Sejarah Melaka 600 tahun
…………… dari desa purba ke BANDARAYA BERSEJARAH
Dari desa purba lahir sebuah kotaraya. Dari halaman kota bertuah inilah segalanya bermula. MELAKA katanya lahir dari nama sebatang pohon tempat Parameswara menghilang lelah. Ada mengatakan lahir dari perkataan “Malaqqa” dalam bahasa Arab yang bermaksud perhimpunan segala dagang. Tidak kurang pula mengatakan “Market” yang bermaksud pasar. Walau apa jua namanya bermula, ia adalah sebuah seda nelayan purba. Kini tanggal 15 April 1989 ia telah diisytiharkan sebagai MELAKA BANDAR RAYA BERSEJARAH, MALAYSIA.
Parameswara
Parameswara telah memulakan segala-galanya. Dari Bertam, Parameswara menghilir ke muara dan di sana berlaku satu peristiwa pelanduk putih-anjing raja. Anjing raja menjadi mangsa, satu cerita yang tidak pernah diduga.
Parameswara serta pembesar-pembesarnya telah membangunkan desa nelayan itu hingga menjadi sebuah pelabuhan yang teragung.
Dengan bantuan
orang-orang laut dari
Palembang dan saki baki pengikutnya yang setia mereka telah membangunkan Melaka yang merupakan rahmat bagi kita.
Pelabuhan Melaka dikatakan kesinambungan kota pelabuhan Melayu tua Campa (Funan) dan Srivijaya. Mereka mewarisi tradisi kedua-dua bandar maritime tersebut. Jika Campa dan Srivijaya pernah menjadi sebuah empire maka Melaka yang mewarisi trasidi budaya itu wajarlah juga menjadi sebuah empire. Perkara ini tidak mustahil. Melaka dalam sedikit masa, khasnya dalam zaman pemeritahan Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah telah berkembang luas bukan sahaja di seluruh Tanah Melayu, bahkan meliputi beberapa bahagian Kepulauan Riau dan Sumatera.
Bandar Melaka telah berkembang dengan pesatnya. Dasar luarnya, terutama dalam hubungannya dengan China, telah menyebabkan kedudukan Melaka menjadi kukuh. Dengan bantuan Maharaja China, Yung Lo dan Laksamana Cheng Ho, Melaka telah berjaya menegakkan kuasanya di rantau ini.
Setelah Parameswara memeluk Islam hubungan China-Melaka bertambah erat. Ini kerana Yung Lo, Maharaja Cina dari Dinastu Ming itu sendiri beragama Islam. Baginda dikatakan keturunan Nabi Muhammad lapis yang ke-26. Kehadiran Sultan Melaka beberapa kali di istana Cina dan lawatan Laksama Yin Ching dan Cheng Ho ke Melaka telah mengukuhkan kekuatan politik, ekonomi dan sosial Melaka. Hubungan Melaka-Cina telah mengelakkan Siam daripada mengancam Melaka. Selepas kematian Yung Lo dan Cheng Ho kekuatan Melaka telah padu dan Melaka dapat menahan serangan Siam tanpa bantuan dari mana-mana pihak.
Pemimpin-pemimpin Melaka dalam abad ke-15 telah berjaya menjadikan Melaka sebuah kota kosmopolitan yang dikatakan teragung di dunia. Ini adalah kerana Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang teratur, sistem ekonomi yang progresif dan sistem sosial yang dinamik.
Sejak Melaka di buka, tidak putus-putus dagang sentry datang dan pergi. Pelabuhan Melaka menjadi bagitu sibuk hingga satu sistem pengurusan pelabuhan yang dinamakan Sistem Syahbandar diwujudkan. Empat orang syahbandar dilantik bagi menguruskan barang dagangan dari dalam dan luar negeri. Mereka terdiri dari Syahbandar India, Jawa, Eropah dan Tempatan.
Ketika Parameswara sampai ke Melaka, di desa ini hanya terdiri dari beberapa keluarga nelayan sahaja. Parameswara telah membawa masuk ramai pengikutnya. Yang paling ramai ialah Orang-Orang Laut atau Orang Seletar. Orang-orang ini adalah pengikut-pengikutnya sejak dati Palembang dan Temasik lagi. Apabila Palembang diserang oleh Majapahit, Parameswara serta pengikutnya telah melarikan diri. Orang-orang Laut bekeliaran di seluruh Selat Melaka dan Kepulauan Riau. Mereka inilah disalah anggap oleh Tome Pires sebagai Bajak Laut atau perompak lanun. Mereka sebenarnya adalah orang-orang laut yang tidak bertuan. Apabila mengetahui Parameswara telah membuka Melaka, mereka telah daaing dan bersatu semula di Melaka. Mereka sekali lagi memperhambakan diri kepada Parameswara. Mereka turut menyumbangkan tenaga dan membantu membangunkan Melaka.
