Marai Seinen Club

Saturday, January 31, 2009 | | | 0 comments |
"SINARAN MATAHAR" lidah rasmi Marai Seinen Club

Marai Seinan Club ditubuhkan


Apabila pihak Jepun mengesan bahawa KMMM ada hubungan dengan MPAJA, semua pemimpin-pemimpin KMMM telah diminta menghadap Gabnor Ken Thurumi. Ken Thurumi telah memerintahkan supaya mereka membubarkan KMMM dan sebagai gantinya mereka diarahkan menubuhkan satu pertubuhan lain yang dinamakan ‘MARAI SEINEN CLUB” (MSC) Pemimpin-pemimpin KMMM diingatkan supaya jangan meneruskan ideologi perjuangan mereka, sebaliknya mesti terus memberikan perkhidmatan kepada Jepun.

Marai Seinen Club bermaksud Kelab Melayu Muda atau Kelab Belia Melayu. Jika ditinjau dari nama organisasi baru itu didapati perkataan ‘club’ lebih bermaksud atau berunsur sosial. Dengan tertubuhnya MSC Jepun berharap orang-orang Melayu tidak lagi bergerak dan berkecimpung dalam bidang politik. Dengan perintah Gabnor Ken Thurumi pemimpin-pemimpin KMMM telah mengadakan satu mesyuarat akhir KMMM bagi membubarkan kesatuan itu dan menubuhkan Marai Seinen Club sebagai gantinya, Mesyuarat itu diadakan pada bulan Mei 1942 dan satu Jawatankuasa telah dilantik bagi mengendalikan MSC

Ahli Jawatankuasa

MARAI SEINEN CLUB 1942/1943

Abdul Hamid Bin Hj Abdul Yang Di Pertua

Mohd Yusuf Harun Naib Yang Di Pertua

Sabar Daud

Md Hassan Abd Wahab Setiausaha Bersama

Hj Abd Rahman Hj Osman Bendahari

Hashim Abd Hamid Jawatankuasa

Ali Bulat Jawatankuasa

Md Yusof Hj Sulong Jawatankuasa

Md Dom Hussin Jawatankuasa

Hj Talib Hj Hashim Jawatankuasa

Kasudin Sabjan Jawatankuasa

Hj Abd Rauf Idris Jawatankuasa


Dalam masa 3 bulan KMMM berkuasa pada zaman pemerintahan Jepun itu, ia telah menarik ramai orang-orang Melayu menyertai PKMM. Walaupun KMMM telah dibubarkan dan digantikan dengan MSC tetapi orang-orang Melayu Melaka yakin MSC dapat terus membela nasib bangsa mereka. Ini menyebabkan bilangan ahli MSC bertambah ramai.

Untuk melicinkan pentadbiran MSC, yang meliputi kawasan seluruh Melaka, pemimpin-pemimpin MSC memutuskan yang setiap kawasan di luar kawasan bandar Melaka diadakan wakilnya. Dengan itu telah diadakan satu jabatan tambahan yang dinamakan Pengetua Jabatan yang terdiri dari

Ahmad Jamal Pengetua Jabatan kawasan Bandar Melaka

Yusuf Hj Munji Pengetua Jabatan kawasan Alor Gajah

Hj Md Amin Hj Yusuf Pengetua Jabatan kawasan Jasin

Hj Mokhti Hj Abd Hamid Pengetua Jabatan kawasan Merlimau

Hj Md Nor Hj Latif Pengetua Jabatan kawasan Nyalas

Putih Hj Tahir Pengetua Jabatan kawasan Masjid Tanah

Apa yang anihnya bagi kesatuan yang besar ini ia bergerak tanpa sebarang pelembagaan. Walaupun demikian MSC terus memperluaskan aktivitinya dalam berbagai-bagai aspek perjuangan mereka. Dengan itu MSC telah menubuhkan beberapa biro di bawah ketua-ketua yang dilantik.. Ketua-ketua itu pula menubuhkan jawatakuasanya kecilnya masing-masing untuk menjayakan gerak avtiviti yang diamanahkan kepada mereka. Biro-biro yang di tubuhkan terdiri dari

Mohd Yusuf Harun Biro Dakyah

Ahmad Jamal Biro Kebudayaan

Baba Janudin Biro Pelajaan

Md Nor Muhiddin Biro Kesihatan

Embi Abdullah Biro Perniagaan

Ibrahim Abd Rahman Biro Kampung

Shamsuddin Md Sin Biro Pertanian

Tamby Chik Hj Nordin Biro Permainan

Hj Abd Majid Hj Hussain Biro Perusahaan dan Perkulian

Bagitu rigid sekali MSC menubuhkan strategi mereka. Semua biro-biro yang ditubuhkan itu adalah untuk kepentingan orang-orang Melayu Melaka. Nyata sekali dari bukti-bukti di atas MSC bukan satu pergerakan sosial sahaja tetapi juga satu pergerakan sisio-politik.

Orang-orang Melayu Melaka , dalam zaman Jepun ini telah benar-benar sedar betapa pentingnya, pelajaran, kebudayaan, kesihatan, perniagaan dan pertanian dalam kehidupan orang-orang Melayu. Kesedaran inilah yang membuat anggota-anggota MSC bagitu yakin sekali tetantang perjuangan mereka.

Untuk menggalakkan lagi dakyahnya perjuangannya MSC secara tidak langsung, telah menjadikan majallah “SINARAN MATAHARI” sebagai lidah rasminya.

