Makam Parameswara

Saturday, March 28, 2009 | | | 5 comments |

Di mana letaknya

Makam PARAMESWARA ?

Di tapak Rumah Api inilah dikatakan makam Parameswara

Pemerintah Melaka yang pertama ialah Parameswara. Beliau memerintah Melaka mula dari akhir abad ke 14 hingga 1414 atau 1424. Semasa pemerintahan beliau Melaka telah bangun dari sebuah desa nelayan kepada sebuah entrepot yang terkenal. Beliau dikatakan meninggal dunia dalam usia yang tua iaitu ketika berusia dalam lingkungan 84 tahun.

Soalnya dimana letaknya makam Parameswara. Tidak terdapat dalam catatan Sejarah Melayu atau dari laporan YING YAI SHENG LAN – By Ma-Huan: 1451

HSING-CH’A SHENG-LAN By FEI HSIN - 1436. Tetapi dalam laporan dan catatan Portugis iaitu, Godinho de Eredia 1613 ada menyatakan.

“ …………….: Raja Melaka itu (Parameswara) mangkat dan ditanamkan di kemuncak sebuah bukit di Tanjung Tuan (Cape Rachado) itulah sebabnya dinamakan Tanjung Tuan. ………………………..”

Peta Tanjung Tuan atau Cape Rechado (Broken Cape)

Jika itu benar mengapa Parameswara di makamkan di Tanjung Tuan atau Cape Rechado dan tidak ditempat lain di Melaka.

Ini kemungkinan benar sebab

  1. Belum ada makam diraja di Melaka pada waktu itu.

Pada waktu itu belum lagi ada Makam Diraja di Melaka. Beliau adalah raja Melaka yang pertama dan tidak ada raja sebelumnya. Sebab itu tidak ada makam diraja untuk mengkebumikan Parameswata.

  1. Puncak Bukit sebagai Tempat Pemakaman

Mengikut konsep kosmos kehinduan seorang raja semestinya ditanamkan di puncak bukit. Konsep kehinduan ini tidak menyalahi akiqah Islam. Makam orang Islam boleh terletak dimana-mana termasuk di atas bukit Di Melaka terdapat beberapa bukit termasuk bukit Cina, Bukit Bendera (Bukit St Paul) Bukit Pipit (Bukit Senjuang/Bkt St.John dan Bukit Tanjung Tuan. Soalnya mengapa pembesar Melaka memilih Bukit di Tanjung Tuan untuk dikebumikan jenazah Parameswara. Tajung Tuan hingga kini adalah jajahan dan sebahagian dari Negeri Melaka. Tanjung Tuan telah menjadi jajahan Melaka sejah 600 tahun dahulu hingga kini.

  1. Puncak Bukit Tanjung Tuan adalah yang tertinggi sekali di antara bukit-bukit yang ada di sepanjang pantai jajahan Melaka.

  1. Ia terletak di kawasan tersempit sekali di Selat Melaka. Jaraknya dari pantai Sumatera dengan Pantai Semenanjung Tanah Melayu ialah lebih kurang 40 km.

  1. Tanahnya menanjung ke laut seolah-olah seperti Pintu Gerbang masuk ke kawasan Pelabuhan Melaka. Sampai ke Tanjung Tuan bermakna sudah sampai ke Pelabuhan Melaka.

  1. Tebingnya mencuram ke laut dan dapat memberikan pandangan yang luas hingga saujana mata memandang.

Jika sekiranya benar dimana sebenarnya Makam Parameswara

Apabila Parameswara meninggal, pembesar-pembesar Melaka telah bermuafakan agar Parameswara dimakamkan di puncak bukit itu. Satu upacara pengkebumian diraja diadakan di situ. Berkemungkinan besar janazahnya dibawa dari istana Melaka ke Tanjung Tuan melalui laut dan mendarat di pantai yang berpasir indah di bawah bukit itu. Jenazahnya kemudian ditandu ke atas puncak Bukit itu untuk dibumikan.


Peta Negeri Sembilan menunjukkan kedudukan Tanjung Tuan.

Makamnya sememang terletak dipuncak bukit Tanjung Tuan. Kini makam ini tidak kelihatan lagi. Di mana letaknya makam itu? Makam itu asalnya terletak di puncak bukit Tanjung Tuan. Malangnya seratus tahun selepasa itu, iaitu pada tahun 1528 atau 1529 , dalam zaman pemerintah Portugis makam itu dirobohkan untuk didirikan sebuah rumah api di puncak Bukit itu. Bagi orang-orang Portugis rumah api di puncak bukit itu lebih penting dari makam yang indah yang dibina di puncak bukit itu . Di Melaka banyak makam-makam diraja dan masjid dirobohkan dan batunya diambil untuk membina Kota A Famosa. Dengan itu Makam Parameswara akhirnya menjadi mangsa pembangunan Portugis. Bagi orang-orang Portugis rumah api di Tanjung Tuan amat penting kepada kapal-kapal dan laluan laut di Selat Melaka. Rumah api itu menjadi panduan penting kepada pelaut dan pedagang waktu itu yang melalui kawasan tersempit di Selat Melaka.


Tanjung Tuan dan Makam Parameswara Zaman

Pemerintahan Belanda (1641-1824).

Sebuah kapal dagang Belanda melalui Selat Melaka

menjadikan Rumah Api Tanjung Tuan sebagai panduan

Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan secara rasminya pentadbiran rumah api Tanjung Tuah terserah kepada V.O.C. Pihak pentadbir Belanda di Belanda terus mengurusakannya hingga pada tahun 1718, rumah api Tanjung Tuan itu dibaikpulih setelah pembinaanya oleh pemerintah Portugis pada tahun 1528/1529. Kerja-kerja ini terus melenyapkan lagi makam Parameswara yang berusia 100 tahun itu.


Tanjung Tuan dan Makan Parameswara Zaman Pemerintahan British

(1824-1957)

Rumah Api Tanjung Tuan

Kerajaan Belanda menyerahkan pentadbiran Tanah Melayu kepada kerajaan British pada tahun 1824. Pihak British masih menganggap Rumah Api di Tanjung Tuan atau Cape Rechado itu amat penting kepada aktiviti maritim yang melalui Selat Melaka. Pada tahun 1863 pihak telah membangunkan rumah api baru bagi menggantikan yang dibauikpulih olrh Belanda, seperti yang ada sekarang . Rumah Apia pi itu lebih moden dan lebih canggih. Ini bermakna ia menggunakan puncak Tanjung Puteri itu hampir keseluruhannya dan terus melenyapkan tapak kubur pengkebumian Parameswara. Kina Makam Parameswara lenyap dan mungkin ada di bawah tapak Rumah Api Tanjung Tuan atau Cape Rechado atau dalam bahasa Portugis bermakna “Broken Cape”.

Tanjung Tuan dan Makam Parameswara Kini.

Paraweswara dimakamkan di Puncak Bukit Tanjung Tuan dalam abad ke 15. Pada tahun 1528/1529 sebuah Rumah Api dibina oleh Pentadbir Portugis Pada tahun 1817 pihak Belanda membaikpulih dan pada tahun 1863 Rumah api sperti yang ada sekarang dibina oleh pihak British. Pada tahun 1990 sebuah lagi menara dibina magi menempatkan radar MEASAT dan terus melenyapkan makam Parameswara yang ada di situ.

Tanjung Tuan dan tebing yang sangat curam menghadapi laut.


Kini lenyaplah makam Parameswara

yang berada di bawah tapak Rumah Api Tanjung Tuan.



Wallahualam

al-Fatiha.

MELAKA - Perkembangan Puisi di Istana Melaka

Wednesday, March 4, 2009 | | | 0 comments |

SENI BAHASA – PUISI

Elok dilihat pula perkembangan puisi-puisi Melayu di Empire Melaka ini. Puisi merupakan satu hasil sastera yang banyak memberi hiburan dalam budaya sesuatu bangsa. Di antara puisi-puisi yang terdapt dalam budaya Melayu ialah

- pantun

- syair

- gurindam

- seloka

- teka teki

- perbilangan adapt

- nazam dll.