Penduduk Melaka.
Kehadiran orang-orang laut ini dan kekerapan datangnya pedagang-pedagang asing ke Melaka menyebabkan penduduk Melaka bertambah dengan pesatnya. Selain dari penduduk-penduduk tetap terdapat juga ‘floating population’ di Melaka. Mereka ini tinggal di Melaka sementara menunggu angina untuk belayar. Sebab itulah Pelabuhan Melaka bagitu sibuk. Namun demikian bilangan penduduk Melaka meningkat. Statistik di bawah menunjukkan kermaian penduduk Melaka.
Ketika Parameswara sampai di Muar 1 000 orang
Ketika Melaka dibuka 2 000 orang
Ketika Parameswara memeluk Islam 6 000 orang
Zaman pemerintahan Sultan Alauddin 40 000 orang
Sebelum Portugis menyerang Melaka 190 000 orang
Adalah dikatakan terdapat 59 puak dan suku kaum orang asing di negeri Melaka dan mereka ini bertutur 84 bahasa yang berlainan. Berkat kepimpinan sultan dan pembesar-pembesarnya mereka ini tinggal dan berinteraksi satu sama lain dengan penuh harmoni dan kemesraan. Rahsia kemesraan, perpaduan dan keharmonian rakayat berbilang kaum, keturunan, puak dan suku ini adalah disebabkan elemen Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa perantaraan, sistem politik yang stabil dan sifat toleransi semua pihak. Islam juga menjadi teraju utama perpaduan orang-orang Melaka pada waktu itu kerana Islam menganggap setiap orang sebagai saudara
Bahasa Melayu merupakan elemen penyatuan penting pada waktu itu walaupun di Melaka terdapat lebih kurang 59 suku kaum, puank dan bangsa yang bertutur sebanyak 84 bahasa. Bahasa Melayu merpakan Lingua Franca yang membolehkan integrasi sosial wujud dengan bagitu kukuh.
Setiap pedagang yang datang ke Melaka mestilah boleh bertutur bahasa Melayu bagi membolehkan mereka berdagang dengan bebas dan mendapat keuntungan yang banyak. Adalah didapati bahasa Melayu bukan sahaja dipertuturkan di pelabuhan Melaka malah ia dipertuturkan di pelabuhan-pelabuhan besar dunia seperti di Kaherah, Cambay, Ormus dan Venice. Tentu tidak hairan jika kedengaran bahasa Melayu dipertuturkan di pelabuhan Venice, pelabuhan yang sibuk menghubungi Eropah dan Timur.
Bahasa Melayu digunakan dalam bidang pentadbiran, perniagaan dan perhubungan.
Ia juga merupakan bahasa persuratan.
Bahasa Melayu dikatakan sebagai
Bahasa Perantaraan (Lingua Franca)
Bahasa Komersial
Bahasa Pentadbiran
Bahasa Diplomatik
Bahasa Perundangan
Bahasa Ilmu
Bagi membolehkan pedagang-pedagang berkomunikasi dalam dunia komersial antarabangsa mereka sedikit sebanyak mesti berupaya berbahasa Melayu. Sehubung dengan itu beberapa cerdik pandai telah menysun kamus-kamus.
KAMUS MELAYU-ITALI disusun oleh seorang Itali bernama PIGAFETTA
KAMUS MELAYU-LATIN disusun DEVI HEAX dan
KAMUS MELAYU-BELANDA disusun oleh PEDRICH HOUTMAN
Tujuan menysun kamus-kamus ini adalah untuk membolehkan pedagang-pedagang mengtahui dan mendalami bahasa Melayu dan dapat berinteraksi dengan sesiapa pun dalam urusan harian. Ini membuktikan Bahasa Melayu bukan sahaja telah menjadi Lingua Franca dan dipertuturkan oleh hampir semua orang di rantau Dunia Meayu tetapi juga sebagai bahasa antarabangsa.
Di samping itu, semua peraturan termasuk bahasa perundangan seperti di dalam HUKUM KANUN MELAKA dan UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA yang menjamin keamanan dan keselamatan pedagang-pedagang adalah semuanya dalam bahasa Melayu. Banda raya Melaka dalam abad ke-15 atalah menjadikan Bahasa Melayu sebahasa teragung dan merupakan salah satu elemen integrasi dalam masyarakat kosmopolitan Melaka.