Jepun - Kesatuan Melayu Muda Melaka

| | | 0 comments |

Pada tahun 1942 Jeneral Ken Thurumi, Gabnor Jepun di Melaka, telah membenarkan Kesatuan Melayu Muda Melaka menggunakan Bangunan “Malacca Club” ini sebagai ibu pejabatnya

Kesatuan Melayu Muda Melaka di Zaman Jepun

Setelah Jepun menguasai Tanah Melayu, pemimpin-pemimpin Kesatuan Melayu Muda Melaka telah mulai menghidupkan kembali kesatuan yang diharamkan oleh Kerajaan British itu. Mereka telah dipanggil oleh Jeneral Thurumi, Gabnor Jepun bagi negeri Melaka, bagi membincangkan kedudukan KMMM itu. Pihak Jepun bukan sahaja telah membenarkan KMMM bergerak bebas malah telah menyediakan segala kemudahan yang ada untuk KMMM menjalankan aktivitinya. Ini adalah kerana KMMM banyak membantu Jepun memasuki Tanah Melayu dan Singapura.

Pihak Jepun telah membenarkan KMMM menggunakan bangunana ‘MALACCA CLUB’

Sebagai ibupejabat kesatuan itu. Bangunana yang indah tesergam gagah di patai Banda Hilir itu amat besar faedah dan ertinya kepada KMMM.

Dari Malacca Club itulah aktiviti-aktiviti KMMM digerak dan dipergiatkan lagi. Pemimpin-pemimpin KMMM banyak memberi kerjasama kepada Jepun dan berganding bahu hingga KMMM dapat sambutan yang luar biasa dari orang-orang Melayu Melaka. Jika dahulu orang-orang Melayu, khasnya golongan-golongan tua bagitu benci dan jijik pada KMMM tetapi pada waktu itu mereka menganggap KMMM sebagai satu pertubuhan yang perlu dianggotai. Dengan menjadi ahli KMMM mereka seolah-olah mendapat ‘passport’ tertentu dari pembesar-pembesar Jepun. Dengan menggunakan ‘passport’ itu mereka dapat mengelakkan diri dan keluarga mereka dari kekejaman Kempetei Jepun yang terkenal dengan keganasan mereka itu.

Pegawai-pegawai KMMM telah dapat bergaul bebas dengan pembesar-pembesar Jepun. Ahli-ahli KMMM dianggap sahabat oleh Jepun. Dengan itu didapati permohonan menjadi ahli KMMM telah datang mencurah-curah hinggakan pada satu ketika KMMM telah kehabisan buku resit. Oleh keranan terlalu ramai orang-orang Melayu Melaka melibatkan diri dengan KMMM itu maka terpaksa diadakan cawangan-cawanganya di Merlimau, Jasin, Alor Gajah dan Masjid Tanah.

Apabila KMMM bertambah popular berlaku pergelutan merebut kuasa antara golongan-golongan baru dengan pemimpin-pemimpin lama. Ada juga cawangan-cawangan yang tidak menjalankan aktiviti mereka mengikut prosedur yang ditetapkan. Berlaku peristiwa tuduh menuduh dan buruk memburukkan pemimpin. Peristiwa-peristiwa ini menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin veteran menarik diri dari kesatuan itu. Sebab itulah KMMM telah disusun semula dengan pegawai-pegawai baru mengetuai kesatuan itu. Mereka terdiri dari

Abd Hamid Hj Abdul Yang Di Pertua

Sabar Daud Setiausaha

Haji Yusof Hj Sulong Bendahari

Md Yusof Harun Jawatankuasa

Md Amin Abd Hamid Jawatankuasa

Jaamat Omar Jawtankuasa

Tawi Abd Hamid Jawatankuasa

Malangnya pegawai-pegawai yang baharu dilantik ini tidak dapat berkhidmat lama sebab pemeritah Jepun telah mengambil tindakan bagi mengharamkan Kesatuan Melayu Muda Melaka. KMMM dikatankan ada membuat perhubugan dengan Malayan Anti Japanese Army (MPAJA) yang dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya.

Namun demikian dalam period transisi ini KMMM telah bagitu popular sekali di kalangan orang-orang Melayu. Dari segi spiritualnya di dapati orang-orang Melayu Melaka telah dapat disatukan di bawah bendera KMMM. Kalau Kesatuan Melayu Melaka dapat mempengaruhi golongan-golongan elit Melayu lama, KMMM pula telah dapat menyatukan semua golongan orang-orang Melayu Melaka. yang mempunyai kesedaran kebangsaan dari setiap pelusuk Negeri Melaka.

Dalam pemerintahan Jepun KMMM hanya dapat berkhidmat selama 3 bulan sahaja (15.2.1942 hingga Mei, 1942). Dalam masa yang bagitu singkat KMMM telah berjaya menyatukan orang-orang Melayu Melaka, Ini boleh dianggap satu kejayaan KMMM yang cemerlang. Penyatuan inilah dijadikan asas orang-orang Melayu Melaka meneruskan perjuangan politik mereka selepas Perang Dunia II . Ini juga secara tidak langsung telah memberi kesedaran pada orang-orang Melayu Melaka bahawa politik itu mesti diperjuangankan melalui sesuatu organisasi melalui perpaduan dan penyatuan. Sikap seperti sebelum perang melalui penulisan dan melahirkan perasaan dalam akhbar sudah tidak berapa efektif lagi.

Zaman Jepun ini sama ada disedari atau tidak, sedikit sebanyak telah melahirkan kesedaran kepada orang-orang Melaka khasnya. Orang-orang Jepun telah memberi pelajaran kepada orang-orang Melayu terutama tentang nilai diri dan bangsanya sendiri. Orang Melayu dari segenap lapisan masyarakat dan dari berbagai-bagai latarbelakang pendidikan telah mula bersatu dan memahami pengertian perpaduan. Jepun telah memberikan sumbangan yang banyak ke arah ini. Kesedaran ini merupakan asas dalam penubuhan UMNO kemudiannya.

3.4 KMMM diharamkan oleh Pemerintah Jepun

Malangnya pegawai-pegawai yang baharu dilantik ini tidak dapat berkhidmat lama sebab pemerintah Jepun telah mengambil tindakan bagi mengharamkan Kesatuan Melayu Muda Melaka kerana didapati ada membuat perhubungan dengan Malaya People Anti Japanese Army yang dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya..

