Showing posts with label Kesatuan Melayu Melaka. Show all posts
Showing posts with label Kesatuan Melayu Melaka. Show all posts

Melayu Melaka dipengaruhi PKMM

Wednesday, January 28, 2009 | | | 0 comments |

2.7 Parti Kebangsaan Melayu Malaya mempengaruhi KMM - 1946

Kesatuan Melayu Melaka - Post Ke 6 -

Ketika KMM dalam proses membangun semula datang seorang wakil dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), dari Ipoh Perak, Raja Othman Bin Raja Ngah mempelawa KMM menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Beliau telah menerangkan dasar-dasar PKMM dan berharap KMM dapat bersama dengan mereka. PKMM berharap dapat kerjasama dari KMM untuk mereka bertapak di Melaka kerana mereka nampak bahawa Melaka mempunyai potensi sebagai kubu parti kiri yang kuat. Ini adalah kerana Melaka tidak bersultan.

Pemimpin KMM tidak menerima pelawaan itu secara terburu-buru. Sebaliknya KMM telah menghantar Hj Talib Karim menyertai Kongres PKMM I di Ipoh . Tujuannya ialah untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang perjuangan PKMM. Melalui pengalaman yang lama di Indonesia, dan berkawan rapat dengan anggota Parti Komunis Indonesia (PKI), beliau dapati perjuangan PKMM sangat condong kepada komunisma. Gerakgeri mereka dan perjuangan mereka tidak ubah seperti Parti Komunis Indonesia. Semasa di Ipoh beliau dapati anggotanya memakai baju dengan memasukkan bahagian belakangnya dan mengeluarkan bahagian hadapannya. Ini adalah salah satu perlakuan anggota PKI. Gerak geri Mokhtaruddin Lasso tidak ada bezanya dengan pemimpin-peminpin Parti Komunis Indonesia.

Sebagai seorang yang berpendidikan agama Tuan Hj Talib tidak sedikit pun tertarik dengan perjuangan PKMM itu. Segala apa yang beliau lihat di Ipoh meyakinkan beliau bahawa PKMM mudah diresapi oleh ideologi komunis. Bagi Hj Talib PKMM bukan bermaksud Parti Kebangsaan Melayu Malaya sebaliknya Parti KOMUNIS Melayu Malaya.

Sekembalinya dari Ipoh beliau telah membuat satu laporan lengkap mengenai PKMM. Laporan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatan Kuasa KMM dan majlis sebulat suara menolak PKMM. KMM kini bergerak mengikut landasanya sendiri. Pengaruhnya sangat kuat di Alor Gajah dan Melaka tengah . Golongan yang terpengaruh terdiri dari golongan yang ‘moderate’ perjuangannya.

Disamping itu, PKMM yang gagal mempengaruhi KMM terus mengembangkan pengaruhnya di Melaka dengan menpengaruhi golongan-golongan radikal. Mereka ini adalah terdiri darui guru-guru yang baru keluar dari Sultan Indris Training College (SITC) Tanjung Malim serta pemuda-pemuda yang radikal sifatnya.

Pilitik Awal Melayu Melaka

| | | 0 comments |

Kesatuan Melayu Melaka Membantu membeli Kapalterbang “Spitfire”
(Post Keempat)

Walaupun perjuangan orang-orang Melayu tidak dihiraukan namun Kesatuan-Kesatuan Melayu Negeri-Negeri Selat termasuk Sarawak dan Brunei telah memberikan segala kerjasama kepada Inggeris. Ini dapat dilihat apabila mereka berpakan mendapatkan derma untuk membeli sebuah kapalterbang pejuang “Spitfire” bagi menghadapi peperangan dengan Jepun.

Dalam satu persidangan Kesatuan dan Persatuan Negeri-Negeri Melayu pada bulan Januari 1940, satu usul telah diterima iaitu mengadakan “LOTERI BANTUAN PERANG” . Usul ini diterima sebulat suara dan tugasnya diberikan kepada Kesatuan Melayu Negeri-Negeri Selat.

Perbincagan telah dijalankan dan ketetapan yang dibuat ialah;

a. 40% dari wang kutipan harga tiket loteri dijadikan derma kapalterbang

“SPITFIRE’

b. 50% sebagai hadiah kepada pemenang-pemenang dan wang kemenangan

dibelikan “Saving Certificate” Pinjaman Perang itu.

i. 20% hadiah pertama

ii. 10.5 % hadiah kedua

iii. 6 % hadiah ketiga

iv. 13.5 % hadiah tambahan

c. 10% lagi dijadikan belanja menguruskan Loteri Perang.