Tradisi Ilmu dan Intelektual
Melaka adalah pusat tradisi ilmu yang terkenal di rantau dunia di sebelah ini. Tidak boleh disangkal lagi bahawa Bandaraya Melaka berjaya melahirkan intelek-intelek Islam yang pakar bukan sahaja dalam bidang agama tetapi juga dari semua aspek termasuk politik, ekonomi dan soaial. Tokoh terpenting terutama golongan istana, pembesar-pembesar Melaka, pedagang-pedagang dan orang-orang persaorangan mendapat ilmu pengetahuan mereka melalui sistem pendidikan di Melaka. Istana, Masjid, surau, balai, langgar dan wakaf dijadikan tempat belajar. Dari sinilah lahirnya cerdikpandai yang menjadi pemimpin dan pegawai-pegawai yang telah berjaya mentadbir bandaraya itu. Contohnya Tun Perak debagai Bendahara, Tun Tuah sebagai Laksamana, Tun Hamzah, Tun Ali, semua sultan Melaka dan banyak lagi. Pada waktu itu pendidikan tidak terhad pada golongan istana sahaja malah rakyat biasa juga mendapat ilmu pengetahuan kerana Islam adalah agama untuk semua.
Kurikulumnya bukan setakat Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah sahaja malah mencakupi bidang-bidang falsafah dan metafizik. Terdapat ramai ulamak-ulamak sufi di Melaka. Salah seorang dari mereka ialah Maulana Abu Bakar yang mengajar Kitab “Ad Darrul l-Manzum” atau ‘Rakaian Mutiara’. Kitab ini membicarakan soal Theosophic, iaitu membicarakan tentang dzat, sifat dan afal. Ilmu ini ada hubungkait dengan ilmu TASAUF dan TEOLOGI.
Penuntut-penuntut yang terdapat di Melaka pada waktu itu bukan sahaja dating dari dalam negeri tetapi termasuk dari luar Negara seperti Jawa, Makasar dan Sulawesi. Ada beberapa Babad Jawa mengatakan bahawa dua orang WALI SONGO (Wali Sembilan) dari Tanah Jawa iaitu, WALI SUNAN BONANG dan WALI SONANG GIRI datang menuntut di Melaka. Mereka dikatakan tinggal di Pulau Upeh.
Ramai ulamak terkenal termasuk dari Mekah dihantar untuk mengajar di Melaka. Selain dari itu ulamak dari Pasai juga memainkan peranan dalam penyibaran ilmu di Bandar ini.
Melaka bukan sahaja terkenal sebagai pusat perkembagan Islam tetapi juga sebagai pusat penyibaran agama Islam di dunia sebelah timur. Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan, Sumatera Selatan dan Barat, Jawa (Indonesia dan Filipina Selatan mendapat Islam dari Melaka. Peranan Melaka sebagai pusat perkembangan dan penyibaran agama Islam banyak sekali . Melaka digelar “Serambi Mekah”. Oleh itu adalah wajar dihidupkan kembali Melaka sebagai Pusat Budaya ilmu.
Satu sifat yang menarik bagi Melaka ialah keupayaan pemimpin-pemimpinnya mengadakan undang-undang untuk mengawal masyarakatnya. Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka merupakan dua dokumen perundangan yang penting bagi menjamin rakyatnya hiudup dalam keadaan aman dan damai. Sistem pengawal sosial amat penting bagi Melaka, sebuah Bandar pelabuhan yang agung.
Sistem cukai mithalnya, telah disusun rapi. Bagi kapal-kapal yang datang dari atas angin seperti India, Parsi, Turku dan Pegu, mereka dikenakan cukai 6% atas nilai kargonya. Di pelabuhan terdapat Pegawai Penilai untuk menilai barang-barang mereka. Pedagang-padagang tempatan dikenakan cuka 3% dan pedagang-pedagang di rantau ini seperti dari Jawa, Sulawesi, Kalimantan dan Filipina tidak dikenakan sebarang cukai, sebaliknya maereka dikehendaki memberi hadiah kepada Raja dan pembesar-pembesar istana.
Sepanjang abad ke-15 Melaka dianggap oleh orang luar sebagai
Emporium Timur
Kota Kosmopolitan
Entrepot yang Dinamik
Empire yang terkenal
Melaka dan Kuasa Eropah
Keagungan Melaka telah menarik minat kuasa-kuasa Eropah. Mereka mahu memiliki Melaka. Dengan memperolehi Melaka, mereka akan berjaya mengawal perdagangan laut di Eropah dan mendapat keuntungan yang banyak. Selain dari itu, yang paling penting bagi mereka ialah Melaka merupakan satu ‘KEBANGAAN’ atau ‘GLORY’ yang harus dimiliki.
Pembunuhan beberapa orang askar de Araujo oleh sultan pada tahun 1509 telah dijadikan helah untuk Alfonso d;Albuquerque menyerang Melaka. Walaupun pembesar Melaka termasuk sultan Ahmad, putera Sultan Mahmud sendiri serta pperajurit-perajurit Melaka yang setia berperang berhabis-habisan, Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis.