Walaupun dalam period transisi ini KMMM telah bagitu popular sekali di kalangan orang-orang Melayu tetapi segi spiritualnya didapati orang-orang Melayu Melaka telah dapat disatukan di bawah bendera KMMM. Kalau Kesatuan Melayu Melaka dapat mempengaruhi golongan-golongan lama, KMMM pula telah dapat menyatukan semua golongan orang-orang Melayu Melaka yang mempunyai kesedaran kebangsaan, dari setiap pelusuk negeri Melaka.

Dalam zaman pemerintahan Jepun, KMMM hanya dapat berkhidmat selama tiga bulan sahaja (15.2.1942 hingga Mei, 1942). Dalam masa yang bagitu singkat KMMM telah berjaya menyatukan orang-orang Melayu Melaka. Ini boleh dianggap satu kejayaan KMMM yang cemerlang. Penyatuan inilah dijadikan asas oleh orang-orang Melayu Melaka meneruskan perjuangan politik mereka selepas Perang Dunia II. Ini juga secara tidak langsung telah memberi kesedaran pada orang-orang Melayu Melaka bahawa politik itu mesti diperjuangkan melalui sesuatu organisasi, melalui perpaduan dan penyatuan. Sikap seperti sebelum perang melalui penulisan dan melaung-melaung dalam akhbar sudah tidak berapa efektif lagi.

Ini menunjukkan zaman Jepun ini, sama ada disedari atau tidak , sedikit sebanyak telah melahirkan kesedaran kebangsaan kepada orang-orang Melayu Melaka khasnya. Orang-orang Jepun telah memberi pelajaran kepada orang-orang Melayu terutama tentang nilai diri dan bangsanya sendiri. Orang Melayu dari segenap lapisan masyarakat dan dari berbagai-bagai latarbelakang pendidikan telah mula bersatu dan memahami pengertian perpaduan. Jepun telah memberikan sumbagan yang banyak ke arah ini. Kesedaran ini merupakan asas dalam penubuhan UMNO kemudiannya.

Kesatuan Melayu Muda Melaka 1937

| | | 0 comments |
SITC - Di sinilah ramai nasionalis Melayu lahir

Kesatuan Melayu Muda Melaka (KMMM)


3.1 Penubuhan Kesatuan Melayu Muda Melaka

Satu lagi pertubuhan politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia II ialah Kesatuan Melayu Muda Melaka. Ia ditubuhkan oleh elit-elit Melayu yang radikal. Kebanyakan daripada mereka terdiri dari guru-guru Melayu Lepasan SITC.

Sebelum ini, Kesatuan Melayu Melaka (KMM), didapati bergerak dengan bagitu lesu. Setiap pergerakkan mengikut peraturan dan pelembagaan akhirnya membawa kesan yang amat mengeciwakan. KMM tidak bejaya menempatkan seorang Melayu pun ke dalam Majlis Perundangan Negeri atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan atau Majlis Luar Bandar. Akibat dari itu lahir beberapa-beberapa orang pemuda yang radikal yang mahu berjuang dalam politik secara ‘open struggle’ Pemuda-pemuda itu rasa masanya telah sampai untuk mereka berjuang menentang penjajah British.

Sememang tidak boleh dinafikan bahawa golongan-golongan SITC yang banyak bertanggungjawab bagi melahirkan Kesatuan Muda Melayu Melaka (KMMM). Penubuhan Kesatuan Melayu Muda Melaka ini diadakan di Sulaiman Restoran, Wolferston Road (Jalan Bendahara) Melaka. Ibrahim Yaakub, Onan Siraj, Hassan Manan dan Abdullah Kamel adalah di antara pegawai-pegawai Kesatuan Melayu Muda Pusat yang turut hadir dalam majlis penubuhan itu. Dalam majlis itu satu jawatankuasa Kesatuan Melayu Muda Melaka telah dipilih.

Jawatankuasanya Kesatuan Melayu Melaka 1937

Cikgu Md Isa Mahmud Ketua I

Md Said Kemat Ketua II

Cikgu Ibrahim Endut Setiausaha

En Ibrahim Abu Bendahari

Cikgu Md Yusof Harun Pemeriksa Kira-Kira

Cikgu Othman Shawal Jawatankuasa

Cikgu Ali Bulat Jawatankuasa

Cikgu Bahari Wahid Jawatankuasa

En Kidam Manap Jawatankuasa

Encik Sharif Taha Jawatankuasa

Encik Othman Ismail Jawatankuasa

Encik Hashim Hamid Jawatankuasa

Golongan ini dikatakan oleh W.R.Roff sebagai ‘Malay educated Intelligentsia’. Sebahagian guru-guru Melayu berkelulusan SITC telah menjadi ahli Kesatuan Melayu Muda Melaka. Graduan SITC ini berada selama tiga tahun di SITC, Tanjung Malim, telah dipengaruhi oleh elemen-elemen radikal dari pusat perguruan itu. Mereka ini sangat mudah terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh politik dan perubahan-perubahan sosial kerana mereka akan lebih beruntung dari perubahan-perubahan itu. Mass media revolutionary dari Indonesia dan dari Timur Tengah telah banyak mempengaruhi jiwa mereka. Elemen-elemen radikal itu bukan sahaja menyerap kepada penuntut-penuntut malah kepada pensyarah-penyarah mereka.

Pensyarah-pensyarah juga turut terlibat memberikan semangat dan kesedaran kepada anak-anak bangsanya supaya mereka membela nasib bangsa apabila mereka pulang ke pangkuan masyarakat semula. Di antara ramai yang memberi kesedaran itu termasuk Cikgu Harun Md Amin (Harun Aminurrashid), Abd Hadi Hassan dan termasuk O.T.Dussek sendiri.