Di antara puisi-puisi ini pantunlah yang mempunyai nilai yang tertinggi dalam budaya orang-orang Melayu. Pantun ini telah wujud sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dari pantun tadi lahirnya Joget Lambak, Dondang Sayang dan Pesta Mandi Safar yang jadi hiburan utama orang-orang Melayu Melaka pada waktu itu. Dari mana lahirnya pantun ? Kajian menunjukkan pantun ini adalah mutlak hak Melaka yang bermula kira hamper 600 tahun dahulu. Tidak mungkin lahir dari Jawa, Riau, Kalimantan, Campa, Funan, India atau mana-mana kepulauan Melayu kerana tidak ada butkti yang pantun lahir di daerah-daerah tersebut.

Dondang Sayang, Joget Lambak dan Pesta Mandi Safar yang menjadi sumber hiburan orng-orang Melaka zaman berzaman adalah berpunca dari Melaka. Oleh itu Melakalah yang berperanan dan mencipta dan menyibarkan pantun, genre puisi Melayu ke alam Melayu ini.

Kereta Lembu dihias sebelum Pesta Mandi Safar

Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis, tidak semua orang-orang Melayu dan lain-lain bangsa yang lari meninggalkan Melaka. Ada golongan termasuk golongan bangsawan yang terus tinggal di Melaka dan duduk di bawah pemerintahan kerajaan Portugis. Mengenai perkembangan puisi di Melaka Tome Pires mencatatkan dalam laporannya;

“………………kaum bangsawan Melayu tinggal di rumah-rumah yang besar dan indah di pinggir kota dan waktu malamnya mereka mengadakan majlis atau pesta, bernyanyi, berteka-teki dan bermain gamelan ……”

Laporan ini menunjukkan ada aktivit berpuisi, bersastera, khasnya berpantun dan berteka-teki, walaupun zaman itu zaman pemerintahan Portugis. Ini bermakna mereka meneruskan tradisi hiburan yang diwarisi dari kerajaan Melayu Melaka. Di samping itu juga terdapat seni muzik seperti yang dikatankan mereka bermain ‘Gamelan’. Bernyanyi yang dimaksudkan ini berkemungkinan besar ialah ‘Dondang Sayang’ yang memerlukan pantun untuk mendendangkannya. Jadi pantun adalah merupakan sumber ilham yang penting dalam seni hiburan orang-orang Melayu Melaka sejak dari zaman kesultan Melayu Melaka.

Pesta Mandi Safar pun dikatakan bermula di Melaka. Tidak ada bukti menunjukkan Pesta Mandi Safar bermula di mana-mana negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu ini atau di daerah-daerah kepulauan Melayu yang lain. Apabila ada Mandi Safar sudah pasti ada Joget Lambak, Dondang Sayang dan Ronggeng. Semunya ini memerlukan Pantun dan tarian. Tariannya bagitu simple. Tidak perlu bergerakan dengan langkah-langkah tarian yang kompleks. Dapat disimpulkan PANTUN merupakan puisi yang sangat penting bagi orang-orang Melayu.

Salah satu hasil sastera yang berbentuk puisi ialah yang ditulis pada zaman Pemerintahan Belanda iaitu puisi menceritakan Peperangan Raja Haji dengan Belanda. Raja Haji akhirnya terkorban di Telok Ketapang, Melaka pada tahun 1784. Puisi ini merupakan pantun berkait yang agak panjang. Ianya dikarang oleh seorang Melayu yangberkawan rapat dengan pegawai Belanda.

(Pantun ini telah dikaji dan diedit oleh W.E.Maxwell (JBRAS 32 – 1980)

Di anatara alat-alat penting dalam Pesta Mandi Safar atau Dondang Sayang

Hasil sastera berbentuk puisi yang dikarang pada zaman Belanda ini menunjukkan bahawa kegiatan sastera sama ada berbentuk prosa atau puisi wujud pada zaman pemerintahan penjajah walaupun dalam kadar yang terhad.

Di samping itu terdapat juga syair-syair dan nazam. Kedua-dua puisi wujud akibat dari pertembungan budaya dengan orang-orang Arab. Di antara kedua-duanya ini Syair lebih popular dari Nazam. Syair dikaitkan dengan serba aspek budaya Melayu tetapi nazam dikaaitkan dengan agama Islam. Kelas-kelas agama biasanya dimulakan dngan nazam. Salah sebuah nazam yang popular di Melaka ialah Nazam Karangan Hj Ahmad, Semabok Bekas Mufti Melaka. Dalam bait-bait awal berbunyai

Pulau Besar – Lokasi Mandi Safar pada hari Rabu ke tiga dalam BUlan Safar

Bahasa - Tradisi Prosa di Istana Melaka

| | | 0 comments |

SENI BAHASA – PROSA

Sejarah Melayu adalah sebuah hasil sastera yang sangat penting dalam melihat kebelakang tentang Sejarah Melaka, Sejarah Bangsa dan Kebudayaan Melayu bukan sahaja di empire Melaka malah di seluruh nusantara ini. Untuk menulis sejarah dan budaya Melayu awal mestilah merujuk kepada Sejarah Melayu

“ ………sumber yang perlu dirujuk adalah Sejarah Melayu kerana tidak ada buku atau manuskrip lain yang boleh digunakan untuk menggambarkan budaya masyarakat negeri Melaka dengan baik dan jelas seperti sumber tersebut … “

Tun Seri Lanang telah menulis Sejarah Melayu berdasarkan

“… hamba dengar ada hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa, barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita kemudian …….” (Sejarah Melayu ed. Shellebear)

Hikayat dari Goa ini adalah sebuah buku hikayat yang lebih awal dari Sejarah Melayu. Sejarah Melayu disalin atau ditulis semula oleh Tun Seri Lanang pada 1536 berdasarkan Hikayat dari Goa itu. Hikayat dari Goa itu adalah dikarang di Melaka pada zaman Kesultan Melayu Melaka. Lebih tepat pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah hingga Sultan Alauddin Riayat Syah (1424 – 1488).

Tidak diketahui penulis asalnya. Jika dibuat perbandingan dari segi bahasa, susun kata dan kelancarannya berkemunkinan besar ianya ditulis oleh pembesar di istana Melaka, seorang aristokrat yang rapat dengan istana Melaka. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu yang berusia 600 tahun dahulu dan boleh difahami oleh generasi hari ini.

Tun Seri Lanang telah mennyuting Hikayat dari Goa itu tetapi penceritaannya sama dengan bentuk asalnya. Biasanya dalam penulisan, laporan atau penyalinan semula biasanya dibuat tepat atau sehampir-hampir dengan salinan yang asal. Penyalinan atau laporan mengenai istana atau raja dilakukan oleh penulis istana (court writers/scribes) Adalah dipercayai Hikayat dari Goa ini hasil satera (prosa) yang dikarang oleh Melaka dan dihasilkan di Istana Melaka.


Kitab tua dalam tulisan jawi lahir dari perkembangan budaya dan tradisi ilmu di Melaka melalui pengaruh budaya Arab.

Ini membuktikan ada aktiviti penulisan sastera di Melaka pada zaman Kesultanan Melaka. Tambahan pula Melaka adalah Pusat Perkembangan ilmu pengetahuan di rantau ini pada waktu itu. Ramai ulamak-ulamak yang terkenal dari luar datang mengajar dan ramai pelajar-pelajar dari dalam dan luar datang belajar di Melaka. Nagarakartaga melaporakan 2 dari 9 orang Wali Sungo kerajaan Majapahit datang belajar ilmu di Melaka dan mereka tinggal di Pulau Upeh. Mereka ialah Sunan Bonang dan Sunan Giri Kedatangan Islam ke Melaka telah membolehkan orang-orang Melaka belajar tulisan jawi yang digunakan dalam pengjaran dan pembelajaran sastera di rantau ini. Tidak boleh dinafikan kewujudkan kegiatan aktiviti sastera di Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun demikian kita tidaklah boleh membandingkan kegiatan sastera pada waktu itu dengan kegiatan sastera pada zaman ini.

Pulau Upeh tempat Wali Sonan Bonang dan Wali Sonan Giri tinggal semasa menuntut ilmu di Melaka dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Membicarakan tentang tradisi penulisan di Melaka, ada laporan menyatakan sudah ada tradisi penulisan sebelum kedatangan Islam lagi. Cauto yang memetik dari Boxer mengatan “ orang-orang Melayu Melaka sudah mempunyai tulisan sebelum kedatangan orang-orang Arab ke Melaka..,.” Tulisan ini mungkin tulisan Sanskrit.