Kejatuhan Melaka bukan bermakna tamatnya kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan ini telah dibawa merantau oleh Sultan Mahmud dari Muar ke Pahang, Bentan, Riau dan akhirnya bertapak di Johor. Setelah Sultan Mahmud mangkat salah seorang puteranya telah meneruskan tradisi kesultanan di negeri Perak.
Melaka duduk di bawah kuasa penjajaah silih berganti. Melaka, sebuah pelabuhan yang teragung akhirnya merosot dan hingga abad ke 19 ia dianggap sebagai “sleepy hollow” tanpa aktiviti. Ia menjadi sebagai sebuah kota tua yang dilupai.
Proses Penjajahan
Lima setengah abad penjajahan di Melaka merupakan satu trajedi dalam episode sejarah Melaka. Kuasa Eropah yang dianggap bagai satu masyarakat yang bertamaddun tinggi tidak berupaya untuk mengembalikan keagungan Melaka yang telah diwjudkan oleh satu golongan pribumi Melayu yang dianggap oleh orang-orang Cina sebagai orang yang tidak bertamaddun. Dalam realiti orang yang dianggap sebagai yang tidak bertemaddun inilah yang telah membawa satu era yang agung dalam sejarah komersial dunia.
Taraf komersial Melaka yang agung menjadi rebutan kuasa-kuasa kapitalis dan kolonialis Eropah. Malah ahli perniagaan di rantau ini juga ingin menguasai perdagangan Melaka. Di antaranya ialah kuasa-kuasa penisgaan dar Jawa dan Acheh. Nama nama seperti Pateh Yunus, Pateh Kadir, Pateh Adam dan sebagainya merupakan segelintir mapatih Jawa yang berkuasa dan kayaraya. Dari Demak, Jawa mereka cuba maerampas Melaka daripada penguasaan Portugis, tetapi gagal.
Dengan kegiatan jihad pula, kuasa Melayu dari Acheh yang memang dikenali gagah berani itu bertubi-tubi menyerang Portugis dalam usaha mereka memiliki Melaka. Tokok pemerintah dan pahlawan Acheh yang becita-cita tinggi untuk menguasai Melaka ialah Sultan Alauddin Riayat Syah Al-Qahar dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Shah. Dengan bantuan ketumbukan tentera dari Muskat, Turki, Broach, Kalikut dan Masulipatam serta pengembelingan peralatan dan teknologi perang yang standing dengan peralatan perang kuasa Eropah, Acheh cuba bermati-matian cuba memiliki Melaka. Melaka menjadi sasaran perang pada 1568, 1573, 1575, 1582, 1617 dan 1673. Sekiranya tidak kerana kemangkatan Sultan Alauddin (yang menjadi Sultan Aru) gugur di medan peperangan, corak sejarah Melaka mukin berubah.
Bukan sedikit nyawa manusia yang terkorban, bukan setitik darah manusia yang mengalir, pantai barat Selat Melaka berkocak hebat bahana ledakan istinggar , dentuman lela rentaka, meriam dan pemuras semuanya kerana Melaka.
Penjajahan Eropah membawa kepada pembinsaan dan kehancuran Melaka. Mereka masing-masing mahu menunjukkan kekuasaan mereka dan Melaka menjadi mangsanya. Kedatangan Portugis telah banyak hasil-hasil budaya Melayu menjadi korban. Masjid, istana, dan lain-lain binaan fizikal dihancurkan. Kedatangan Belanda pula membinasakan gereja-gereja Portugis kerana agama Keristian mazhab Katholik yang dibawa oleh orang-orang Portugis adalah bertentangan dengan mazhab Protestannya. Manakala kedatangan Inggeris terus menghancurkan Melaka dengan arahan Kerajaan British. Peruntukan sebanyak 260 000 rupees diluluskan semata-mata untuk membinasakan Melaka dengan merobohkan bangunan-bangunan awam termasuk kota yang dibina oleh Portugis. Inilah era-era kegelapan dan kehancuran bagi Melaka.
Melaka diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat dan pada tahun 1867 ia ditadbir oleh Tanah Jajahan British di London. Hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ia telah duduk di bawah kekuasaan Inggeris termasuk tiga setengan tahun di bawah kuasa Pentadbiran Kuasa Jepun (1942 – 1945).
Bahana Penjajahan
Di dalam zaman penjajahan, penduduk Melaka tidak berkembang kerana potensi perdagangan dan aktiviti komersial yang lain sudah tidak lagi wujud di Melaka. Jika pada akhir pemerintahan Sultan Mahmud rakyat Melaka hampir 200 000 orang tetapi pada tahun 1836 terdapat 37 000 orang sahaja. Pada tahun 1846 terdapat 50 000 orang. Pada awal tahun 1900 pula terdapat kira-kira 95 000 orang yang tinggal diMelaka dan 73 000 atau 79% daripadanya adalah orang-orang Melayu dan 21% terdiri dari bangsa Eropah, Kaum Baba dan Kaum Chetty. Demikianlah trajedi yang menimpa Melaka, sebuah empire yang agung amenjadi sebuah negeri yang kecil dan akhairnya menjadi sebuah perbandaran.
