Sensor Maths

Monday, January 26, 2009 | | | |

Mathematic Sensor
Setiap kali keluar keputusan peperiksaan Awam masyarakat sentiasa membincangkan kelemahan pelajar-pelajar dalam matematik dan Sains. Isu kelemahan dalam kedua-dua displin ilmu ini seolah-olah menjadikan satu isu nasional. Kelemahan pelajar-pelajar ini bukan sahaja dirasai oleh negara Malaysia malah banyak ngeri di serata dunia. Sudah tentu banyak faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar hingga mereka lemah dalam mata pelajaran ini.

Dalam hal ini banyak sekali sebab-sebab yang diberikan atas kelemahan ini, termasuk pelajar, guru, ibubapa, masyarakat, Kementerian Pendidikan, sistem pendidikan menerima tuduhan ini. Tuduhan ini tidak akan berakhir selagi ada manusia yang membuat penilaian. Oleh itu adalah elok tuduhan yang sia-sia ini dan cari jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Tuhan berfirman dalam Al-Quran, yang bermaksud

" Tidakkah kamu berakal" atau " Mengapa tidak kamu menggunakan akal kamu " Mengapa mereka tidak berfikir

Setelah membuat kajian, saya dapati antara kelemahan pelajar-pelajar dalam matematik adalah kerana kelemahan menguasai kemahiran asas Matematik sejak dari Tahap satu sekolah rendah. Seseorang pelajar yang lemah kemahiran asas akan menghadapi masalah apabila masuk ke dalam kemahiran seterusnya. Pelajar yang menhadapi masalah TAMBAH akan menghadapi masalah dalam mendarab sebab terdapat proses menambah dalam kemahiran mendarab. Ini ditambah dengan masalah mengusai kemahiran berSIFIR.

Begitu juga masalah menolak. Jika pelajar di peringkat bawah tidak boleh menolak dengan baik, sudah pasti ia akan menghadapi masalah memBAHAGI sebab banyak proses menolak dalam kira-kia bahagi.

harus mengubah

Begitu juga denan SIFIR, sifir dianggap sebagai nadi Matematik. Kegagalan mengusai kemahiran Bersifir akan melemahkan pengusaan Matematik. Untuk mengusai kemahiran pecahan, pepuluhan, purata, peratus, ukuran panjang, masa dan waktu, isi pasu cecair, wang, timbangan berat dan lain-lain aspek semuanya memerlukan sifir untuk proses mendarab dan bahagi

Menyedari hakikat ini MATEMATIK SISTEM SENSOR memberikan alternatif sebagai salah satu jalan keluar bagi memudahkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran matematik. Pelajar dan guru harus mengubah paradigm ke arah lebih praktikal dan realistik. Tambahan pula kita mempratikkan kemahiran berfikir secara kritikal dan kritis (KBKK) dalam kurikulum kita.

MATEMATIK SENSOR senonim dengan namanya banyak menggunakan "SENSES' atau PANCA INDERA atau MINDA amat aktif digunakan. Tidak banyak proses menghafal tetapi " proses application of knowlegde of knowledge" banyak di utarakan. Kita lemah kerana kita " Kurang menggunakan akal atau minda kita".

Matematik Sensor menbangunkan daya pemikiran pelajar hingga mereka terpaksa menggunakan minda kanan dan kirinya ke peringkat maksimum.

Apabila mereka tela berjaya mengusai kemahiran asas Matenatik dengan baik mereka tidak lagi bersikap negatif terhadap matematik. Mereka menganggap matematik sebagai teman mereka yang akrab atau mesra.

Matematik adalah "Thingking Subject" Mereka yang berjaya menguasai Matematik akan mengusai lain-lain cabang ilmu dangan baik juga. Insyallah!

0 comments:

Post a Comment