Lingua Franca - Zaman Kesultanan Melayu

Thursday, February 26, 2009 | | | |

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca

Pelabuhan Melaka dan Bahasa Melayu

Penduduk Bandar pelabuhan Melaka bertambah dengan pesatnya sejak dari dibuka Kehadiran penduduk pedagang dan orang-orang yang menetap di Melaka menyebabkan ‘social contact’ yang tidak dapat dielakkan. Melaka terus sibuk. walaupun ada pedagang yang balik tetapi ada pedagang yang masih tinggal di Melaka menunggu ketibaan angin. Melaka merupakan tempat pertemuan dua angin monsoon. Mengikut statistic semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud terdapat kira-kiranunggu angina untuk belayar. Sebab itulah Pelabuhan Melaka bagitu sibuk. Namun demikian bilangan penduduk Melaka meningkat. Statistik di bawah menunjukkan kermaian penduduk Melaka.ialah 190 000 orang.

Adalah dikatakan terdapat 59 puak dan suku kaum orang asing di negeri Melaka dan mereka ini bertutur 84 bahasa yang berlainan. Berkat kepimpinan sultan dan pembesar-pembesarnya mereka ini tinggal dan berinteraksi satu sama lain dengan penuh harmoni dan kemesraan. Rahsia kemesraan, perpaduan dan keharmonian rakayat berbilang kaum, keturunan, puak dan suku ini adalah disebabkan elemen Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa perantaraan, sistem politik yang stabil dan sifat toleransi semua pihak. Islam juga menjadi teraju utama perpaduan orang-orang Melaka pada waktu itu kerana Islam menganggap setiap orang sebagai saudara

Bahasa Melayu merupakan elemen penyatuan penting pada waktu itu walaupun di Melaka terdapat lebih kurang 59 suku kaum, puak dan bangsa yang bertutur sebanyak 84 bahasa. Bahasa Melayu merupakan Lingua Franca yang membolehkan integrasi sosial wujud dengan bagitu kukuh.


Setiap pedagang yang datang ke Melaka mestilah boleh bertutur bahasa Melayu bagi membolehkan mereka berdagang dengan bebas dan mendapat keuntungan yang banyak. Adalah didapati bahasa Melayu bukan sahaja dipertuturkan di pelabuhan Melaka dan pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu malah ia dipertuturkan di pelabuhan-pelabuhan besar dunia seperti di Kaherah, Cambay, Ormus dan Venice. Tentu tidak hairan jika kedengaran bahasa Melayu dipertuturkan di pelabuhan Venice, pelabuhan yang sibuk menghubungi Eropah dan Timur.

Kapal dagang orang Venice di pelabuhan Genoa. Ramai pedagang-pedagang di sini boleh bertutur bahasa Melayu dalam menjalani transeksi perdagangan di Melaka dan lain-lain pelabuhan besar di dunia.

Bahasa Melayu digunakan dalam bidang pentadbiran, perniagaan dan perhubungan. Ia juga merupakan bahasa persuratan. Bahasa Melayu dikatakan sebagai

Bahasa Perantaraan (Lingua Franca)

Bahasa Komersial

Bahasa Pentadbiran

Bahasa Diplomatik

Bahasa Perundangan

Bahasa Ilmu

Bagi membolehkan pedagang-pedagang berkomunikasi dalam dunia komersial antarabangsa mereka sedikit sebanyak mesti berupaya berbahasa Melayu. Sehubung dengan itu beberapa cerdik pandai telah menysun kamus-kamus.

KAMUS MELAYU-ITALI disusun oleh seorang Itali bernama PIGAFETTA

Pedagang-pedagang dari Venice merupakan pedagang-pedagang yang sangat penting kerana mereka menguruskan perdagangan antara Timur dan Barat (Europah). Untuk memudahkan mereka berdagang dengan lebih licin dan teratur mereka hendaklah pandai bertutur bahasa Melayu. Dengan mengtahui Bahasa Melayu mereka boleh berkomunikasi dengan Syahbandar-Syahbandar dan pedagang-pedagang lain dengan lebih cepat dan lebih ekonomik.

KAMUS MELAYU-LATIN disusun DEVI HEAX dan

KAMUS MELAYU-BELANDA disusun oleh PEDRICH HOUTMAN

Tujuan menysun kamus-kamus ini adalah untuk membolehkan pedagang-pedagang mengetahui dan mendalami bahasa Melayu dan dapat berinteraksi dengan sesiapa pun dalam urusan harian di Nusantara ini. Ini membuktikan Bahasa Melayu bukan sahaja telah menjadi Lingua Franca dan dipertuturkan oleh hampir semua orang di rantau dunia Meayu tetapi juga sebagai bahasa antarabangsa.

Di samping itu, semua peraturan termasuk bahasa perundangan seperti di dalam HUKUM KANUN MELAKA dan UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA yang menjamin keamanan dan keselamatan pedagang-pedagang adalah semuanya dalam bahasa Melayu. Bandaraya Melaka dalam abad ke-15 telah menjadikan Bahasa Melayu sebgai bahasa teragung dan merupakan salah satu elemen integrasi dalam masyarakat kosmopolitan Melaka.


0 comments:

Post a Comment