Kebudayaan Melayu di Semenanjung telah bertapak dan berkembang di Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Adalah satu perkara yang mustahil, Melaka sebuah Pusat Kebudayaan Melayu, Pusat Ilmu Pengetahuan, Pusat Perkembangan dan Penyibaran Agama Islam tidak menjalankan aktivit penulisan. Malangnya bahan-bahan bukti tidak banyak untuk diketengahkan.

Selain dari kitab Sejarah Melayu terdapat juga hasil sastera yang terdapat di istana Melaka. Ketika Melaka diserang oleh orang-orang Portugis orang-orang Melaka dinaikkan semangat dengan dibacakan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Kedua-dua kitab ini adalah hasil penulisan orang Melaka yang dilakukan di istana Melaka.

Di samping itu terdapat dokumen undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Dokumen ini menrupakan hasil pemikiran dan penulisan cendiakawan-cendiakawan Melayu Melaka yang arif tentang undang-undang dan Hukum Islam. Kedua-dua Hikayat dan Dokumen Undang-Undang itu adalah sebahagian di antara hasil sastera orang-orang Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Salah sebuah kitab dalam bentuk prosa yang dikarang dalam zaman kesultan ialah

‘al insanu’l-Kamil’. Kitab ini digunakan sebagai teks semasa sultan Mansur Syah (1477 – 1488). Ianya dikarang oleh Abdul Karim Al-Jili. Kitab ini membincangkan mengenai falsafah.

Sebagai pusat pengajian ilmu di rantau Nusantara ini sudah pasti banyak hasil-hasil prosa dan puisi dibawa, dikarang atau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu unyuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Malangnya hasil-hasil prosa ini amat sukar diperolehi untuk dijadikan bahan rujukan. Namun demikian kita yakin sememang ada baha-bahan ini untuk tujuan mendapatkan ilmu.

Alfonso d’Albuquerque sebelum balik ke Lisbon telah memuatkan berbagai-bagai bahan dan hasil budaya Melaka ke dalam kapalnya Flor de La Mar untuk dihadiahkan kepada Rajanya di Portugal. Hasil budaya Melayu yang terdapat dalam kapal itu termasuk hasil penulisan, skrip, manuskrip Melayu yang dikumpulkan di Melaka. Malangnya kapal Flor dr La Mar itu karam dan tenggelam bersama-sama khazanah budaya Melayu Melaka.

Flor de La Mar tenggelam dan membinasakan sebahagian besar khazanah Budaya Melayu Melaka

Ini membuktikan sudah ada kegiatan tradisi penulisan di Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka.

Era Pemerintahan Belanda dan British

Munsyi Abdullah Bin Abd Kadir Munsyi pernah diarahkan oleh Gabnor Belanda dari Betawi untuk mengumpulkan manuskrip-manuskrip Melayu dari Riau, Pahang, Johor dan Kelantan. Munsyi Abdullah telah menurut arahan Gabnor Belanda itu dan berjaya mengumpulkan banyak koleksi manuskrip Melayu. Semua koleksi manuskrip yang ini disimpan di bawah ‘Seketriat Belanda di Betawi’ dan akhirnya dipindahkan kepada ‘The Batavian Society of Arts and Science’ . Hampir 100 buah manuskrip yang terpilih tersimpan di situ. Ini adalah sperti yang terdapat dalam artikel P.Voorhoeve “A Malay Scriptorium” Edisi Bastion & Roolvink Malayan and African Studies. pp 256-266)

Hikayat Abdullah (edisi Roolvink) ada menggambarkan Stamford Raffles mengumpulkan manuskrip dan lain-lain hasil budaya Melayu di Melaka. Katanya

“ ……. dan lagi pula orang-orang membawa kitab-kitab dan hikayat-hikayat Melayu pun entah beraps ratus jenis …. Hampir habis surat-surat Melayu daripada beberapa zaman habis tidaklah sedarkan orang-orang yang di belakang kelak menjadi bodoh ….” Pp77

“ … dengan tangankulah menyimpan segala kitab yang berjilid sahaja ada kira-kira 300, maka lain daripada yang bercerai-cerai dan bergulung dan yang berhelai-helai, maka penuhlah tiga buah peti kulit panjang sedepa dengan kitab-kitab Melayu sahaja…..” pp248

Malangnya manuskrip dan hasil sastera Melayu yang bagitu banyak itu telah terbakar dan tenggelam dengan terbakarnya “The Fame”. Dengan ini lenyaplah hasil penulisan sejarah dan budaya Melayu.

Bahan-bahan sejarah dan budaya ini dibeli dari orng-orng di Melaka di zaman pemerintahan Belanda dan British. Ini menunjukkan ada aktiviti penulisan di zaman penjajahan British dan Belanda. Munsyi Abdullah sendiri banyak menghasilkan penulisan pada zamannya termasuk Hikayat Abdullah, Kisan Pelayaran Abdullah, Syair Singapura terbakar, Khalilah Wa Daminah, Hikayat Petani dan lain-lain lagi..

Sejak dari Zaman Kesultan Melayu Melaka hingga zaman penjajahan Portugis, Belanda dan British masih terdapat kegiatan sastera atau kegiatan penulisan mengikut momentum zaman itu sendiri.

MELAKA - Permaianan Tradisi & Hiburan

| | | 0 comments |
HIBURAN DAN PERMAINAN TRADISI
Adalah dikatakan masyarakat Melayu tradisional sangat berminat dengan hiburan dan

permainan. Unsur-unsur budaya yang boleh memberi mereka apa juga bentuk hiburan sangatlah diminati. Sifat-sifat seperti ini sangat dirasai hingga kepada generasi hari ini. Orang-orang Melayu dikatakan terlalu leka dengan hiburan hingga lupa kepada tugas dan tanggungjawab. Adakah ini diwarisi dari hasil budaya zaman silam?

Seoang ahli pelayaran barat bernama Duarte Barbosa mengatakan “ orang-orang Melayu sangat sukakan muzik dan permainan” Kenyataan ini ada benarnya. Dalam budaya Istana muzik adalah satu yang perlu. Bagitu juga budaya dan tradisi luar istana juga memerlukan hiburan dan mainan untuk mengisi masa lapang mereka disamping dapat menghiburkan mereka. Budaya tradisional yang diamalkan di kampung-kampung hingga ke era ini adalah diwarisi dari budaya lampau. Banyak aktiviti yang dicipta hasil dari kreativiti mereka semata-mata untuk tujuan rekreasi.

Unsur-unsur budaya hiburan ini yang berakar umbi di Melaka terus berkembang dan di samping itu menerima pengaruh budaya luar dan semua aspek kesenian terus diamal dan dilaksanakan. Banyak pengkaji-pengkaji luar yang melihat dari ilmu Sosiologi dan Antropologi mengatakan mereka sangat gemar pada kesenian dan permaian. Di antara unsur-unsur kesenian dan permainan yang terdapat ialah

- Joget

- Dondang Sayang

- Ronggeng

- Dikir Barat

- Berzanji

- Bercerita

- Berteka-teki

Dengan pengaruh-pengaruh luar terdapat pula

- Wayang (Pengaruh Cina)

- Bangsawan (pengaruh Barat)

- Boria (Hindustan)

- Hadrah dan Dabus (Pengaruh Arab)

Permainan yang terdapat dalam buaya istana termasuk

- Sepak Raga

- Catur

- Bermain Gajah

- Bermain Kuda

- Sabung Ayam

Budaya dan Tradisi Istana

Istana Melaka merupakan lambang keagungan Kerajaan Melayu di rantau ini. Perkembangan budaya yang menyebabkan berlakunya perubahan budaya dan tradisi istana bermula dari istana. Istana dan kawasan urban merupakan arena perubahan budaya Melaka. Fungsi istana dalam penyibaran unsur-unsur budaya amat penting. Ini adalah disebabkan golongan istana berada dalam stratifikasi sosial yang tinggi. Mereka mengamalkan nilai-nilai budaya yang sangat tinggi. Bagi mereka budaya yang mereka lalui dan budaya yang mereka amalkan memberikan mereka satu status yang teragung dalam seluruh empire Melayu. Ini adalah lambang kebanggan mereka.