Pentadbiran British di Melaka dengan secara langsung telah mewujudkan mobiliti yang negative di kalangan masarakat Melayu Melaka. Golongan yang duduk di stratifikasi sosial yang terbawah boleh meningkat ke stratifikasi sosial yang teratas jika mereka mempunyai pelajaran yang diwujudkan oleh Sistem Pendidikan British. Malangnya, British tidak ikhlas dalam memberi peluang ini khasnya kepada orang-orang Melayu yang menguasai 80% rakyat negeri itu pada awal abad ke-20. Mereka menyediakan pendidikan dengan metlamat “ menjadikan anak-anak Melayu lebih baik sedikit dari bapanya. Jika bapanya seorang petani, ia lebih baik dari abapanya dan jika anak itu anak seorang nelayan, ia diharapkan akan menjadi nelayan yang lebih baik sedikit dari bapanya… “
Sistem pendidikan Melayu diabaikan dan kesannya tidak wujud mobility sosial bagi orang-orang Melayu. Oleh itu orang-orang Melayu hanya layak menjadi petani dan nelayan yang boleh membekalkan mereka dengan makanan, menjadi askar dan polis yang dianggap boleh menjaga keselamatan mereka, menjadi budak pejabat untuk dijadikan hamba suruhannya atau menjadi pemandu keretanya bagi membawa mereka bersiar-siar. Pendek kata orang-orang Melayu rata-rata memenuhi strata paling bawah sekali dalam serba lapangan hidup mereka. Ini satu lagi trajedi sosial yang dialami orang-orang Melayu Melaka. Ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan amat sukar sekali mencari orang-orang Melayu yang mempunyai ijazah universiti. Paling tinggi kelulusan merelka ialah draduan dari Maktab perguruan Sultan Idris. Kebyakan orang awam menpunyai pendidikan setakat darjah 4 atau 6.
Semangat Kebangsaan.
Oleh itu semangat kebangsaan di Melaka lewat berkembang. Walaupun ada, ia digerakkan oleh orang luar atau orang Melaka yang pernah berdagang di luar Melaka. Contohnya, dalam gerakan Kaum Muda, Syed Syeikh Al-Hadi memainkan peranan yang sangat penting. Beliau sendiri telah mendirikan madrasah Al-Hadi di Bandar Kaba, Melaka hingga mendtangkan konflik dalam masyarakat Melayu Melaka yang telah ’establish’ yang digelar sebagai KaumTua. Konflik Kaum Tua dan Kaum Muda ini amat hebat hingga berlaku kes pukul memukul yang berlaku dalam masjid. Kesan dari perhuangan Kaum Muda masih dapat dilihat di beberapa kawasan di Melaka hingga ke hari ini.
Di Melaka telah diwujudkan sebuah parti quasi-politik pada tahun 1937. Parti ini ialah Kesatuan Melayu Melaka dan ditubuhkan atas dorongan pemimpin-pemimpin Kesatuan Melayu Singapura seperti Md.Yunus Abdullah dan Hj Enbok Suluk. Ini dibuktikan dengan kehadiran lima orang pegawai Kesatuan Melayu Singapura dalam majlis penubuhan Kesatuan Melayu Melaka di Bukit Cina pada 26.9.1937. Di antara mereka yang hadir ialah Hj.Embok Suluk, En.Daud Md.Syah dan Encik Yusof Ishak. Pemimpin-pemimpin Kesatuan Melayu Melaka majority dianggotai oleh penghulu dan demang di negeri Melaka. Ia merupakan badan yang pro-British.
Pada tahun 1938 ditubuhkan pula Kesatuan Melayu Muda Melaka, juga ditubuhkan oleh orang luar Melaka. Persatuan Melayu Muda Melaka (KMMM) dipimpin oleh Cikgu Md.Isa Mahmud. Beliau adalah salah seorang pengasas KMM pusat. Atas dorongan Ibrahim Yaakub KMMM ditubuhkan. Sebahagian besar anggotanya terdiri dari guru-guru Melayu lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim.
