Missi Merdeka di Melaka

Thursday, January 29, 2009 | | | |
Tunku melambai tangan sebelum bertolak ke London di East Wharf, Singapura

Post 1

Menyambut Kepulangan MISSI Kemerdekaan

Melaka - (20.2.1955)

Missi Merdeka ke London

Salah satu peristiwa paling bersejarah dalam negara ialah Menyambut Kepulangan Missi Kemerdekaan dari London.. Ini adalah satu kejayaan UMNO Melaka khasnya dan UMNO Malaya amnya. Missi Merdeka itu diketui oleh Tunku Abd Rahman yang lainnya terdiri dari Dato Abd Razak Bin Hussin, Dato Nik Kamil, A.Aziz, Menteri Besar Selangor, Kolonel H.S.Lee , Dr Ismail, Menteri Hasil Dalam Negeri, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Mohd Seth, T.H.Tan dan A.Kadir.

Rombongan itu bertolak ke London dengan kapal laut melalui Singapura. Mereka tidak menggunakan Kapal terbang kemungkinan besar kerana masalah kewangan. Mungkin Derma Kemerdekaan tidak mengizinkan mereka pergi ke London dengan Kapal terbang. Mereka dijangka mengadakan perbincangan dengan kerajaan British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Tunku dan ahli rombongannya dijangka akan membawa balik

‘TARIKH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU”

Seperti kata Tunku

“My only ambition is to come back from London

and announce the date of Malaya’s Independence

Tunku telah bertolak dari hotelnya di Singapura dan diberi selamat jalan yang meriah sekali. Perarakan yang berwarna warni diadakan sepanjang-panjang jalan dari hotelnya ke East Warf . Terdapat perarakan sepanjang Connaught Drive, Colley Quey, Robinson Road, Anson RoadEast Warf. hingga k Sebelum berlepas Tunku berkata:

… If I fail in my task the people will kick me out …”

Tunku dijulang oleh penyokong-penyokongnya ke East Wharf, Singapura
untuk ke
London

Pemergian missi in amat besar ertinya kepada perjuangan UMNO tanahair. Semasa rombongan itu berada di London semua rakyat di Tanah Melayu khasnya pejuang-pejuang politik sama-sama berdoa agar misi itu berjaya. Perbelanjaan pemergian misi itu adalah atas sumbangan rakyat yang dikutip melalui “Tabung Derma Kemerdekaan” yang telah di rancang seawal-awalnya pada 6.4.1953 dalam Persidangan Agung UMNO di Melaka. Tentang pungutan “Derma Kemerdekaan” ini dapat di ketahui melalui setiap Keluaran Malaya Merdeka melalui muka surat khas.

Tujuh minggu Missi Merdeka meninggalkan tanahair dengan penuh keyakinan untuk mendapatkan “Tarikh Kemerdekaan.” Rakyat menunggu dengan penuh kesabaran. Di samping itu ahli politik tanahair memikirkan cara yang terbaik untuk menyambut kepulangan Missi Kemerdekaan itu.

...bersambung ke Post 2

0 comments:

Post a Comment