Graduan ini selama menuntut di SITC sentiasa terdedah dengan ideologi-ideologi perjuangan politik yang radikal yang pernah wujud di SITC seperti Ikatan Pemuda Melayu Malaya dan Ikatan Semenanjung Borneo. Ideologi radikal ini sebahagian besarnya lahir dari Indonesia dan telah meresap ke sini. Ianya sangat senang diresapi kerana Kesatuan Melayu Muda terdiri dari orang seberang atau keturunan dari seberang.

Sekembali mereka ke Melaka, mereka telah mempengaruhi rakan-rakan muda mereka di Melaka. Majoriti pemuda-pemuda telah tertarik dengan pergerakan itu. Mereka inilah yang menubuhkan Kesatuan Melayu Muda Melaka. Penubuhannya merupakan satu protes terhadap Kesatuan Melayu Melaka yang dimonopoli oleh golongan konservertif yang tidak pernah memperlihatkan kesan-kesan positif dalam perjuangan politik mereka.

Dengan ideologi yang radikal dan revolutioner yang dijiwai oleh pemikiran yang lebih aggresif mereka berharap akan dapat menggetarkan pemerintah Inggeris.

Setelah Kesatuan Melayu Muda Melaka wujud, Kesatuan Melayu Melaka rasa kurang senang pada golongan pemuda itu. Mereka menganggap pemuda terlalu emotional dan menjalankan tugas mereka atau bertindak secara terburu-buru. Mereka kuatir sikap demikian akan mengakibatkan huru-hara dalam masyarakat. Tetapi bagi pemuda itu mereka tetap menjalankan kempennya bagi meramaikan ahli dan menyibarkan ideologi perjuangan mereka, Mengikut Ibrahim Yaakub, Kesatuan Melayu Muda


“ ……..akan menumpukan tenaga bagi menyibarkan ideologinya kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan intellek Melayu khasnya guru-guru dan wartawan-wartawan..”


3.2 Kesatuan Melayu Muda Melaka diharamkan Kerajaan British

Melihatkan perjuangan Kesatuan Melayu Muda Melaka mengcurigakan, menjelang Parang Dunia II, Kerajaan Inggeris telah bertindak mengharamkan KMMM. Mereka telah menjalankan operasi menangkap pegawai-pegawai KMMM dan lain-lain pemimpin KMMM kerana mereka dapati yang KMMM telah memberi kerjasama kepada musuh-musuh Inggeris.

Pada waktu itu ramai anggota KMM berkhidmat dengan Malacca Volunteer Corps (MVC) dan telah dihantar ke Singapura untuk berkhidmat di sana. Dengan itu Cikgu Md Isa Mahmud, Encik Md Said Kemat, Cikgu Ibrahim Endut, Encik Saonan Arshad, Encik Mahmud Hj Ibrahim, Cikgu Bahari Wahid dan Encik Sulaiman Ismail, yang pada masa itu berada di Singapura, telah ditangkap lalu dipenjarakan di penjara Outram dan Changi. Manakala yang ditangkap di Melaka dipenjarakan di Penjara Banda Hilir.

15.2.1942 adalah tarikh Inggeris menyerah kalah kepada tentera-tentera Jepun di Tanah Melayu dan Singapura. Sebaik sahaja Jepun berjaya menakluki Singapura dan Tanah Melayu, semua tahanan telah dibebaskan. Kebanyakan pemimpin-pemimpin Kesatuan Melayu Muda Melaka telah kembali ke Melaka dan ada yang meneruskan perjuangannya dalam politik bagi membela bangsa dan tanah airnya.

Makam Hang Jebat

| | | 0 comments |
MAKAN HANG JEBAT

Hang Jebat amat sinonim dengan Hang Tuah. Pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat menimbultakan berbagai pendapat di kalangan masyarakat. Terdapat berbagai polimik mengnai pertarungan ini. Ada menagatakan Hang Tuah adalah seorang pahlawan dan pengikut raja yang taat dan harus dicontohi dan Hang Jebat adalah sebaliknya, Kemudian terdapat mengatakan Hang Jebat adalah hero Melayu yang menenatang kezaliman Raja.

Hang Jebat bertindak mennetang raja Melaka kerana menguhukum bunuh sahabat karibnya Hang Tuah tampa usul periksa. Kata-katanya yang terdenganr hingga kini ialah

“ Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”

Sebenarnya Hang Tuah tidak dibunuh sebaliknya disorokkan oleh Bendahahara di Hulu Melaka. Hang Tuah akhirnya dibawa keluar untuk membunuh Hang Jebat yang bermaharaja lela di Melaka. Dengan Taming Sari di tangan Hang Jebat , Sultan Melaka sendiri kuatir tentang keselamatan diri dan keluarganya.

Akhirnya pertarungan hebat berlaku antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Dengan berbagai tipu helah Hang Tuah dapat memiliki dan menguasai Keris TAMING SARI dan akhirnya Hang Jebat mati ditikam oleh Hang Tuah dengan Keris Taming Sari.

Tidak diketahui lebih lanjut mengenai trajedi kematian Hang Jebat. Ada mengatakan sultan memerintahkan mayatnya dibuang ke laut termasuk tapak rumahnya juga dibuang ke laut. Namun demikian ada kemungkinan kematian Hang Jebat telah menamatkan huru hara di istana dan dengan adanya Hang Tuan bersama sultan dan Keris Taming Sari ditangannya tidak perlu lagi dikuatiri Oleh itu ada kemungkinan arahan raja tidak dipatuhi sebagaimana bendahara tidak membunuh Hang Tuah walaupun diarahkan oleh sultan. Mungkin Hang Tuah atau ahli keluarga atau rakan karibnya yang lain telah mengambil jenazahnya untuk dikebumikan . Tidak ada bukti yng jelas untuk diketengahkan.

Dalam keadaan ini terdapat tradisi lisan menunjukkan terdapat sebuah Makam lama di Melaka yang didakwa sebagai MAKAM HANG JEBAT.

