KESATUAN MELAYU MELAKA
(Post Pertama)
Pertama: Kesatuan Melayu Melaka 1937 hingga 1941- sebelum perang
Kedua : Kesatuan Melayu Melaka 1945 hingga 1948 – selepas perang
2.1 KMM Sebelum Perang
(Penerbitan ini diuasahakan oleh Kesatuan Melayu Singapura)
Perjuangan KMS tidak hanya terhad kepada Singapura sahaja, malah mereka sentiasa bersimpati dengan kaum bangsanya yang berada di Negeri-Negeri Selat yang lain seperti Melaka dan Pulau Pinang kerana kedua-duanya tidak mempunyai sultan untuk membela nasib orang-orang Melayu yang sentiasa tertindas itu. KMS banyak sekali membincangkan masalah-masalah orang-orang Melayu serta mengsyorkan langkah-langkah bagi membaiki nasib mereka. Usaha mereka hendak menolong kaum bangsanya pernah mendapat sokongan Pagarang Straits Times Singapura, seperti yang tersiar dalam rencana pengarangnya pada 14.5.1937.
Soal-soal yang dibangkitkan oleh KMS termasuk soal-soal kesempitan hidup orang-orang Melayu di bandar, mata pencarian seperti buruh, kuli dan nelayan, soal-soal pelajaran, hak-hak orang Melayu dan seumpamanya banyak dibangkitkan dan diberi penekanan. Orang-orang Melayu sentiasa berada di strata sosial yang paling bawah sekali. Straits Times, Singapura
“ … menjadi kuli …… rakyat Melayu yang diam di pantai-pantai dan keliling Pulau Singapura yang mencari kehidupan bekerja menangkap ikan.Adapun ikan yang dijual mereka itu di pantai-pantai dan kemudian pula dijual di pasar-pasar sangatlah berjauhan harganya yang mengejutkan seseorang, dan jika ada seorang pegawai kerajaan yang boleh mengaturkan sesuatu peraturan supaya keuntungan peraih-peraih itu dikurangkan maka satu kebajikan yang amat besar lagi yang sebenarnya boleh ia menabur di atas nelayan-nelayan Melayu Singapura….”
Mengenai sekolah-sekolah vokasional, Pengarang Straits Times itu menerangkan.
“ …adapun sekolah-sekolah pertukangan yang ada dalam
Singapura itu tidaklah berfaedah dan berguna kepada
kebanyakan belia-belianya sebab sekolah itu menerima
budak-budak daripada sekolah Inggeris sahaja ……”
Segala masalah yang berlaku di Singapura juga terdapat di Melaka dan di Pulau
ekonomi dan politik KMS telah menunjukkan simpatinya dengan niat yang suci bagi menolong mereka. KMS rasa Melaka juga perlu mempunyai satu kesatuan seperti KMS. KMS mahu menyelamatkan orang-orang Melayu dari penekanan dan penindasan orang-orang asing khasnya dalam bidang ekonomi dan sosial. Pada waktu itu diskriminasi sosial yang hebat diterima oleh orang-orang Melayu.
0 comments:
Post a Comment