Orang-orang Melayu gemar pada hiburan. Tambahan pula kepada golongan istana. Bagi mereka masa untuk berhibur atau masa lapang bagitu banyak, Ini adalah kerana segala urusan dijalankan oleh pembesar-pembesarnya atau pembantunya. Tambahan pula kedudukan ekonomi mereka sangat kukuh, oleh itu mereka mampu mendapatkan penghibur-penghibur yang ternama untuk menghiburkan mereka. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka penghibur-penghibur ini termasuk

- penyanyi

- penari

- penyair

- tukang cerita

- pemain alat-alat muzik tradisional

- pelawak

- pujangga

- pemain silap mata

Mereka yang mempunyai kebolehan dalam bidang masing-masing dianggap telah meningkat status sosialnya dan menjadi orang kesayangan sultan dan istana. Mereka berfungsi sebagai artis atau penghibur bertanggungjawab memberikan hiburan kepada golongan istana. Untuk menjadikan budaya istana ini lebih menarik mereka sentiasa menjaga mutu dan nilai seni mereka. Mereka ini boleh dikatakan sebagai ‘artis istana’ . Pesembahan mereka, walau apa bentuk sekali pun, hendaklah menarik mata memandang dan sedap telinga mendengar.

Budaya istana ini biasanya akan tertumpu di istana sahaja, namun demikian kadangkala ia akan melimpah keluar akibat dari pertemuan dengan orang-orang yang berpengaruh di luar istana.. Proses pengaliran keluar budaya istana ini pula akan mengubah budaya dan tradisi rakyat luar istana. Contohnya, tarian-tarian yang pada asalnya menjadi hiburan golongan istana atau dimonopoli oleh golongan istana melimpah keluar dan ditarikan oleh rakyat biasa seperti yang terdapat dalam tarian Joget Lambak. Joget Lambak akhirnya ditarikan oleh gadis-gadis kampung atau gadis luar istana sebagai hiburn masa lapang mereka. Bagitu juga dengan permaian sepak raga yang menjadi tradisi dan budaya istana akhirnya menjadi hak bersama. Budaya ‘The Great Tradition ‘ dan budaya ‘ Little Tradition ’

Raja adalah lambang teragung dalam budaya dan tradisi sesebuah negara. Raja Melaka adalah orang yang berkuasa dalam empire pemerintahnya. Dia menguasai kuasa politik dan ekonomi Kekuasaan absolute ini memberikannya kekuatan menguasai budaya seluruh empirenya. Ia menjadi lambang kedaulatan dan perpaduan masyarakat Melayu tradiosional. Sebab itu ‘ perintah raja mesti diturut, raja disembah dan ‘pantang derhaka’ kepada raja. Raja memegang kuasa kehakiman. Jika ia kata ‘bunuh’, ‘mati’ sahaja jawapannya.

Raja banyak dibantu oleh pembesar-pembesarnya. Oleh itu masa terluang bagi mereka banyak dan menjadi ‘past time’ mereka. Masa lapang ini diisi atau dipenuhkan dengan hiburan-hiburan. Hiburan ini selain dinikmati pada masa lapang, terdapat juga hiburan-hiburan pada hati-hari perayaan atau upacara tertentu. Terdapat berbagai-bagai jenis hiburan atau budaya seni dipertuntunkan seperti nyanyian, tarian, bermain alat-alat muzik, bermain teka teki, bermain catur, sepak raga dan sebagainya.

Di samping itu tradisi raja juga menunjukkan yang golongan istana ini ada kegiatan atau aktiviti di luar istana. Salah satu aktiviti yang popular di kalangan raja-raja ialah berburu. Mereka berburu bukan sahaja untuk mendapatkan haiwan buruan tetapi mereka juga berminat untuk mencari dan mengutip kulit-kulit kerang, mengutip telur penyu dan menangkap ikan.

Raja juga suka berkelah dan melawat tanah jajahan takluknya sebagai aktiviti menghabiskan masa lapang mereka dan menjadikannya sebagai aktiviti keseronokan dan menghiburkan. Di mana-mana mereka pergi pembesar-pembesar yang dilantik menjaga tanah jajahan itu sedaya upaya mengadakan program yang memberikan keseronokan dan hiburan kepadanya, Biasanya disedikan makanan yang enak-enak, khasnya makanan yang popular di daerah itu, nakanan yang yang digemarinya, mengadakan tarian dan nyanyian oleh gadis-gadis jelita dari jajahan itu, tempat dan rihat dan beradu yang selesa dan menarik.

Selain dari hiburan masa lapang terdapat juga hiburan-hiburan yang diadakan pada hari-hari perayaan seperti hati pertabalan raja-raja, hari perkhawinan di raja, Anugerah gelaran, hari berkhatan, Hari adat mencecah tanah, Hari adat puleh umur, menyambut tetamu luar. Dalam majlis-majlis seperti ini sambutan digambarkan seperti berikut

- membedil meriam dengan das-das yang tertentu

- diiringi dengan alat-alat muzik seperti gendang, gong, serunai, nafiri dan harbab

- Berbagai muzik dan tarian

- Mereka yang mempunyai kepandaian masing-masing mempersebahkan permainan masing-masing seperti silap mata, beradu tenaga, silat pencak dll.

Dalam bidang permainan pula diadakan pertandingan dan pertunjukan

- bermain gajah

- bermain kuda

- sabung ayam

- sepak raga

Perayaan ini tidak habis dalam masa yang singkat. Sekurang-kurang 3 hari atau 7 hari. Sejarah Melayu mecatatkan …. Upacara bertindik puteri Sultan Pahang dengan berbagai-bagai kesukaan seperti bunyi-bunyian, tepuk tari, dll. Mengikut adapt-adat raja yang besar….” Dalam majlis ini bermacam makanan disediakan.. Lihat bagaimana digambarkan dalam Hikayat Hang Tuah mengenai hiburan dalam perayaan ini,

“ ……maka minumlah terlalu ramai beranggap-anggapan. Maka bunyi-bunyian dipalu oranglah terlalu ramai, maka berahilah. Ada yang menari, ada yang menggigal, ada yang bertandak, ada yang bermain tombak di atas kuda dan ada yang bermain rakat…..”

Golongan pembesar istana sangat suka menari dan menyanyi dan tradisi ini digemari hingga ke jenerasi hari ini. Dalam datu majlis pula digambarkan ‘

“ Maka rebana pun berbunyilah kelimanya sekali. Maka biduan itu pun bernyanyilah terlalu merdu suaranya, maka Tun Jenal pun bangkit menari dua tiga langkah dinggakannya kepada Laksamana. Laksamana pun bangkit menari, seta membaiki panjang kainnya dan mengiringkan keris panjangnya……… Maka Laksamana pun menarilah terlalu manis tariannya tiada pernah orang Inderapura melihat tarian seperti tari Laksamana itu….. “

Selkain dari itu mendengar hikayat juga menjadi hiburan raja-raja. Salah seorang pembaca hikayat yang terkenal ialah Hang Jebat, Beliau boleh bercerita dengan nada suara yang sayu dan memilukan, suka, saying dan berbagai-bagai gaya. Sultan sangat suka mendengarnya hingga sultan tertidur diatas pehanya,….”

Muzik yang paling utama dalam istana ialah NOBAT. Nobat ialah muzik yang melambangkan kebesaran raja Melayu. Ianya hanya dimainkan pada majlis tertentu sahaja. Dalam zaman kesultan Melayu Melaka nobat telah diwujudkan, Pertabalan raja-raja Melaka disertai dengan nobat. Setelah Melaka diserang oleh Portugis, Sultan Mahmud telah membawa bersama-samanya alat muzik tradisional ini berundur dari Melaka.

