Permulaan Nasionalisma Melayu Melaka
Pelatih Adab – 1909 di Limbungan
Jami Al-Bariwah Bihar Club – 1909 di Tengkerah
Narul Mathom Club – 1911 di Umbai
Mohamedian Club – 1913 di Tanjung Keling
Persenangan Association – 1920 di Lereh
Setia Jaya Club – 1922 di Pulau Sebang
Seri Penghibur Club – 1923 di Serkam
Sentosa Persenangan Club – 1923 di Pengkalan Rama
Pelatih Setia Club – 1927 di Masjid Tanah
Perkumpulan Khairat Kematian - 1938 di Serkam
Malacca Motor Muslim Association –
Akhbar
SUARA BENAR
Akhbar pertama di Melaka
2.9.1932 - 28.2.1933
(Jumaat) ( Selasa
Motif utama, selain dari menyampaikan berita terkini, juga memberi kesedaran kepada orang-orang Melayu tentang nasib dan masa hadapan mereka. Berbagai-bagai polimik terdapat dalam suara benar. Soal-soal Melayu dan Malayan, soal rakyat dan kerayatan , soal hak dan kewajipan, soal perjawatan dan soal ekonomi menjadi topik yang didebat antara Suara Benar dengan Malacca Guardian. Sambutan orang ramai terhadap Suara Benar amat mengalakkan. Ini dapat dilihat respon mereka melalui
Pekerjaan
Pengurus Umum 27 34 8
Ketua Pegawai 4 114 426 668
Jabatan Jurutera 4 814 109 287
Keretapi 1 545 493 154
Jabatan Simpanan 104 19 15
Jabatan Kesihatan 99 1 5
Telefon 407 27 89
Jabatan Binaan 499 493 40
Jumlah 12 113 1 613 1 472
Statistik di atas jelas menunjukkan bilangan orang-orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan jauh ketinggalan berbanding dengan kaum
Mereka yang banyak menyumbangkan artikel-artikel, rencana, dan berita terdiri dari elit-elit Melayu yang berpendidikan Melayu, Inggeris dan Arab. Antara mereka terdiri dari pengarangnya sendiri iaitu:
Hj Taib Hj Hashim (Didikan Inggeris dan Ahli perniagaan yang berjaya)
Hj Jeti Hj Ahmad (Guru Lepasan Maktab Melayu Melaka 1918-1920)
Sheikh Omar Bin Sheikh Ahmad (Ahli perniagaan)
Hj Omar Bin Hj Othman (Tokoh Agama)
Daud Manas (Guru - Pemberita bagi kawasan di daerah Jasin)
Salleh Mohd Arif (Guru - Pemberita bagi kawasan di daerah Alor Gajah)
Tamby Chik Karim dan Yaakub Manaf (bagi kawasan Masjid Tanah)
Hj Latiff Bin Tamby Hj Taib Bin Hj Hashim
Seorang ulamak dan hartawan Melaka
Penerbit dan Pengarang SUARA BENAR
Tuan punya Lattefiah Press Melaka
yang menerbit SUARA BENAR
Akhbar Suara Benar:
Akhbar ini dicetak dan diterbitkan oleh Lattefiah Press Melaka. Ia dikeluarkan dua kali seminggu setiap hari Jumaat dan Selasa. Harganya 10 sen senaskhah. Akhbar bertulisan jawi ini diketuai oleh Haji Mohd Taib Bin Hj Hashim. Beliaulah penerbit dan juga pengarangnya. Percetakan ini dimiliki oleh seorang saudaga Melayu Melaka Tuan Haji Abd Latif Tamby. Beliau adalah seorang ulama pedagang yang lahir di Tengkerah Melaka pada tahun 1850 dan meninggal dunia pada 1938.
Suara Benar merupakan permulaan kelahiran semangat nasionalisma orang-orang Melayu Melaka. Melalui akhbar inilah mereka dapat melahirkan perasaan mereka sambil memperjuangkan hak orang-orang Melayu Melaka. Melihatkan kejayaan orang-orang Melayu Singapura, orang-orang Melayu Melaka juga, yang sama-sama berada di Negeri Selat berharap nasib orang Melayu dapat diubah melalui tulisan-tulisan dalam akhbar Suara Benar ini. Malangnya hayat Suara Benar tidak panjang, namun bagitu sedikit sebanyak telah dapat memberikan kesan yang positif kepada orang-orang Melayu Melaka.
0 comments:
Post a Comment