Politik Awal Melayu Melaka

Tuesday, January 27, 2009 | | | |

Kesatuan Melayu Melaka
(Post Kedua)

2.3 Penubuhan Kesatuan Melayu Melaka

Di Melaka tidak ada satu pun persatuan yang boleh membangunakan orang-orang Melayu yang sentiasa tertindas itu. Memandangkan perkara-perkara inilah pemimpin KMS telah berhubung dengan beberapa pemimpin masyarakat Melayu Melaka . Di anatara orang-orang yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu Melaka ialah, Tuan Hj Muhammad Bin Hj Abd.Rahman JP, CH. , seorang pedagang dan hartawan yang terkenal di Melaka, Demang Hj Abd Ghani Hj Abd Rahman, seorang demang yang berpengaruh di Bandar Melaka. Beliau berkuasa bagi kawasan Bukit China, Pengkalan Rama dan Bacang, Abdul Jalil Othman, seorang nazir yang berpengaruh di Melaka, dan Othman Kering . Datuk Naning. Beliau adalah seorang tokoh terkenal dan sangat berpengaruh di Melaka. Mereka juga sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di Singapura. Mereka melihat sendiri kejayaan orang-orang Melayu Singapura dalam tuntutan mereka termasuk mendapatkan tanah khas untuk orang-orang Melayu di Geylang. Nasib orang-orang Melayu terbela dan tidak merempat di Singapura. Ramai orang-orang dari semenanjung yang berhijrah ke Singapura untuk membaiki taraf sosial mereka. Satu contoh yang nyata ialah Sudin Abdul Rahman berhijrah ke Singapura semasa mudanya dan berjaya menjadi Inspektor Polis di sana.


Mereka adalah orang-orang Melayu di Melaka yang menyahut seruan pemimpin-pemimpin KMS. Pertemua kedua-dua pihak sering berlaku. Jika di Melaka diadakan di rumah Tuan Hj Muhammad sendiri. Kadang-kadang orang Melaka ke Singapura. Tuan Hj Mokhti Abdul Hamid pernah mengikut Tuan Hj Muhammad Abd Rahman ke Singapura pada awal tahun 1937.

Pertemuan ini telah menjadi kenyataan. Satu Majlis penubuhan Kesatuan Melayu Melaka diatur. Majlis tersebut diadakan pada hari Ahad, 26 September, 1937 , jam 4.30 petang di rumah Kesatuan Guru-Guru Melayu Melaka , Bukit Cina Melaka.

Dalam sejarah perkembangan politik Melayu melaka, ini adalah merupakan satu organisasi politik atau quasi politik yang paling awal ditubuhkan . Organisasi ini diharapkan menjadi faktor utama perpaduan orang-orang Melayu Melaka. Dalam majlis penubuhan itu, nyata sekali kecenderungan pemimpin-pemimpin KMS untuk sama-sama membela nasib orang-orang Melayu Melaka. Ramai pegawai-pegawai KMS turut hadir. Mereka yang datang termasuk Tuan Hj Embok Sulok, Daud Md.Shah, Yusuf Ishak, Haji Abbas dan Dato Muhammad Ghazali. Manakala bilangan orang-orang Melayu Melaka yang hadir dalam majlis itu hampir 250 orang. Dewan Syarikat Guru-Guru Melayu Melaka itu dikatakan penuh sesak dengan orang-orang Melayu.

Mereka yang hadir termasuk mereka yang berpendidikan Melayu, Arab-Agama dan Inggeris. Boleh dikatakan semua demang-demang, penghulu-penghulu , sidang-sidang imam-imam dari seluruh Melaka hadir. Kehadiran pegawai-pegawai adat dan syarak serta lain-lain golongan pemimpin Melayu memberikan satu petanda baik dalam perjuangan orang-orang Melayu Melaka.

Ucapan dari Pemimpin Melayu Melaka dan Pegawai-pegawai dari Kesatuan Melayu Singapura serta dialog antara orang-orang Melayu Melaka dengan pemimpin-pemimpin Melayu Singapura akhirnya memberikan keyakinan bahawa persatuan yang hendak ditubuhkan itu akan memberikan mereka harapan.

Akhirnya Kesatuan Melayu Melaka (KMM) ditubuhkan pada hari 26.9.1937 Jawatankuasa pertama terdiri dari:

Yang Di Pertua

Muhammad Hj Abd Rahman JP,CH

( Berpendidikan Inggeris dan Melayu. Ahli perniagaan yang

berjaya. Hartawan dan dermawan. Banyak mebuat kerja-

kerja kebajikan. Kerna jasanya yang banyak beliau

dikurniakan pingat J.P dan C.H.)