Nobat terdiri dari alat-alat muzik seperti

- Gendang

- Serunai

- Nafiri

- Negara

- Madeli

Sebelum Sultan Mahmud mangkat di Pekan Tua, Kampar, Sumatera, orang-orang Perak datang menemui baginda agar baginda mengizinkan salah seorang puteranya menjadi raja di Perak. Pada tahun 1528 Raja Muzaffar, putera Sultan Mahmud telah dinobatkan sebagai Sultan Perak yang pertama.. Adalah dilaporakan

“ Raja Muzaffar Syah telah belayar ke Perak membawa bersama-samanya NOBAT MELAKA”

Tradisi budaya Nobat Melaka yang digunakan selama hampir 100 tahun di Melaka akhirnya diteruskan oleh Perak.

Alat muzik tradisional istana ini sangat penting terutama dalam majlis dan istiadat menyambut utasan luar yang datang, menyambut surat-surat yang penting. Sejarah Melayu menggambarkan

“ …. Maka surat diambut dibawa naik ke atas gajah naka diarak dengan paying putih dua berapit.. gendang serunai, nafiri, Negara….”

Nobat dan bunyi bunyian istana sangat duperlukan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi juga digunakan bagi perayaan dan untuk peristiwa-peristiwa tertentu dalam masyarakat istana itu.

Kini kita lihat pula the Little Tradition Continuue atau budaya rakyat. Dari segi bilangan, mereka yang mengamalkan budaya dan tradisi rakyat lebih ramai dari mereka yang mengamalkan budaya istana. Rakyat tinggal di luar kota, di desa-desa atau di pendalaman. Mereka mengikut kelompok atau puak keluarga masing-masing. Mereka dipimpin oleh ketua-keluarga atau ketua kelompok. Kekuatan dan status keluarga itu bergatung pada besar kecilnya kelompok itu dan juga pengaruh ketua mereka.

Selain dari ketua terdapat juga pakar-pakar tertentu dalam keluarga itu yang menguruskan kelompok itu. Biasanya ada pawang atau bomoh kampung. . Dia bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan dan gangguan makhluk halus. Mereka percaya semua penyakit ada hubungkait dengan kuasa luarbiasa atau makhluk halus. Mereka dalam zaman ini diibaratkan seperti doktor. Bezanya Pawang atau Bomoh ini boleh menguasai alam ghaib. Terdapat juga Imam dan Bilal yang menguruskan hal-hal agama dan pelajaran. Belajar sembahyang, membaca Al Quran, sembahyang semuanya di bawah tanggungjawab Imam dan pegawai agama ini. Bidan kampung untuk menguruskan ibu-ibu yang mengandung dan yang bersalin. Mak Andam dan Pak Andam akan menguruskan hal-hal perkahwinan dan menjaga dan menghiaskan pengantin. Mereka ini dianggap sebagai ketua atau pemimpin di kampung atau orang tua-tua kampung.. Di samping mereka terdapat ketua kelompok. Dalam era ini dinamakan Penghulu. Penghulu menjaga keamanan dan keselamatan kampung.

Masyarakat Melayu lama amat percaya kepada kuasa mistik. Pawang dan Bomoh sangat-sangat dihormati. Ada bergantung hidup pada pawang dan bomoh. Sakit sedikit atau ditimpa bencana sedikit telah merujuk pada bomoh. Bomoh menjadi figure, yang sangat dihormati. Boleh dikatan setiap kampung ada ‘Pawang Kampung. Ini adalah kerana masyarakat Melayu amat rapat dengan alam ghaib atau kuasa luar biasa. Mereka percaya setiap benda yang ada di atas dunia ini ada mekhluk penunggunya. . Tradisi ini dipercayai diwarisi sejak dari zaman Parameswara lagi. Walaupun setelah Islam bertapak di Melaka kepercayaan ini menjadi budaya dan tradisi hidup mereka. Kepercayaan ini melalui satu zaman yang lama dan terus hidup hingga ke masa kini. Kuasa mistik ini sukar dipinggirkan oleh masyrakat Melayu kecuali bagi mereka yang kuat pegangan agamanya.

Budaya dan tradisi rakyat ini dikaitkan rapat dengan alam luar biasa. OLeh itu setiap gerak dan langkah ada serapah dan jampinya. Contohnya, pengantin hendak berandam ada serapah jampinya, hendak memakai baju ada serapah jampinya, hendak turun tangga, hendak bergerak, hendak naik pelamin dan masuk bilik semuanya ada serapah jampinya. Asap kemenyan dan sireh jampi mesti ada sentiasa sebagai pengantaraan menghubungi alam ghaib dengan manusia. Is diadakan bagi mnentukan semuanya berjalan dengan baik. Jika bemain senjata, senjata itu perlu diusap dengan kemenyan terlebih dahulu. Inilah budaya yang diwarisi sejak dahulu dan ada yang terus diamalkan hingga kini

Dalam konsep kepercayaan ini mereka yakin setiap apa yang dilakukan dan di mana mereka berada, ada hubungan dengan kuasa ghaib. Contohnya dalam aktiviti pertanian, seperti menanam padi, dikatakan ada semangat padi. Semangat ini perlu dipulihkan dahulu dan satu majlis memulih semangat padi diadakan sebelum turun ke sawah. Bagitu juga sebelum menuai pada ada upacaranya yang dilakukan dalam hubungan dengan kuasa ghaib ini. Ini lah kepercayaan masyarakat Melayu yang diwarisi sejak dahulu.

Hendak mendirikan rumah ada prosedurnya

Hendak turun ke laut ada prosedurnya bagi mengelakkan dari gangguan ‘hantu laut’

Hendak membuka lading ada prosedurnya.

Hendak membuang air kecil di merata tempat ada prosedurnya

Pendek kata apa sahaja yang dilakukan hendaklah dapat izin atau hendaklah sesuai dengan tempat masa dan keadaan seperti yang ditentukan oleh pawang.

Nasihat pawang tidak boleh dibantah Takut-takut ditimpa balak bencana kemudiannya. Bagitulah kuatnya kuasa pawang atau Bomoh. Bila pawang itu meninggal dunia, kuburnya dipelihara dibesarkan, dipanjangkan dan dihiasi dan dilawati dan dianggapnya sebagai keramat. Ada yang terus meminta pertolongan membawa air, kemenyan, bertih pisang atau sebaginya, seolah-olah ianya masih hidup.

Di Melaka terdapat “Pesta Mandi Safar Pesta ini tidak terdapat di mana-mana negeri di Tanah Melayu. Ia dikatakan berasal dari Melaka dan budaya jati rakyat Melaka.

Kereta Lembu pengangkutan yang penting dalam Pesta Mandi Safar

Pesta Mandi Safar adalah satu perayaan masyarakat Melayu yang telah diwarisi dari zaman ke zaman. Tidak dapat dikesan bilakan pesta itu bermula. Namun demikian kita yakin ianya bermula dari Melaka. Pesta ini diadakan setiap tahun dalam bulan SAFAR. Ia diadakan pada setiap hari Selasa malam Rabu sepanjang bulan Safar. Biasanya ada 4 malam Rabu sepanjang bulan Safar itu. Kemuncak pesta ini ialah pada malam Rabu terakhir dalam bulan Safar itu.

Di Melaka, pada malam Rabu yang pertama diadakan Pesta Mandi Safar di merata tepat termasuk Batu Gajah, Merlimau, Pdang Temu, Tanjung Bidara dan beberapa tepat lagi yang dikelolakan oleh masyarakat setempat. Pesta ini merupakan pesta ‘peringkat tempatan’. Ianya dihadiri oleh masyarakat di sekitar tempat itu sahaja. Ia juga boleh dikatakan sebagai peringkat ‘rehersal’ sebelum mereka perigi ke peringkat menengah dan peringkat akhir. Tujuan diadakan pesta di peringkat ini ialah untuk memahir dan mematapkan geraktari dan mengingatkan kembali lagu dan pantun yang akan digunakan pada perinkat menengah di Pulau Besar dan juga pada peringkat akhir di Tanjung Keling.

Pada perinkat pertengahan pula, iaitu pada hari Selasa malam Rabu yang ketiga, peminat-peminat Pesta Madi Safar akan bertumpu di Pulau Besar. Pangkalan-pangkalan yang biasa digunakan untuk ke Pulau Besar ialah Kuala Sungai, Sebatu, Sempang, Serkam, Umbai, Pernu, Teluk Mas, Duyung dan Melaka. Bagi mereka yang tidak hendak ke Pulau Besar boleh berpesta di Duyung.

