari Wahid dan Encik Sulaiman Ismail, yang pada masa itu berada di Singapura, telah ditangkap lalu dipenjarakan di penjara Outram dan Changi. Manakala yang ditangkap di Melaka dipenjarakan di Penjara Banda Hilir.

15.2.1942 adalah tarikh Inggeris menyerah kalah kepada tentera-tentera Jepun di Tanah Melayu dan Singapura. Sebaik sahaja Jepun berjaya menakluki Singapura dan Tanah Melayu, semua tahanan telah dibebaskan. Kebanyakan pemimpin-pemimpin Kesatuan Melayu Muda Melaka telah kembali ke Melaka dan ada yang meneruskan perjuangannya dalam politik bagi membela bangsa dan tanah airnya.

0 comments:

Post a Comment