Inilah yang dikatan akibat sistem pendidikan yang tidak ikhlas British menyebabkan tidak ada orang Melayu Melaka yang berpendidikan tinggi. Ini juga menyebabkan orang-orang Melayu Melaka tinggal jauh kebelakangan dalam serba aspek kehidupan. Pada awal abad ke-20 hingga pertengahan abad tersebut terdapat sebilangan besar pegawai-pegawai kerajaan, pekerja-pekerja pejabat dalam mana-mana sektor awam dan swasta boleh dikatakan 99% terdiri dari orang-orang bukan Melayu. Sistem British terus menekan orang-orang Melayu dan menjadikan mereka dalam keadaan tidak berkeyakinan diri hinggakan kebanyakan aktiviti yang besar-besar yang hendak digerakkan adalah atas dorongan dan sokongan dan galakan orang-orang luar. Inilah yang dimaksudkan sebagai akibat dari satu sistem yang tidak ikhlas dan berat sebelah.
Daif
Orang-orang Melayu terus menduduki desa-desa pendalaman tanpa sebarang kemudahan asas. Hidup dalam serba kekurangan dan mengamalkan tradisi dan budaya lampau.
Kedatangan Jepun sebaliknya sedikit sebanyak telah memberikan rahmat kepada orang-orang Melayu Melaka. Jepun pada asalnya telah memberikan kesempatan kapada Kesatuan Melayu Muda Melaka untuk bergerak semula. Ini adalah kerana KMMM telah menganggota ‘Kolom Ke-5’ bagi membantu tentera Jepun menentang British. Orang-orang Melayu telah diberikan kesempatan untuk mentadbir negerinya dan masyarakat Melayu yang sentiasa tertekan sebelum ini telah mendapat satu imej yang istimewa pada zaman pemeritahan Jepun. Jepun telah berjaya memulihkan semangat orang-orang Melayu pada waktu itu. Oleh itu tidak hairanlah aktivit politik orang Melayu Melaka berkembang dengan serius selepas pemerintahan Jepun. Selepas pendudukan Jepun gerakan politik lebih aktif dan seterusnya membawa pada perjuangan mencapai kemerdekaan selanjutnya.
Pendidikan orang-orang Melayu tertumpu di kampung-kampung dan tidak boleh dinafikan terdapat juga sekolah-sekolah agama di dalam Bandar. Salah sebuah sekolah yang terbesar pada awal abad ke-19 ialah sekolah di kampong Hulu, Melaka. Nenek kepada Munsyi Abdullah menjadi Guru Besarnya. Kelas mengaju Al-Quran yang terdapat di masjid-masjid, surau-surau dan rumah-rumah guru. Pada awal abad ke-20 terdapat sekolah-sekolah pondok di Melaka dan dan salah sebuah yang terkenal ialah Khairiah Muhamaddiah di Air Molek Melaka. Pondok-pondok lain ialah Pondok Haji Ahmad di Paya Rumput . Dari pondok-pondok inilah lahirnya lahirnya beberapa pemimpin masyaeakat.
Sekolah-sekolah Melayu terdapat berselerak di desa-desa. Pada peringkat awal terdapat sekolah-sekolah yang dibina oleh orang-orang kampong sendiri. Lama kelamaan diserap menjadi sekolah-sekolah Melayu bantuan kerajaan. Sebelum merdeka, sekolah-sekolah ini banyak yang daif. Dari segi fizikalnya semuanya kurang lengkap. Lantainya berdebu, bangku kurang sempurna, alat tulis sukar diperolehi, atap bangunan selalunya tiris dan sebagainya. Ini dengan sendirinya menjadikan sekolah sebagai satu tempat yang tidak menarik dan tidak kondusif untuk belajar.
Walaupun orang Melayu jauh ketinggalan tetapi orang luar banyak memberikan dorongan kepada segelintir orang-orang Melayu Melaka yang berpendidikan untuk bangun dan menyedarkan mereka. Syed Syeikh Al-Hadi dengan Al-Imamnya telah sedikit sebanyak kepada keinsafan kepada mereka. Semangat kebangsaan mereka sedikit demi sedikit di bina oleh mereka dalam awal abad ke 20-an . Kesedaran ini begerak bagitu lambat. Pada tahun 1932 diterbitkan pula akhbat SUARA BENAR. Akhbar ini diterbitkan untuk dijadikan forum terbuka menentang suara-suara sumbang kaum lain yang diterbitkan dalam suarat-surat khabar berbahasa Inggeris. Malangnya akgbar Suara Benar tidak panjang usianya dan diberhentikan dua tahun kemudian.
Pemimpin Melayu Melaka.
Pada tahun 1937 beberpa orang prmimpin-pemimpin Melaka dengan dorongan pemimpin Kesatuan Melayu Singapura, telah menuhkan Kesatuan Melayu Melaka. Pada peringkat awal ini digunakan untuk tujuan sosio-ekonomi. Yang paling hebat digunakan menyelesaikan maslaah sosial yang disaebut sebagai DKA (Darah Keturunan Arab) Pada tahun-tahun 1930an masyarakat mesyarakah menganggap orang-orang Melayu mempuyai taraf yang peling rendah daripada orang-orang yang berketuruan Arab, orang-orang berjeturunan India (DKK) dan orang-orang keturunan Cina dan India. Dalam mana-mana majlis DKA dan kaum-kaum lain diberikan layanan istimewa dari orang-orang Melayu. Kesatuan Melayu Melaka dalag pertubuhan pro-British, sebab itulah ia tidak popular di kalangan golongan radikal Melayu. Hasil dari itu Kesatuan Melayu Muda Melaka ditubuhkan di Melaka. Tujuannya untuk menentang British. Mereka telah memberikan kerjasama kepada Jepun untuk menghalau British dari bumi mereka.