Kemuncak segala Pesta Mandi Safar di Melaka pada hari Selasa Malam Rabu yang keempat atau malam Rabu terakhir di Bulan Safar itu. Ianya diadakan di Tanjung Keling. Tg.Keling terletak kira-kira 10 km dari Bandar Melaka. Pantainya berpasir dan terdapat kampung nelayan di situ.

Sebelum pesta Mandi Safar itu peasent-peasent Melayu khususnya petani dan nelayan akan menghiasi kereta-kereta lembu mereka. Kereta lembu ini akan digunakan sebagai kenderaan pengangkutan mereka ke Tanjung Keling. Mana-mana bahagian kereta lembu yang buruk dibaiki, dinding-dinding kereta lembu dicuci dan di warnakan dengan warna yang menarik. Kajang-kajangnya diganti dan dihisi dengan bunga-bunga yang diperbuat dengan kain atau kertas warna. Keliling kereta lembu dihiasi dengan bunga-bunga supaya keluhatan menarik. Semuanya dilakukan secara gotong royong.

Lembu-lembu juga dimandikan dan disapu dengan minyak. Tanduk lembu dan kuku lembu juga dicuci dan dikilatkan. Dihujung tanduk lembu diletakkan bunga agar menjadikan pesta itu lebih meriah dan ceria lagi.

Sahari dua sebelum pesta itu, mereka telah bertolak dari kampung masing-masing. Beberapa buah kereta lembu bergerak dalam ‘konvoi’ masing-masing. Biasanya gadis-gadis desa yang selama ini dipingit memenuhi ruang-ruang di dalam kereta lembu itu. Selain dari itu terdapat perempuan-perempuan dewasa yang diamanah untuk menjaga gadis-gadis tersebut. Konvoi-konvoi ini akan bertemu dengan konvoi-konvoi dari kampung lain dan ini mejadikan ia lebih meriah lagi. Konvoi-konvoi iyu bergerak sepanjang malam dalam suasana yang meriah.

Sepanjang jalan ke Tanjung keeling mereka berdondang sayang dan berpantun diiringi dengan gong, gendang, rebana dan biola. Dari jauh kedengaran bunyi gong menunjukkan ada kereta lembu yang telah mulakan perjalanan ke Tanjung Keling. Di Tanjung Keling terdapat beberpa buah panggung didirikan untuk tunjuan menari joget dan pesta ronggeng. Panggung ini khas untuk menari antara lelaki dan perempuan. Penari-penari disediakan dan mereka yang ingin menari dikenakan bayaran tertentu. Ini sebagai tambahan kepada pesta itu.

Kereta-kereta lembu yang sampai ke Tanjung Keling membuat gelanggangnya sendiri. Beberapa buah kereta lembu dari konvoi masing-masing membuat satu kepungan. Di tengah-tengahnya di buat gelanggang untuk Joget Lambak. Oleh kerana banyak konvoi kereta-kereta lembu maka terdapat banyak gelanggang Joget Lambak.

Dalam pesta joget lambak hanya gadis-gadis sahaja dibenarkan menari . Pemuda-pemuda tidak dibenarkan masuk menari bersama. Pemuda-pemuda hanya dibenar menjadi pemantun dan penonton. Bagitu juga pemain alat muzik yang terdiri dari orang lelaki tidak boleh masuk menari, Mereka hanya bermain alat muzik dan juga boelh jadi pemantun.

Sebaik sahaja gendang dipukul, biola digesek dan gong dipalu, gelanggang akan menjadi tumpuan. Gadis-gadis mula masuk gelanggan menari dan terus menjual pantun. Tujuan membuka pantun ialah mengharapkan ada lelaki yang di luar gelanggang menjawab pantunnya. Pantun-pantun itu berkait dengan sindir menyindir dan usik mengusik. Lama kelamaan akan masuk pada soal cinta dan sayang.. Kadang-kadang hingga larut malam atau sampai pagi.

Penonton yang tidak berpantun turut menceriakan majlis dengan menepok tangam dan bersorak sambil meniup jari. Ada yang turut membantu rakannya yang berpantun ketika rakannya kehabisan idea. Gelanggang yang mempunyai penari-penari yang cantik dan pemantun-pemantun yang baik akan kekal hingga ke pagi. Pada subuh pagi rabu kebanyakan mereka akan turun dan mandi laut sebagai memenuhi sebahagian dari upacara mandi safar. Apabila dikatan mandi safar mereka hendaklan mandi. Ini sebahagian dari upacara tersebut.

Bergembiralah mereka sepanjang tanpa tisur, sepanjang malam mereka berpesta dan pemuda-pemuda mengambil pelung untuk mencari gadis-gadis sebagai jodoh mereka. Ada juga orang mengatankaan pesta mandi safar sebagai ‘pesta mencari jodoh’.

Ada jugayang mengatakan Pesta Mandi Safar ini juga adalah satu perayaan yang diwarisi dari zaman ke zaman ini berunsur kehinduan. Sebelum kedatangan Islam banyak amalan-amalan dan adapt-adat di zaman Parameswara diteruskan. Setelah datangnya Islam mana-mana amalan dan adapt yang dianggap tidak abertentangan dengan aqidah Islam diteruskan. Adakah Pesta Mandi Safar ini menyamai amalam adapt dan perayaan yang diamalkan oleh pengikut agama Hindu?

Bagi orang-orang Hindu mereka percaya kepada upacara menebus dosa atau mencuci dengan dengan cara mencelupkan badan mereka di Sungai suci. Sungai suci itu ialah Sungai Ganges. Peristiwa itu biasanya dilakukan di Bandar suci mereka iaitu di Benares. Orang-orang Hindu yang jauh biasanya datang ke Benares dengan menggunakan pengangkutan tradisional mereka iaitu kereta lembu yang dihias cantik. Lembu-lembu mereka dan keretanya dihisi indah untuk memeriahkan lagi pesta menebus dosa itu. Sebelum mandi mereka adakan tarian keagamaan dan nyanyian lagu-lagu suci mereka.

Jika dilihat secara kasar sememang ada kesamaan pesta ini dengan dengan pesta atau perayaan yang diamalkan oleh penganut agama Hindu itu. Bagi setengah-setengah oerang Melayu Mandi Safar juga sebagai acara memohon dibersihkan dari dosa. Kemungkinan persamaan ini amat besar kerana ia diwarisi lebih awal lagi. Jika amalan ini diwarisi zaman kerajaan Melaka Hindu (sebelum Parameswara memeluk Islam) anggapan ini betul. Ia adalah majlis menebus dosa ketika zaman awal Melaka dibuka dan diteruskan warisan ini dengan intrepitasi yang sama tetapi dilihat dari segi Islam dan disesuaikan dengan budaya Melayu. Lagu suci Hindu ditukar kepada dondang sayang dan tarian keagamaan ditukar kepada Joget lambak. Mandi dilakukan di laut, sungai atau perigi. Fungsinya seolah-olah sama dan intepritasinya berbeza. Jika teori ini betul soalan pertama bilakan Mandi Safar ini Bermula sudah terjawab. Ia bermula dalam zaman kerajaan Melaka di bawah pemerintahan Parameswar, sebelum beliau menganuti Islam. Pesta zaman Parameswara ini diadakan di Tanjung Keling dan pesta ini diteruskan di zaman pemerintahan Islam di tempat yang sama kerana mereka beranggapakan tidak ada pertentagan aqidah dalam pesta itu.

Kini Pesta Mandi Safar dianggap bertentangan dengan aqidah Islam keranan banyak maksiat berlaku. Dalam tahun 1970 ia berubah corak dan dijadikan Pesta yang lebih tersusun pengelolaannya dan di namakan PESTA BUDAYA. Pesta Budaya ini diadakan di Pantai Kundur. Pesta ini lebih hebat dan lebih banyak membawa keburukan. Oleh itu ditukarkan dengan konsep baru itu PEKAN BUDAYA, juga dapat tentangan dari masyarakat. Dengan ini Pesta Mandi Safar tinggal dalam lipatan sejarah budaya orang Melayu Melaka.