Maklumat Tradisi Lisan Makam ini dipercayai
MAKAM HANG JEBAT

Sultan Melaka Terakhir

Friday, January 30, 2009 | | | 0 comments |
Pelabuhan Melaka dalam abad ke 16

Siapa Sultan Melaka yang terakhir?

Ramai yang mempesoalkan tentang siapakah sultan Melaka terakhir. Pelajar dimaklumkan sultan Mahmud Syah adalah sultan terakhir di Melaka kerana dikatakan ditangan bagindalah Melaka jatuh ke tangan Portugis. Benarkah demikian?


Duit siling zaman pemerintahan Sultan Ahmad, putera Sultan Ahmad
Muka hadapan mencatatkan "Ahmad Bin Mahmud"



Muka belakang duit siling zaman Pemerintahan Sultan Ahmad , Putera Sulan Mahmud.
Muka belakan mencatatkan "Al Sultan Al Adil"

Melaka jatuh ke tangan Portugis pada ......... Sultan Mahmud sendiri menaiki gajahnya mengetuai pahlawan-pahlawan Melayu menentang Portugis. Namun demikian Melaka terus di desak oleh Tentera-tentera Portugis yang bersenjata lengkap. Sultan Mahmud dinasihatkan oleh pembesar-pembesarnya untuk berundur ke darat. Beliau dan keluarganya tela mudik Sungai Melaka dan berlindung di Istana Kayu Ara ( Istana ini terletak di lembah Bertam iaitu kira-kira di Bertama Ulu.) Pada ketika itu beliau telah menyerahkan pertahanan dan Negeri Melaka kepada puteranya Sultan Ahmad. Sultan Ahmad dan pewira-pewira Melayu terus bertahan dan meneruskan perjuangannya menentang Portugis. Pada waktu itu Sultan Sultan Ahmad dan pembesar-pembesar yang lain terus berada di istana utama di Melaka. Dalam keadaan Huruhara hidup rakyat Melaka seperti aktiviti ekonomi, sosial dan urusan politik terpaksa diteruskan. Dalam suasana inilah Sultan dan pembesar-pembesarnya mencetak wang untuk meneruskan aktiviti ekonomi seharian walaupun dalam keadaan huruhara itu.


Dengan terjumpanya wang siling ini nyata sultan terakhir bagi Negeri Melaka ialah Sultan Ahmad ibni Sultan Mahmud Syah, Perlantikan ini dibuat terus oleh Sultan Mahmud Syah dan bukan melalui sistem perlantikan di raja yang penuh adat istiadat.

Sultan Mahmud akhirnya berundur ke Benatayan (Muar), dan terus berundur hingga ke Kampar di mana beliau meninggal dunia di Kampung Tua Kampar pada tahun 1528.

Nisan Sultan Mahmud Syah Melaka, di Kampung Tua, Kampar Sumatera.

Missi Merdeka di Melaka

Thursday, January 29, 2009 | | | 1 comments |
Missi Merdeka Post 3

UMNO , MCA dan MIC Melaka mengatur kepulangan MISSI
Merdeka


Satu mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Melaka di adakan pada 22.1.1956 . Borhan Md Yaman mencadangkan diterima cadangan UMNO Bahagian Kuala Kangsar dan majlis menerinya dengan sebulat suara. Satu jawatankuasa dibentuk bagi mengatur dan menyusun jentera menyambut Kepulangan Missi Merdeka itu.

Borhan Md Yaman dalam mesyuarat jawatankusa UMNO Melaka pada 22.1.1956 mencandangkan Melaka menerima syor UMNO Kuala Kangsar agar Misssi Merdeka disambut di MELAKA

Untuk menguruskan sambutan kepulangan Missi Merdeka yang bagitu besar bukanlah satu perkara yang mudah. Bagi melicinkan pentadbiran UMNO Melaka telah menghubungi rakan politiknya iatu MCA dan MIC. Keputusan Mesyuarat UMNO Melaka telah dibawa oleh Setiausaha UMNO, Hasnul Hadi ke dalam Mesyuarat Parti Perikatan Melaka pada 27.1.1956. Parti Perikan Melaka telah menubuhkan jentera penggerakkan terdiri dari:

Abd Ghafar Baba Pengerusi Rapat UMUM

Pengerusi Rapat UMUM : Abd Ghafar Baba

Jawatankuasa Penyambut: Abd Ghafar Baba

Tan Siew Sin

Sudin Abd Rahman

Goh Chee Yan

A.W.B.Acton

V Allagapan

Pengerusi J/K Penerangan

Dan Perarakan: Muhammad Abd Rahman

Pengerusi J/K Pengangkutan: Tan Cheng Swee

Sementara itu Abd Ghafar Baba telah menghubungi Tunku Abd Rahman di London melalui talipon. Beliau menyatakan tidak dapat keputusanya kerana perundingan waktu itu belum tamat. Beberapa hari kemudiannya beliau menerima 2 kawat dari London.

Kawat dari London

Kawat Pertama: “ Perundingan ditamatkan hari ini dengan kejayaan yang penuh.

Keputusan diumum lapan haribulan.”

Kawat pertama ini diterima oleh Pejabah Perikatan Melaka pada hari Rabu 8.2.1956

Kawat Kedua : “ Akan balik dengan kapalterbang EM 532. Sampai Kuala Lumpur

19 Februari dan akan membat ucapan umum pertama di Melaka”

Tunku Abd Rahman dijangka akan bertolak dari London dengan penerbangan EM 532 ke Kuala Lumpur tetapi ada pindaan penerbangan kemudiannya. Tunku tidak mendarat di Kula Lumpurnya, sebaliknya beliau dan missinya mendarat di Singapura pada 19.2.1956.

Dalam menyelenggarakan Missi Merdeka, Perikatan Melaka telah mengadakan mesyuarat tergemparnya pada hari Selasa 7.2.1956 dan Pergerakan Pemuda UMNO mengadakan mesyuaratnya pada 12.2.1955. Pada waktu itu seluruh jentera telah sedia untuk digerakkan.