Selepas Jepun meninggalkan Melaka, badan-badan politik bertambah aktif. Kesatuan Melayu Melaka telah dihidupkan semula oleh Muhammad Ali Salleh. Pergerakan Melayu Semenanjung dihidupkan dengan bantuan Dato Onn Bin Jaafar. Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Bung Karim, Angka Wanita Sedar (AWAS), Pembantu Indonesia Merdeka (PIM) ditubuhkan akibat dari kesedaran orang-orang Melayu Melaka.
Melaka dijadikan gelanggang politik pada tahun 1940an . Kongres Parti Kebangsaan melayu Malaya (PKMM) yang ke-2 dan Kongres API dan Awas yang pertama di adakan di Melaka pada tahun 1947. API dan AWAS menubuhkan platun tenteranya sendiri di beberapa kawasan di Melaka dengan embina Pusat Latihan tenteranya di Padang Kambing, di Daerah Alor Gajah di pimpin oleh Bung Karim dan di Asahan /Kemendor yang dipimpin oleh Sharif Johan.
Melaka juga mengambil bahagian aktif dalam usaha menentang Malayan Union dengan mengadakan rapat umum dan berkabung. Dalam usaha mengadakan Kongres Melayu Semenanjung, Dato; Onn pada asalnya telah memilih Melaka kerana Dato Onn berkata “ …. Melaka dipilih sebab kerajaan besar Melayu dahulu ialah Melaka. Tempat hulubalang Melayu yang masyhur… Pada hari ini orang-orang Melayu kita boleh diibaratkan sebagai ibu yang sedang mengadung kesakitan, ibu yang hendak bersalin, Maka tempat belaan ibu yang sakit itu pada fikiran saya, hendaklah pada sebuah tempat bersepadan dengan tanggunannnya, buka sahaja dengan sihat bahkan pada tempat asal haknya. Maka pada sempena nama Melaka dan pendirian kerajaan Melaka di zaman dahulu itu mudah-mudahan harus kelak pada satu masa akan datang akan menjelma sebuah kerajaan Melayu yang lebih elok dari kerajaan Melayu yang telah lalu. “
Sebelum mencapai kemerdekaan Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di Padang Banda Hilir Melaka pada 20 Februari, 1956. Melaka telah dipilih sebagai tempat mengisytiharkan kemerdekaan kerana Melaka pernah menjadi kuasa yang besar pada abad ke-15 dan dari Melaka kerajaan Melayu dialahkan dan di Melaka juga harus dihidupkan kembali.
31 Ogos 1957, merupakan tarikh keramat bagi Tanah Melayu. Tanah Melayu yang telah dijajah hamper lima setengah abad itu telah diberikan kemerdekaan. Kemerdakaan telah diberikan rahmat bagi Melaka. Melaka pada satu ketika dahulu merupakan sebuah empayar yang teragung telah dibinasakan oleh penjajah era baru bagi Melaka. Melaka yang telah bangunkan oleh orang-orang Melayu dalam abad ke-15 kini dibangunkan oleh pemimpin-pemimpin yang telah diberi kuasa oleh rakyat.
Kembali Semula Ke Zaman Gemilang
Lebih kurang 30 tahun Negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan pemimpin Melaka telah bertukar ganti. Melaka bernasib baik telah memperolehi pemimpin-pemimpin yang berkaliber bertanggungjawab untuk memulihkan Melaka. Pemimpin-pemimpin seperti Datuk Kurnia Othman Talib, Encih Ghafar Baba, Datuk hj Talib Karim, Satuk Setia Hj Abd Ghani Ali, Datuk Seri Mohd Adid Adam dan Datuk Seri Abd Rahim Tamby Chik dan kini Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah banyak mencurahkan tenaga dan fikiran untuk membangunan Melaka. Kini Melaka merupakan salah sebuah negeri kecil dengan keluasan 658 meter persegi. Negeri Melaka telah dibangunkan dalam berbagai aspek dan industri Pelancongan telah dijadikan agenda utama kerana Melaka mempunyai sejarahnya sendiri. Banyak tempat-tempat bersejarah telah dibaikpulih dan diperindahkan. Rakangkaian Muzium didirikan dan mempertingkatkan lagi tempat-tempat rekreasi di Melaka. Melaka sebagai negeri yang bersejarah mempunyai potesi sejaah yang tinggi nilainya. Potensi sejarah perlu digunakan dan dimajukan untuk dijadikan daya penarikan. Setakat ini banyak tempat-tempat sejarah telah dibaikpulih dan banyak lagi yang harus diusahakan.