Naib Yang Dipertua (5 orang)

Demang Mohd Dali Muhammad

(Berpendidikan Melayu. Menjadi Demang kawasan Bukit

Baru, Melaka)

Demang Hj Abd Ghani Abd Manan

(Berpendidikan Melayu dan Inggeris. Demang bagi kawasan

Bukir Cina, Bacang dan Pengkalan Rama, Tinggal di Kg Jawa

Demang Hj Jaafar Awang

(Demang berpendidikan Melayu)

Abd Jalil Othman

(Pen. Nazir Sekolah Berpendidikan Inggeris dan Melayu)

Othman Kering

(Datuk Naning, berpendidikan Melayu dan Inggeris)

Setiausaha(2 orang)

Hashim Bin Hj Abd Ghani

(Berpendidikan Inggeris dan Melayu. Berkhidmat di Pejabat

Tanah Melaka dan Juru Bahasa di Mahkamah Melaka)

Ghani Bin Muhammad

(Pendidikan Inggeris, Pembantu Hospita lberasal dari Kesang

Jasin)

Bendahari

i Hj Abd Ghani Bin Baba

(Berpendidikan Melayu danInggeris . Menjadi demang di

Mukim Padang Temu, Melaka)

Ahli JawatanKuasa (14 orang)

Othman Md Amin
(Guru SITC, Tinggal di Ujung pasir)


Penghulu Husin Md Aji
(Berpendidkan Melayu.. Penghulu Bukit Katil, Melaka

Hj Abd Hamid Hassan


Hj Bit Bin Hj Abu Bakar
Berpendidikan Melayu. Penghulu di Mukim Semabok)


Daud Manaf
(Guru SITC dan tinggal di Padang Sebang, Melaka)


Iman Hj Abd Ghani Mohd Arif


Demang Md Shukur Tinggin
(Berpendidikan Melayu. Jadi Penghulu di Bkt Lintang, Air Molek, Melaka)


Penghulu Muhammad Mohd Zin
(Berpendidikan Melayu dan Inggeris. Penghulu di Jasin)


Hj Mokhti Hj Abd Hamid
(Berpendidkan Melayu dan Agama. Kadhi di Jasin dan tinggal di Merlimau, Melaka.


Penghulu Baba Bin Salleh
(Berpendidikan Melayu . Penghulu di Peringgit,Melaka.


Hj Md Nor Hj Md Amin
(Pendidikan Melayu dan Inggeris. Nazir sekolah-sekolah Melayu Melaka,
Tinggal di Bukit Katil, Melaka.)


Salleh Bin Abd Hamid
(Berlulusan Melayu. Peniaga berasal dari Pulau Sebang, Tampin, Melaka.

Penghulu Mat Bin Salim

(Berpendidikan Melayu, Penghulu di Sebatu, Sg Rambai, Melaka.)

Walaupun Berpendidikan Melayu tetapi kebanyakan Demang-Demang dan
Penghulu-Penghulu boleh berinteraksi dalam bahasa Inggeris


Seramai 23 orang Melayu Melaka yang dilantik terdiri dari elit-elit Melayu yang berpendidikan Melayu, Inggeris dan Arab(Agama). Sebahagian besar daripada mereka berpendidikan Melayu dan boleh menguasai Bahasa Inggeris, walaupun mereka tidak menamatkan pesekolahan Inggeris mereka. Orang-orang Melayu Melaka berharap Kesatuan Melayu Melaka dapat membuat seperti Kesatuan Melayu Singapura yang telah banyak berjasa membantu orang-orang Melayu Singapura, malah turut berusaha membantu orang-orang Melayu di Melaka dan di Pulau Pinang yang terhimpit akibat dari proses urbanisasi yang hebat. Mereka tahu orang-orang Inggeris dan bangsa-bangsa asing tidak akan membantu atau menyelematkan mereka dari kesempitan hidup. Oleh itu mereka bergatung penuh pada KMM bagi menyelamatkan mereka.

Hingga menjelang Perang Dunia II , tidak ada apa-apa keistimewaan yang diperolehi oleh orang-orang Melayu Melaka . Tidak terdapat seorang Melayu pun duduk dalam Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri Selat, Majlis Mesyuarat Perbandaran Melaka atau Mesyuarat Luarbandar Melaka.

1 comments:

Khairul Noorazmi Minhat said...

Assalammualaikum.
Nama saya Khairul Noorazmi Minhat, berasal dari Pulau Sebang Melaka.
Saya sedang mengumpulkan semula salsilah asal keluarga saya, yang turut berkait dengan keluarga Demang.
Jika tidak keberatan, bolehkah saya mendapatkan sumber rujukan keluarga demang-demang di Melaka.
Terima kasih.
azmiminhat@gmail.com

Post a Comment