PULAU-PULAU DI MELAKA
Melaka adalah sebuah negeri yang bersejarah . Mengikut pengembara Cina Melaka dikenali sebagai “ Lima Pulau” (The land of
Pulau-pulau itu termasuk:
1. Pulau Besar:
Pulau yang terbesar sekali ialah Pulau Besar. Pulau ini terletak kira-kira 10 km dari pelabuhan Melaka dan 4 km dari Pangkalan Pernu dan Anjung Batu. Sebelum ini orang ramai menggunkan jeti di Pernu/Umbai untuk kr Pulau Besar tetapi kini mereka menggunkan Jati Anjung Batu yang lebih selesa dengan pengangkutan yang lebih sempurna ke Pulau tersebut.
Orang ramai mengunjungi pulau tersebut untuk berkelah, menangkap ikan, menikmati udara segar, berihat dan ada juag untuk tujuan-tujuan tertentu.. Perjalanan dari pangkalan Anjung Batu mengambil masa lebih kurang 20 – 30 minit dengan menggunakan bot penumpang khas.
Pulau itu mempunyai bentuk yang isyimewa. Ia kelihatan seperti seorang perempuan yang sedang tidur dari sudut mana juga dilihat. Ini adalah satu keistimewaan yang terdapat pada pulau itu. Cerita-cerita mengenai pulau ini banyak sekali. Terdapat beberapa buah makam yang dianggap ‘keramat’ oleh stengah-setengah masyarakat tempatan. Salah sebuah makam yang amat dikenali ialah Makam Sultanul Ariffin yang dikatakan salah seorang pengembang agama Islam di Melaka.
2. Pulau Hantu
Di hadapanya terdapat sebuah Pulau yang dinamakan Pulau Hantu.
3. Pulau Serimbun
Di sebelah barat Pulau Besar ialah Pulau Serimbun. Pulau ini tidak ada penghuninya. Pada zaman pemerintahan Jepun, pulau ini digunakan oleh pihak tentera Jepun untuk menghapuskan musuh-musuh mereka. Kebanyakan musuh-musuh mereka dibawa ke pulau ini untuk dipenggal kepala mereka. Di kalangan nelayan dikatakan juga pulau ini berhantu. Pulau ini hanya menjadi persinggahan nelayan pada masa kecemasan sahaja.
4. Pulau Lalang. Pulau Lalang adalah sebuah pulau yang cantik. Ia terletak di bahagian Timur Pulau Besar. Pulau ini juga tidak ada penghuninya kerana sukar mendapat air minuman. Seluruh pantainya dikelilingi pasir yang putih dan pohon nyiur yang melambai. Pada satu ketika dahulu terdapat sebuah banglow persendirian tetapi tidak kekal lama kerna kesukaran mendapatkan air minuman.
5. Pulau Dodol.
Pulau ini dinamakan sempena sejenis kueh orang Melayu yang sangat digemari iaitu ‘Dodol’. Pulau ini juga tiada penghuninya. Ia hanya menjadi tempat persinggahan nelayan tempatan untuk berihat dan berteduh pada masa kecemasan seperti rebut dan angina kencang.
6. Pulau Nangka
Pulau ini dikatakan berbentuk seperti sebiji nangka. Oleh itu dinamakan Pulau Nangka. Seperti Pulau Dodol ia tidak didiami oleh sesiapa pun. Ia digunakan sebagi tempat persinggahan atau tempat perlindungan oleh nelaya tempatan.
7. Pulau Hanyut
Pulau ini mempunyai ceritanya sendiri. Ia terletak jauh ke laut dan tiada penghuni.
8. Pulau Undan
Undan ialah nama sejenis burung laut. Dahulu ia banyak terdapat di pulau ini dan dipersekitarannya. Ini adalah pulau karang dan banyak terdapat ikan dan berbagai jenis siput menyebabkan banyak burung-burung, terutama burung undan bertumpu di pulau itu. Sebab itulah dinamakan Pulau Undan. Terdapat sebuah Rumah Api di pulau itu. Rumah api itu dibina disekita tahun 1880an. Pekerja-pekerja rumah api tinggal bergilir-gilir di pulai itu. Pada waktu malam pancaran cahaya dari Pulau Undan itu kelihata nyata bagi menjamin keselamatan kapal-kapal melalui Selat Melaka.
Lain-lain Pulau yang terdapat termasuk
9. Pulau Burung atau Pulau Peringgi (Portugis) di luar pantai Serkam/Pulai. Dinamakan Pulau Portugis kerana orang-orang Portugis pernah mengambil batu laterite dari pulau itu untuk membuat
10. Pulau Menatang. Sebuah pulau kecil di luar pantai Teluk Ketapang/Teluk Mas. Pulau ini dibanjiri air pada waktu air pasang. Apabila air surut ramai penduduk tempatan pergi memungut siput dan lain-lain makanan laut di pulau itu.
11. Pulau Jawa. Dalam bahasa Portugis di sebut “Ilha das Jaos”. Letaknya di luar pantai Banda Hilir. Kini proses menambak laut telah sampai ke Ilha das Jaos ini.
12. Pulau Upeh.
3 comments:
teringin nak pergi pulau upah ni.
salah satu pulau di atas ada kena mengena dengan piramid melayu yang dijumpai di semenanjung...
rujuk blog saya http://sangmelayu.blogspot.com/2013/01/pendedahan-eksklusif-piramid-melayu.html
Pulau2 ini sangat indah n bersejarah tetapi tiada orang Melaka yg mampu bawa keindahan n sejarah nya ke tahap dunia.
Post a Comment