Tempat-tempat rekreasi dan projek-projek pelancongan yang menarik boleh juga dibangunkan untuk menarik lebih ramai pelancong dating Melaka. Hotel-hotel bertaraf antarabangsa telah diwujudkan untuk memberikan kemudahan kepada aapelancong yang dating.
Kini Melaka mempunayi rangkaian Muzium yang bagitu banyak dan ini merupakan satu usaha yang patut disambut oleh semua pihak, kasnha di Melaka. Di amping itu tempat-tempat rekreasi seperti Taman Ular, Taman Buaya, Taman Mini Malaysia, Taman Mini ASEAN, Taman Rekreasi Air Keroh, Zoo Melaka, dan banyak lagi tempat rekreasi merupakan di antara tempat-tempat yang menarik di Melaka.
Unsha-usaha ini merupakan satu “laluan” untuk memperkenalkan Melaka kepada dunia luar. Kini beberapa persidangan, seminar dank ogres peringkat antarabangsa telah diadakan di Melaka. Dengan Projek pembsaran Lapangan Terbang Batu Berendam kemungkinan lebih ramai pelancong dapat datang ke Melaka. Kini Muzium Daerah juga telah diwujudkan dan dengan metlamat kerajaan menjadikan seluruh Negeri Melaka sebagai muzium akan telaksana.
Melaka telah melalui satu masa yang panjang, selama hamper 600 tahun. Laluan yang penuh “Glory and Trajedy” yang akan menajdi teladan dan amaran kepada genarasi hari ini dan akan dating bahawa sebuah desa purba boleh menjadi sebuah kota bandaraya, tetapi jika tidak berhati-hati sebuah kota bandaraya akan menjadi kota tua yang tidak bermaya.
oleh
Baharam Azit
Artikel ini terdapat dalam buku Cenderama Pelancara Buku
“KESULTANAN MELAYU MELAKA”
oleh Dr.Prof Yusuff Hashim
sempenan Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandar Raya Bersejarah.
Majlis dirasmikan oleh
YAB Datuk Seri Abs Rahim Bin Datuk Tamby Chik
Di Dewan Hang Tuah Melaka
Sabtu, 3 Jun 1989.
5 comments:
Dear Mr. Baharam,
I am writing on behalf of Hotel Seven Melaka. Our Management intention is to provide a reference book of Melaka history (especially on Laksamana Cheng Ho)for each of our guest room.
I would appreciate very much if you could provide me some information of which book you would recommend that will be suitable for our guest.
I can be reached at 06-2921301 / 302.
Thank you for your attention.
Regards,
Melissa Chua
Usia Melaka cuma 110 tahun. Bermula dengan tempat anJin bertendang dalam tahum 1400 dan berakhir apabila ditakluk Portugis dalam tahun 1510.
...Dalam masa yang singkat terus jadi Empayar? Tahun bila Melaka istihar sebagai Empayar?, dan wilayah manakah pertama kalinya di jajah?
Adakah Pulau Jawa dan Negeri Kedah dan Acheh juga di takluk Melaka? Tahun bila dan dibawah pemerintahan Sultan yang mana?
sekian. Terima Kasih.
-mddi
WOI........!!! NAMA MELAKA TU BERASAL DARIPADA POKOK "AMELAKA" YANG BERMAKSUD DALAM BAHASA TAMIL. DAN MANA ADA ORANG ARAB DATANG KE MALAYSI PADA ABAB TU........ SEMUANYA DARIPADA ORANG GUJERAT (INDIA , PAKISTAN, BANGLADESH,NEPAL,SRI LANGKA ,BUTHAN ,SEPARUH CHINA SELATAN DAN SUKU AFGANISTAN)!!!!!!!!!!!!!! JANGAN CUBA NAK SOROKAN SEJARAH MELAKA !!!!!!!!!!! PARAMESWARA ADALAH KETURUNAN INDIA!!!!!!!!!!!!
kepada solomon, lebih baik pergi belajar lebih mendalam dahulu daripada pakar-pakar, bukan baca dari bahan-bahan yang tidak sahih.
kepada MADDI, perlukah ada monumen perisytiharan untuk sesuatu peristiwa? catatan makalah pula dalam bentuk kertas yang boleh dibakar dan dimusnahkan.
senang citer, kalau setakat subjek sejarah SPM hanya setakat lulus je, janganlah nak kritik macam pakar sejarah atau arkeologist
Mgkin dia org india kot
Post a Comment