Barisan Motosikal: Pemuda UMNO Bahagian Melaka dijangka mengadakan barisan motosikal untuk mengmpalai perarakan membawa ‘Missi Merdeka’ dari Lapangan Terbang Batu Berendam ke Padang Banda Hilir.

Tunku an missinya melambai gembira kepada orang ramai

Barisan itu diketua oleh Cikgu Ahmad Bin Hj Marzuki. Tiap-tiap motosikal dibenarkan 2 orang menaikkinya. Pakaian yang ditetapkan ialah baju putih, seluar panjang putih dan songkok hitam.


Pemuda bermotosikal diketuai oleh Cikgu Ahmad Marzuki mendahului perbarisan

Barisan Kehormat di Lapangan Terbang Batu Berendam di adakan. Barisan ini diwakili 5 orang pemuda dari tiap-tiap cawangan dan diketua oleh Abdul Bin Chudang dan dibantu oleh Harun Pit, Samah Abd Aziz dan Salleh Kassim.

Barisan Kereta: Dalam barisan kereta Perikatan telah menyediakan 30 buah kereta untuk mengangkut ‘Missi Merdeka” dan pegawai-pegawai Tinggi Perikatan dari seluruh Malaya yang mengiringi Tunku dari Batu Berendam ke Banda Hilir.

Ketetapan Kereta:

Kereta Pertama : Tuanku Abd Rahman akan berdiri bersama-sama seorang wakil raja-

Raja dan Pengerusi UMNO Bahagian Melaka.

Kereta Kedua: 2 orang anggota ‘Missi Merdeka’ – Kereta dipandu oleh Tan Siew Sin

Kereta Ketiga: 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh Othman Shawal

Kereta Keempat: 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh Goh Che Yan

Kereta Kelima : 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh V.Allagapan

Kereta Keenam: 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh A.Rahman Acton

Manakala kereta-kereta yang lain membawa pegawai-pegawai perikatan. Selain dari kereta yang 30 biji yang ditetapkan , kereta-kereta lain juga dibenarkan menyertai perarakan tetapi mereka tidak dibenarkan masuk ke Banda Hilir kerana masalah tempat parking.

Perarakan Pemuda.

Dalam perbarisan perarakan pemuda , pergerakan pemuda UMNO mengetuai perbarisan itu dan diikuti oleh perbarisan pemuda MCA dan MIC serta pemuda-pemuda dari negeri lain.

Pemuda-pemuda Melaka di minta berkumpul di padang Kubu dengan diketuai oleh Pemuda UMNO, Bulat Bin Muhammad.

Pemuda-pemuda MCA dan MIC dari negeri-negeri lain diminta menunggu di hadapan bangunan Meng Seng. Semua Barisan di hadapan bangunan Meng Seng diketuai oleh Syed Omar Al-Habshi.. Perarakan tersebut didahui oleh pancaragan MCA.

Kanak-kanak sekolah juga turut dipelawa. Mereka diminta beratut sepanjang jalan yang di lalui “Rombongan Merdeka’ sambil mengibarkan Bendera Merdeka.

Kampung-kampung di tepi pantai diminta menghiasi perahu-perahu serta motor boat motor-boat mereka dan diminta mengangkut orang-orang di kampung-kampung di tepi-tepi pantai Melaka ke Padang Banda Hilir. Perahu-perahu diminta berlabuh di tepi pantai Bada Hilir jam 3.00 petang.

Perarakan cawangan-cawangan

Di samping itu perarakan cawangan-cawangan juga diatur rapi. Cawangan-cawangan yang menggunakan jalan Sungai Rambai-Melaka dan Jasin-Melaka dikehendaki berkumpul di Simpang Lima Semabok Perarakan itu di ketuai olej Hassan Muhammad.

Cawangan-cawangan menggunakan Jalan Masjid Tanah-Melaka diminta berkumpul di ‘Badminton Hall’ Tengkerah dan diketuai oleh Syed Hood. Cawangan-cawangan yang menggunakan Jalan Alor Gajah-Melaka berkumpul di Padang Kubu dan diketuai oleh Ismail Bin Abu Samah. Bagi cawangan-cawangan yang menggunakan Jalan Durian Tunggal-Melaka diminta berkumpul di Masjid Pengkalan Rama dan diketuai oleh Ahmad Abdullah.

Bagi melicin pentadbiran dan pengurusan Jawatan diubah dengan

Abd Ghafar Baba : Pengerusi Rapat Umum

Hasnul Hadi : Setiausaha Rapat Umum

Muhammad Abd Rahman : Pengerusi JK Penerangan dan Perarakan

Tan Cheng lock: : Pengerusi JK Pengangkutan

Hj Johar Aziz : Pengerusi JK Cenderamata

C.Mariappan : Pengerusi JK Perhiasan

Kamal Sudin, Tawi Abd Hamid dan Hj Talib Karim : JK Penyambut di Banda Hilir

Abd Ghafar Baba, Sudin Abd Rahman dan Othman Shawal sebagai JK Penyambut di

Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.

Tawi Hamid dan Hassan Bakar : Pengelola Tamu luar.


Hasnul Hadi, Setiausaha Rapat Umum

Walapun sambutan itu dikelolakan olek Perikatan Melaka (UMNO/MCA/MIC) tetapi sebahagian besar tugasnya adalah dipikul oleh UMNO Melaka.

Semuanya telah diatur rapi menjelang kembalinya “Missi Kemerdekaan” Sumbagan mental moral, fizikal dan material sememang tidak dapat dinilaikan. Ada yang bertunggu tangga di pejabat UMNO di 47, Mill Road, Melaka bekerja siang dan malam semata-mata untuk melihat segala-galanya berjalan dengan baik dan lancar bagi membuktikan kepada orang ramai bahawa Melaka boleh mengelolakan perhimpunan yang bagitu besar.