Puisi dalam Masyarakat Melayu

Dalam budaya dan tradisi istana banyak sekali banyak peristiwa-peristiwa dan cerita-cerita yang ditulis mengenai mereka tetapi budaya dan tradisi rakyat jelata banyak yang terlepas pandang. Tidak ada pujangga dan penulis hikayat yang menulis tentang kehidupan rakyat Melaka pada zaman kesultanan Melaka. Mereka menulis dan merakamkan hal-hal istana dan raja-rajanya. Namun demikian budaya dan tradisi golongan bawahan ini dapat diketahui melalui tradisi lisan yang diceritaka dari mulut ke mulut.

Budaya istana jauh bezanya dengan budaya luar istana. Budaya luar istana mempunyai tradisi dan budayanya sendiri, hidup sendiri dalam kelopok masyarakat masing-masing. Mereka mengamalkan kegiatan ekonomi secukup hidup yang simple. Rata-rata mereka hidup sebagai petani dan nelayan yang miskin dan tinggal di rumah-rumah yang simple. Sebagai seorang petani dan nelayan mereka mempunyai masa lapang yang banyak. Pada masa lapang inilah mereka menghiburkan hati mereka dengan berbagai aktiviti hiburan dan permainan. Masa lapang ini juga memberikan mereka ruang untuk berfikir dan berkarya bagi menghasilkan berbagai unsure seni dan budaya.

Pada zaman dahulu banyak terdapat cerita-cerita dongeng rakyat dalam bentuk lisan yang diceritaka dari mulut ke mulut.. Cerita-cerita ini diceritakan kepada anak cucu mereka pada waktu yang tertentu seperti ketika hendak tidur dan diceritakan oleh tukang-tukang cerita dalam maslis-majlis tertentu seperti ketika menunggu nasi dan lauk masak di majlis perkahwinan.

Dalam satu cerita Istana digambarkan Hang Jebat bercerita. Hang Jebat sangat pandai bercerita. Beliau padai bermain dengan suara dan gaya bercerita, Bila beliau bercerita ramai orang yang hiba dan sayu terutama sampai bahagian yang sedih dan ceritanya dikatakan sangat sedap. Sultan turut mendengar ceritanya dan akhirnya sultan tertidur di riba Hang Jebat, Bagitulah hebatnya tukang cerita pada waktu itu. Mungkin perkara yang sama berlaku kepada rakyat. Apabila cerita bau belah batu bertangkup atau cerita Bawang Putih dan Bawang Merash diceritakan ramai penbdengar yang menangis. Ini terletak pada kepada kepandaian tukan cerita.

Apakah motif yang terdapat di sebalik bercerita dalam masyarakat lama itu? Bercerita bukan setakat memberi hiburan dan keseronokan kepada pendengar tetapi juga menyampaikan mesej cerita dan juga memberi pengajaran kepada rakyat.

Seni suara juga sangat diminat oleh golongan bawahan ini Mereka bernyanyi ketika menidurkan anak-anak mereka. Mereka bernyanyi ketika bermain di waktu petang. Terdapat nyanyian di majlis-majlis perkhawinan. Mereka bernyanyi, berpantun dan menari dalam majlis joget lambak. Dalam majlis yang berkaitan dengan agama terdapat bezanji, qasidah, bersyair, marhaban dan ketika hendak belajar agama mereka bernazam.

Bagi menjadikan majlis lebih menarik dan seronok, majlis tari menari sesama ahli kelompok di adakan. Boleh dikatakan semua kelompok family dam sesuatu daerah ada tarian dan nyanyian masing-masing. Pada hari perayaan masing-masing mereka akan menyanyi dan menari sambil mengadakan jamuan makanan.

Mereka juga mencipta berbagai-bagai jenis permainan untuk menjadi penghibur kepada masyarakat mereka. Permainan dan seni biasanya berbeza dari satu tempat dengan satu tempat. Apabila berla pertembungan budaya mereka akan mengubahsuaikannya dan akhirnya diterima oleh semua pihak.

Ahli masyarakat yang pandai dalam sesuatu bidang terus menyumbangkan pertunjukan mereka atau khidmat mereka tanpa sebarang bayaran tetap. Sumbangan mereka tidak ada nilai ekonomi. Pemain alat-alat muzik dalam satu-satu keramaian hanya diberikan minuman dan makanan sahaja. Bagitu juga bomoh dan pawing diberikan wang pengerasnya sahaja. Wang pengeras ini sangat kecil nilaynya jika dibandingkan dengan usahanya. Mereka yang pandai bersilat diberikan tepukan. Oleh itu sumbangan yang diberikan oleh masyarakat luar istana ini hanya semata-mata untuk hiburan orang ramai dan sumbangan kepada mereka tidak ada nilai komersial pun.

Jika yang bermain gendang, bocor gendangnya, yang bermain biola, putus biolanya mereka terpaksa membaiki dengan belanjanya sendiri. Tidak ada kos pengankutan, tidak ada elaun makan dan tidak ada apa-apa bayaran pun diberikan kepada pengiat-pengiat seni. Bagi mereka sumbagan tenaga untuk menghiburkan ahli masyarakaynya adalah lebih utama. Di istana mereka yang menyubangkan hasil seninya diberikan penghormatan dan meningkat status sosialnya di kasihi oleh sultan..

Inilah tradisi dan budaya istana dan luar istana yang dapat dilihat dan ada yang diwarisi keseluruhannya atau telah diubahsuai akibat dari pengaruh budaya luar, hingga ke hari ini. Masyarakat hidup berpandukan budaya dan tradisi masa lampau. Namun demikian hiburan dan permainan adalah sebahagian dari hidup masrakat Melayu dulu dan kini.

MELAKA - Pusat Tradisi Intelektual

| | | 1 comments |

MELAKA – Pusat Tradisi Ilmu dan Intelektual.

Melaka adalah pusat tradisi ilmu yang terkenal di rantau dunia di sebelah ini. Tidak boleh disangkal lagi bahawa Bandaraya Melaka berjaya melahirkan intelek-intelek Islam yang pakar bukan sahaja dalam bidang agama tetapi juga dari semua aspek termasuk politik, ekonomi dan soaial. Tokoh terpenting terutama golongan istana, pembesar-pembesar Melaka, pedagang-pedagang dan orang-orang persaorangan mendapat ilmu pengetahuan mereka melalui sistem pendidikan di Melaka. Istana, Masjid, surau, balai, langgar dan wakaf dijadikan tempat belajar. Dari sinilah lahirnya cerdikpandai yang menjadi pemimpin dan pegawai-pegawai yang telah berjaya mentadbir bandaraya itu.

Masjid juga digunakan sebagai tempat menuntut ilmu pada waktu itu

Melaka adalah pusat tradisi ilmu yang terkenal di rantau dunia di sebelah ini. Tidak boleh disangkal lagi bahawa Bandaraya Melaka berjaya melahirkan intelek-intelek Islam yang pakar bukan sahaja dalam bidang agama tetapi juga dari semua aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial. Tokoh terpenting terutama golongan istana, pembesar-pembesar Melaka, pedagang-pedagang dan orang-orang persaorangan mendapat ilmu pengetahuan mereka melalui sistem pendidikan di Melaka. Istana, Masjid, surau, balai, langgar dan wakaf dijadikan tempat belajar. Dari sinilah lahirnya cerdikpandai yang menjadi pemimpin dan pegawai-pegawai yang telah berjaya mentadbir bandaraya itu. Contohnya Tun Perak debagai Bendahara, Tun Tuah sebagai Laksamana, Tun Hamzah, Tun Ali, Tun Bija Wangsa, Tun Muhahammad, Tun Isap Misai, semua sultan Melaka serta famili mereka dan cerdikpandai Islam seperti Kadhi Yusuf, Maulana Yusof, Kadhi Munawar banyak lagi. Tun Muhammah adalah seorang ulamak Melaka yang sangat mahir tentang Nahu, Fekah dan Saraf. Pada waktu itu pendidikan tidak terhad pada golongan istana sahaja malah rakyat biasa juga mendapat ilmu pengetahuan kerana Islam adalah agama untuk semua.