Ini adalah salah satu contoh kerjasama Persatuan dan Kesatuan Melayu Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat yang diberikan kepada kerajaan Inggeris, malangnya kerajaan Inggeris cukup sukar untuk menunaikan permintaan orang-orang Melayu. Empat tahun Kesatuan Melayu Melaka berfungsi tetapi tidak kelihatan kesan yang benar-benar positif . Kegagalan perjuangan Kesatuan Melayu Melaka telah membuat satu golongan orang-orang Melayu Melaka yang lebih muda dan lebih radikal membentuk Kesatuan Melayu Muda, Melaka. (KMMM) Golongan muda ini menganggap Kesatuan Melayu Melaka dianggotai oleh kaum barjuois-feudalis yang konservatif bergerak dengan langkah yang cukup lembap. Perjuangan Kesatuan Melayu Muda Melaka bergerak separuh jalan setelah berlakunya perang Dunia Ke2.

Apabila berlakunya Perang Dunia II, tidak lagi kedengaran perjuangannya tetapi ia dihidupkan semula selepas Perang dengan wajah dan bentuk yang baru.

Politik Awal Melayu Melaka

| | | 0 comments |

2.4 Diskriminasi Sosial

Kesatuan Melayu Melaka – Post Ketiga)

Diskriminasi sosial wujud di Melaka adalah sangat hebat. Orang-orang Melayu sentiasa dipandang rendah oleh bangsa-bangsa asing. Masyarakat Bandar khasnya menganggap orang-orang Melayu sebagai golongan yang paling ‘inferior’ . Dalam satu majlis yang dihadiri oleh bebagai-bagai kaum orang Melayulah yang dianggap taraf yang paling rendah dan duduk mereka yang paling jauh atau paling belakang. Orang-orang Islam dan berketurunan Arab dan India juga menganggap orang Melayu sebagai ‘low class’ atau ‘third class society’ . Dalam majlis jamuan mithalnya, orang-orang Melayu biasanya ditempatkan di hujung-hujung balai atau jika tidak mencukupi tempat orang Melayulah yang terpaksa berdiri.

Sifar beza membeza di kalangan orang-orang Islam sendiri telah mendatangkan kemarahan orang-orang Melayu. Dalam tahun-tahun 1930an soal darah keturunan Keling (DKK) dan darah keturunan Arab (DKA) amat hangat sekali dibincangkan. Faktor ini juga menjadikan orang-orang Melayu jati di Singapura menubuhkan KMS. Akhbar-akhbar dan majallah-majallah yang dipimpin oleh orang-orang Melayu banyak sekali melancarkan ‘perang’ Anti-DKK dan Anti-DKA. Tekanan sosial terhadap kaum Melayu bagitu hebat. Jadi tidak hairanlah jika terdapat ramai elit-elit Melayu bangun untuk menyelamatkan bangsa mereka.

Majority daripada pemimpin-pemimpin yang dilantik terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan . Mereka adalah golongan yang sentiasa terikat dengan “General Order” . Sudah pasti segala gerak geri dan tindakan mereka berpandukan pada lunas-lunas pelembagaan. Ramai di antara mereka yang berpendidikan Inggeris sudah diorientasikan dengan nilai-nilai Inggeris dan sentiasa ‘menurut perintah, dan tidak tahu melawan. Akibat dari itu hingga Perang Dunia II tuntutan mereka tidak pernah berjaya.

Berbeza dengan KMS, En Yunos Abdullah dan beberapa orang rakan Melayunya ada di dalam Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri Selat bagi menyuarakan nasib orang-orang Melayu Singapura. Salah satu kesannya yang paling berjaya ialah mendapatkan tanah di “Kampung Melayu “bagi orang-orang Melayu apabila kerajaan Inggeris melaksanakan projek Lapangan Terbang di Kallang.

Malangnya KMM tidak pernah berjaya dalam tuntutan mereka. Memorandom mereka biasanya ditolak bagitu sahaja oleh Inggeris. Perjuangan Kesatuan Melayu Melaka digambarkan,

Dalam lapangan siasah pula, orang-orang Melayu Singapura telah menubuhkan Kesatuan Melayu dengan menpunyai dua cawangan di Melaka dan Pulau Pinang. Tetapi pergerakan siasah pada waktu itu tidaklah bagitu kencang sebab politik pada masa itu telah dimomok-momokan oleh kerajaan penjajah “.

Salah satu perjuangan kosong Kesatuan Melayu Melaka dapat dilihat dalam Persidangan Majlis Negeri-Negeri Selat pada 26 dan 27.1.1940. Dalam Persidangan itu telah mendesak kerajaan Inggeris menyediakan sekolah-sekolah pertukangan dalam bahasa Melayu dan juga mendesak kerajaan menyediakan biasiswa untuk anak-anak Melayu. Sesungguhnya usul-usul itu telah dipanjangkan kepada pihak Inggeris tetapi malangnya tidak ada satu kesan pun yang efektif. Ini menunjukkan sikap ‘non-responsive’ Inggeris terhadap Kesatuan Melayu Melaka.