Ketibaan Missi Merdeka ke Melaka

Pagi Minggu 19. 2. 1956 , rakyat Melaka dan rombongan-rombongan luar amnya telah mulai membanjiri Kota Melaka. Rombongan luar ada yang sampai sehari dua lebih awal dan menginap ditempat-tempat yang dikhaskan. Kenderaan keluar masuk tidak putus-putus. Ada . yang tinggal di tepi-tepi pantai ada yang berperahu. Tidak kurang juga orang berduyun-duyun berjalan kaki untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah itu. Ramai sekali yang membanjiri Melaka. Straits times melaporkan yang menggunakan pengangkutan tradisional seperti kereta lembu, bas, kereta, basikal, motosikal, kenderaan kerajaan seperi lori JKR. (PWD)

“ …..More than 100 000 people gave Tunku a tumultuous welcome.”

Walaupun dalam jangka awal Tunku dan rombongannya tiba pada pukul 2.00 petang tetapi perubahan jadual telah menyebabkan Missi Merdeka samapai di Lapangan Terbang batu Berendam jam 10.00 pagi. Ini dapat dijelaskan dengan laporan di bawah:

The Tunku is due in Malaccca at 10.00 am From the airport he will go

straight to Mr. Tan Siew Sin’s house for a rest. At 1.00 p.m. he will

attend a luncheon ata MCA premises in Tranquera Road ………”

Walaupun “Missi Merdeka” sampai lebih awal dari yang dijangkakan tetapi ini tidak banyak membawa perubahan kepada rancangan awal . Hanya mereka yang ditugaskan menyambut ketibaan rombongan itu saahaja yang terlibat. Segala urusan perhimpunan di padang Banda Hilir adalah seperti yang ditetapkan bermula 2.30 petang.

Setelah “Rombongan Merdeka” sampai di Batu Berendam mereka disambut dengan begitu meriah dan gemuruh pekikan “MERDEKA” . Mereka telah disambut seperti yang dirancangkan dan rombongan itu dilaporkan

…… escorted by a fleet of more than 100 cars to Klebang Besar via Batu Berendam, Peringgit, Pengkalan Rama, River Side dan Tranquera Road … “

Setelah makan tengah hari anjuran MCA Melaka, Tunku dan ahli rombongannya diarak sekali lagi ke Pandang Banda Hilir tepat jam 2.30 petang. Di Padang Banda Hilir Tunku akan “Mengisytiharkan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu”. Mendahului perarakan ialah barisan motosikal dan Tunku berdiri sepanjang perjalanan melambai-lambaikan tangan dan berteriak Merdeka dan sepanjang jalan jugalah laungan “MERDEKA” tidak putus-putus di laungkan. Setiba sahaja di padang Banda Hilir beliau memeriksa barisan pemuda UMNO, MCA dan MIC serta pemuda-pemuda UMNO dari lain-lain negeri. Tidak dapat digambarkan betapa meriahnya suasana paada waktu itu. Sesudah itu beliau serta rombongannya menaiki sebuah pentas khas yang disediakan.

Walaupun ada beberapa ucapan awal tetapi orang ramai tidak sabar menunggu YTM Tunku Abd Rahman bangun memberi ucapan dan mengisytiharkan Tarikh Kemerdekaan tanah Melayu. Tunku menyatakan bahawa negara ini telah dijajah selama lebih dari 400 tahun dan masanya telah sampai untuk negara ini, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Di akhir ucapan beliau beliau mengisytiharkan:

“ …… Insya Allah 31 Ogos 1957”

dan disambut dengan laungan merdeka. Ada yang menadah tangan besyukur kepada Allah, Ada yang terus bersorak, dan ada yang mengira Tarikh dan berbagai-bagai ragam dapat di lihat pada waktu itu.

Inilah peristiwa paling bersejarah bagi Negeri Melaka. Padang Banda Hilir akhirnya di gelar Padang pahlawan dan Melaka sebuah negeri bersejarah penuh dengan peristiwa sejarah.

En Abd Ghafar Baba menyampaikan ucapan sebelum Tunku mengisytiharkan tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu.

Setelah pengistiharan tarikh kemerdekaan, rombongan Tunku terus berangkat ke Kuala Lumpur tetapi orang ramai yang ada terus menunggu sampai ke malam kerana pada malam itu ada disediakan “Malam Anikawarna” yang diketuai oleh Abg Ghafar Baba dan Hassan Mansor.

Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan setahun setengan dari tarikh pengisytihran itu. UMNO Melaka terus berjuang untuk mengisi kemerdekaan. Peranan UMNO Melaka semenangnya cukup banyak dalam usaha mendapatkan kemerdekaan. Sebahagian besarnya bermula di Melaka. Di Melakalah di mana segala-galanya bermula. Tarikh keramat telah diketahui 31 Ogos, 1957.

Majlis dan perhimpunan berjalan dengan bagitu licin dan teratur. UMNO Melaka sudah sewajarnya menerima kreditnya kerana sebahagian besar tugas mengendalikan perhimpunan yang bagitu besar dapat dikendalikan dengan sempurna, walaupun dalam

serba kekurangan. Betapa gigihnya UMNO Melaka dari ahli-ahli cawangan hingga pemimpin-pemimpin di peringkat Bahagian tidak kenal penat lelah tidak kira wang ringgit atau bayaran, malah keluar wang saku sendiri, tidak kenal penat lelah bagi melihat, Negara mereka bebas dari ancaman penjajah.








Misi Merdeka di Melaka

| | | 0 comments |

Missi Merdeka Post2

Mengapa Tarikh Kemerdekaan diisytihar di MELAKA ?