Sultan Mahmud berguru dengan Maulana Yusuf. Kitab yang digunakan ialah ‘Kitab Maklumat’. Beliau dating belajar lengkap dengan pakaian dan kelengkapan diraja, seolah-olah untuk menghadiri satu upacara rasmi kerajaan. Beliau telah ditegur oleh Maulana Yusof. Teguran dan sindiran Maulana Yusuf diterima dengan baik oleh Sultan Mahmud dan akhir beliau dating belajar sebagai eorang pelajar dan bukan sebagai seorang raja.

Bagitu juga Sultan Mansur Syah adalah sangat alim orangnya dan patuh pada ajaran Islam bagitu juga Sultan Alauddin Riayat Syah. Melaka sebagai pusat perkembangan ilmu bukan sahaja menumpukan pada pengajaran agama sahaja malah menyentuh lain-lain disiplin ilmu untuk berjaya di dunia dan di akhirat.

Di Melaka terdapat banyak surau-surau dan masjid dibina. Salah satu fungsi masjid dan surau ini ialah menjadi tempat singgahan atau tempat bermalam pedagang-pedagang. Pada waktu itu tidak ada hotel atau rumah tumpangan. Oleh itu mereka bermusafir di masjid dan surau0surau di Melaka. Selepas berdagan semua kapal, jong, perahu dan barang-barang mereka disimpan digudang-fudang yang disediakan. Setelah menyimpan barang-barang ini mereka berkumpul di masjid. Biasanya sebahagian besar saudagar-saudagar atau peniaga Indian-Muslim akan bertumpu di Masjid Kampung Keling dan saudagar-saudagar Arab Parsi berkumpul di masjid Kampung Hulu. Di masjid-masjid inilah mereka belajar dan muzakarah mengenai agama dan lain-lain ilmu pengetahuan.

Istana juga menjadi tepat belajar bagi golongan istana dan uoamak-ulamak yang ternal. Di samping itu terdapat perbincangan dijalankan di langgar, wakaf dan rumah-rumah guru. Dari istana Melaka lahirnya kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, kitab Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Hanafiah, Anak Panah Sadansa, Kitab Maklumat, Hikayat Berma Syahdan, Hikayat Bayan Budiman, Undang-Undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan beberapa banyak lagi.


Istana juga dijadikan tempat untuk menuntut ilmu. Terdapat perpustakaan untuk menyimpan buku agama , hikayat, kita-kitab terjemahan, kitab-kitab yang di karang oleh ulamak- dan pujangga terkenan di simpan dalam perpustakaan iu.

Kurikulumnya bukan setakat Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah sahaja malah mencakupi bidang-bidang falsafah dan metafizik. Terdapat ramai ulamak-ulamak sufi di Melaka. Salah seorang dari mereka ialah Maulana Abu Bakar yang mengajar Kitab “Ad Darrul l-Manzum” atau ‘Rakaian Mutiara’. Kitab ini membicarakan soal Theosophic, iaitu membicarakan tentang dzat, sifat dan afal. Ilmu ini ada hubungkait dengan ilmu TASAUF dan TEOLOGI.

Penuntut-penuntut yang terdapat di Melaka pada waktu itu bukan sahaja dating dari dalam negeri tetapi termasuk dari luar Negara seperti Jawa, Makasar dan Sulawesi. Ada beberapa Babad Jawa mengatakan bahawa dua orang WALI SONGO (Wali Sembilan) dari Tanah Jawa iaitu, WALI SUNAN BONANG dan WALI SONANG GIRI datang menuntut di Melaka. Mereka dikatakan tinggal di Pulau Upeh.

Ramai ulamak terkenal termasuk dari Mekah dihantar untuk mengajar di Melaka. Selain dari itu ulamak dari Pasai juga memainkan peranan dalam penyibaran ilmu di Bandar ini.

Melaka bukan sahaja terkenal sebagai pusat perkembagan Islam tetapi juga sebagai pusat penyibaran agama Islam di dunia sebelah timur. Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan, Sumatera Selatan dan Barat, Jawa (Indonesia dan Filipina Selatan mendapat Islam dari Melaka. Peranan Melaka sebagai pusat perkembangan dan penyibaran agama Islam banyak sekali . Melaka digelar “Serambi Mekah”. Oleh itu adalah wajar dihidupkan kembali Melaka sebagai Pusat Budaya ilmu.

Satu sifat yang menarik bagi Melaka ialah keupayaan pemimpin-pemimpinnya mengadakan undang-undang untuk mengawal masyarakatnya. Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka merupakan dua dokumen perundangan yang penting bagi menjamin rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan damai. Sistem pengawal sosial amat penting bagi Melaka, sebuah Bandar pelabuhan yang agung.

Sistem cukai mithalnya, telah disusun rapi. Bagi kapal-kapal yang datang dari atas angin seperti India, Parsi, Turku dan Pegu, mereka dikenakan cukai 6% atas nilai kargonya. Di pelabuhan terdapat Pegawai Penilai untuk menilai barang-barang mereka. Pedagang-padagang tempatan dikenakan cuka 3% dan pedagang-pedagang di rantau ini seperti dari Jawa, Sulawesi, Kalimantan dan Filipina tidak dikenakan sebarang cukai, sebaliknya mereka dikehendaki memberi hadiah kepada Raja dan pembesar-pembesar istana.

Ilmu yang diperolehi dari pusat pengajian di Melaka bukan sahaja tertumpu pada soal-soal agama tetapi meliputi lain-lain disipkin ilmu yang berhubung kait dengan kehidupan manusia. Contohnya sebagai sebuah bandar pelabuyan yang teragung, sebagai sebuah kotaraya yang sarat dengan aktiviti ekonomi dan perdagangan sudah pasti Ilmu yang berkaitan dengan ‘muamalat’ dituntut juga. Prgawai-pegawai yang menguruskan hal-hal perdagangan sudah pasti ‘pakar dan bidang ekonomi’ dan ilmu ini bukan lahir bersama-samanya tetapi harus dipelajari. Oleh itu Melakalah yang menyediakan pendidikan ekonomi sebab pada waktu itu tidak ada pusat pengajian seperti Melaka di Nusantara ini.

Selain dari itu mungkin ada juga pelajaran yang berhubugkait dengan Matematik. ‘Accounting’ sangat penting dalam dunia perniagaan. Tambahan pula perdaganan Melaka adalah bertaraf antarabangsa. Sudah tentu pengurusan jualbeli, impot dan ekspot bukan satu urusan yang kecil. Ini memerlukan pengetahun Matematik yang agak cemerlang.

Ilmu pengurusan perdagangan juga amat perlu dalam mengedalikan perdagangan yang bagitu sibuk keluar dan masuk. Bukan sebuah dua buah kapal dagang yang terdapat di pelabuhan Melaka dalam satu ketika malah dikatan beratus buah semuanya perlu diuruskan dengan baik.

Terdapat juga ilmu yang behubung kait dengan ‘Teknologi’ . Di Melaka kapal-kapal yang dating bukan sahaja singgah untuk berdagang,. Malah dating untuk dapatkan bahan makanan dan juga membaiki kapal. Biasanya kapal yang berlayan beribu batu akan mengalami kerosan dan Melaka menyediakan kebudahan membaiki kapal. Sudah pasti ada bengkel atau ‘dock yard’ disediakan dengan pakar atau pekerja mereka sendiri. Semuanya ini dikendalikan oleh orang-orang Melaka yang imlunya diperolehi dari pusat pengajiannya di Melaka.

Menbicangkan tentang ‘ilmu dan intektual’ kita tidak lupakan hubungan Melaka dengan Pasai dan hubungan Melaka dengan Mekah. Kedua-duanya merupakan pusat ilmu yang wujud sebelum Melaka. Pasai adalam pusat Islam di rantau Nusantara ini sebelum Melaka beragama Islam. Melaka mejadi Islam setelan Parameswara berkahwin dengan puteri Pasai dan hubungan dengan Mekah adalah kerana Ilmu dan agama. Mulana Abu Ishak, seorang ulamak sufi yang terkenal telah mengarang kitab ‘Ad darru’l Mahzum’ dan kitab ini telah dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar. Kitab ini ditulis dalam bahasa Arab. Kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan plajar-prlajar mengikutinya. Kitab ini membicarakan tentang ilmu tasawuf dan teologi.

Semuanya ini lahir dari sistem pendidikan yang bagitu mantap dalam zaman kesultanan Melayu Melaka.