Dalam satu Mesyuarat Tergempar pada hari Jumaat 13.1.1956 , UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Perak telah membuat satu keputusan sebulat suara mengenai kepulangan Tunku dan Missi Merdekanya . Ketetapan yang diambil dalam mesyuarat tergemparnya berbunyi:

Bahawa mesyuarat ini mengambil ketetapan iaitu mendesak Ibu Pejabat UMNO Malaya menghantar kawat ke London meminta supaya Rombongan Merdeka yang diketuai oleh YAB Tunku Abd Rahman Putera itu waktu sekembalinya dari London ke Tanah Melayu membawa tarikh kemerdekaan hendaklah mendarat di MELAKA”

Mesyuarat itu diadakan oleh UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Perak kira-kira dua minggu setelah Missi Merdeka bertolak ke London. Mereka telah membincangkan dengan bagitu serious. Diantara sebab-sebab mengapa mereka memilih Melaka sebagai

tempat pendaratan Missi Merdeka itu kerana imej kepimpinan UMNO Melaka amat tinggi dan mempunyai potensi yang baik dalam lapangan politik. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan UMNO Melaka dalam mengendalaikan Persidangan Agung UMNO Malaya, Persidangan Pemuda UMNO Malaya, Persidangan Agung Wanita UMNO Malaya, , Persidangan Agung Tergempar UMNO Malaya, Demonstrasi Menentang Penyata Pilihanraya dan banyak lagi yang boleh dijadikan alasan mengapa Melaka boleh mengelolakan kepulangan Misi Merdeka dengan sempurna dan teratur. Ini adalah dari segi fizikalnya.

Dari segi moralnya kerana UMNO Bahagian Kuala Kangsar menerangkan mengapa Missi Merdeka mesti mendarat di Melaka ialah:

“ a. Mengjngati Sejarah Kerajaan Empayar Melayu Melaka.

b. Perkataan “Takkan hilang Melayu di dunia” diterbitkan
di Melaka oleh Laksama Hang Tuah, seorang hulubalang
Melayu yang gagah perkasa berjuang kerana bangsa dan nusa.

c. Di Melakalah mula-mula penjajah barat bertapak di tanahir

Pada 11.7.1511

d. “Di atas Robohnya Kota Melaka, Kita Bangunkan Jiwa Merdeka”

kata pemimpin Melayu Dr.Burhanuddin al Helmy pada tahun 1946.

e. UMNO mendesak Pilihanraya 100% yang menyebabkan Yang Amat
Mulia, Tunku Abd Rahman Putra diutuskan ke
London pun adalah

keputusan Mesyuarat Agung UMNO Tergempar di Melaka.

Dengan ketinggian moral itulah UMNO Bahagian Kuala, Perak memutuskan


Dengan sebab-sebab itu membawa Tarikh Kemerdekaan biarlah di Melaka.”


Keputusan Mesyuarat Tergempar UMNO Bahagian Kuala Kangsar itu telah dihantar ke Ibu Pejabat UMNO dan dipanjangkan ke Melaka. UMNO Melaka yang bagitu aktif dan berada dalam klimaks itu menerima cadangan itu dengan penuh hormat.

Missi Merdeka di Melaka

| | | 0 comments |
Tunku melambai tangan sebelum bertolak ke London di East Wharf, Singapura

Post 1

Menyambut Kepulangan MISSI Kemerdekaan

Melaka - (20.2.1955)

Missi Merdeka ke London

Salah satu peristiwa paling bersejarah dalam negara ialah Menyambut Kepulangan Missi Kemerdekaan dari London.. Ini adalah satu kejayaan UMNO Melaka khasnya dan UMNO Malaya amnya. Missi Merdeka itu diketui oleh Tunku Abd Rahman yang lainnya terdiri dari Dato Abd Razak Bin Hussin, Dato Nik Kamil, A.Aziz, Menteri Besar Selangor, Kolonel H.S.Lee , Dr Ismail, Menteri Hasil Dalam Negeri, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Mohd Seth, T.H.Tan dan A.Kadir.

Rombongan itu bertolak ke London dengan kapal laut melalui Singapura. Mereka tidak menggunakan Kapal terbang kemungkinan besar kerana masalah kewangan. Mungkin Derma Kemerdekaan tidak mengizinkan mereka pergi ke London dengan Kapal terbang. Mereka dijangka mengadakan perbincangan dengan kerajaan British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Tunku dan ahli rombongannya dijangka akan membawa balik

‘TARIKH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU”

Seperti kata Tunku

“My only ambition is to come back from London

and announce the date of Malaya’s Independence

Tunku telah bertolak dari hotelnya di Singapura dan diberi selamat jalan yang meriah sekali. Perarakan yang berwarna warni diadakan sepanjang-panjang jalan dari hotelnya ke East Warf . Terdapat perarakan sepanjang Connaught Drive, Colley Quey, Robinson Road, Anson RoadEast Warf. hingga k Sebelum berlepas Tunku berkata:

… If I fail in my task the people will kick me out …”

Tunku dijulang oleh penyokong-penyokongnya ke East Wharf, Singapura
untuk ke
London

Pemergian missi in amat besar ertinya kepada perjuangan UMNO tanahair. Semasa rombongan itu berada di London semua rakyat di Tanah Melayu khasnya pejuang-pejuang politik sama-sama berdoa agar misi itu berjaya. Perbelanjaan pemergian misi itu adalah atas sumbangan rakyat yang dikutip melalui “Tabung Derma Kemerdekaan” yang telah di rancang seawal-awalnya pada 6.4.1953 dalam Persidangan Agung UMNO di Melaka. Tentang pungutan “Derma Kemerdekaan” ini dapat di ketahui melalui setiap Keluaran Malaya Merdeka melalui muka surat khas.

Tujuh minggu Missi Merdeka meninggalkan tanahair dengan penuh keyakinan untuk mendapatkan “Tarikh Kemerdekaan.” Rakyat menunggu dengan penuh kesabaran. Di samping itu ahli politik tanahair memikirkan cara yang terbaik untuk menyambut kepulangan Missi Kemerdekaan itu.

...bersambung ke Post 2