Masyarakat Melayu Melaka Awal

Thursday, February 26, 2009 | | | |


Masyarakat Awal Melaka


Melaka asalnya adalah sebuah kampung nelayan yang didiami oleh beberapa buah keluarga nelayan. Mereka menjalani hidup yang ‘simple. Mereka tinggal di tepi-tepi pantai dan membina bagan-bagan atau rumah-rumah kecil di sepanjang pantai Melaka.


Melaka sebelum 1400, sebelum dibuka oleh Parameswara. Ia didiami oleh beberapa keluarga nelayan sahaja.


Di kawasan pesekitaran masih di penuhi dengan hutan belentara. Di kawasan pendalaman dilaporkan ada juga keluarga orang-orang pribumi yang tinggal di dusun-dusun dan menjalani hidup sebagai petani.

Penduduk Melaka asal terdiri dari nelayan dan tinggal di tepi pantai

Pada akhir abad ke 14 Parameswara datang dan membuka Melaka. Parameswara datang dengan pengikutnya termasuk pembesar-pembesar dan orang-orang laut atau orang Seletar. Pada masa kedatangan itu terdapat kira-kira 1000 orang bersama-sama beliau. Mereka ini mungkin orang-orang yang berasal dari Palembang, Temasik dan orang-orang Seletar yang berkhidmat setia kepada Parameswara. Orang-orang Selat ini adalah perantau laut bukan sahaja sangat setia kepada rajanya tetapi juga patuh atas segala perintah. Perkhidematan mereka tidak dibayar sebaliknya mereka bepuas hati dengan hanya diberi makanan sahaja. Boleh dikatakan sebahagian besar mereka adalah berketurunan Melayu yang mengamalkan kepercayaan Hindu-Buddha dan animisma.

Orang-orang Melaka awal ini digambar oleh orang-orang luar:

- Bekulit hitam gelap

- memakai ikatan kain di kepada seperti tanjak

- yang perempuan mengikat rambaut/bertochang

- memakai baju (benang kapas) pendek dan berkain

manakala gologan raja atau bangsawan

Raja Kassim menyerupai seorang nelayan berpakaian istana, beserian dan berjubah labuh.

- memakai serban putih di kepala mereka diperbuat dari kain kapas yang halus

- memakai jubah labuh

- capal sebagai sarung kaki

- selain dari itu ada hiasan tambahan seperti tali pinggang, atau bengkung, kain selempang, rantai, kerosang dan lain-lain hiasan.

Tidak pula digambarkan tentang isteri-isteri sultan atau pakaian gadis-gadis istana. Namu demikian berpandukan pada pakaian peerbandingan semasa dapat dibuat kesimpulan bahawa wanita-wanita istana mendandan rapi rambut mereka serta

bersiput, pakai baju seperti kebaya labuh dan berkain batik tentunan Jawa. Disamping itu terdapat banyak barang-barang hiasan seperti cincin, gelang tangan dan kaki, rantai subang san sebagainya.


Apabila sampai di Melaka, Parameswara telah mula memajukan Melaka. Beliau telah mengarahkan pengikut-pengikutnya menanam pisang, ubi, keladi, keledek, labu dan jagung. Di pendalaman dan di tepi-tepi sungai Bertam banyak terdapat pokok-pokok rumbia. Dari pohon-pohon rumbia inilah dikeluarkan sagu. Sagu menjadi makanan utama orang-orang Melaka sebelum beras di impot ke Melaka dari Jawa (Majapahit) dan Siam.

Serumpun Rumbia. Daunnya digunakan untuk membuat atap rumah dan dari batangnya diperolehi sagu yang digunakan sebagai makanan utama mereka.

Di samping itu Parameswara menemui bijih timah di dua kawasan di pendalaman. Beliau telah mengusahakan lombong-lombong bijih timah tersebut. Sejak itu Melaka sudah mula terkenal dan maju. Dalam tahun pertama Parameswara menduduki Melaka, penduduk Melaka telah bertmbah menjadi 2 000 orang. Pada peringkat ini belum lai ada orang-orang luar menduduki Melaka sebab belum ada kontak dengan dunia luar.

Pembukaan Melaka akhirnya sampai ke pengetahuan Maharaja Cina Yung Lo. Yung Lo telah memerintahkan Laksamananya yang bernama Laksamana Yin Ching pergi ke Melaka. Laksamana Yin Ching dan pengikut-pengikutnya sampai ke Melaka pada tahun 1403. Kemudian Laksamana Cheng Ho pula datang ke Melaka beberapa kali dan dikuti oleh lawatan Maharaja Melaka ke istana Cina beberpa kali menyebabkan hubungan diplomatic Melaka-Cina bagitu kukuh sekali. Siam yang menjadi ancaman kepada Melaka akhirnya tidak lagi mengganggu setelah diberi amaran oleh Cina.

Hubungan diplomatic Cina-Melaka. Rombongan Maharaja Cina

Sampai ke Istana Melaka.

Dengan ini perdaganan Melaka berkembang dengan bagitu pesat tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak. Pedagang-pedang dan saudagar-saudagar dari Cina, India, Cochin Cina, dari kepulaua Sulawesi, Jawa, Kalimantan dan Sumatera datang dan pergi.. Pedagang-pedagan dari Cambay, Ormuz, Kaherah dan Venice turut hadir. Kemudiannya datang saudagar-saudagar dri Eropah menjadikan pelabuhan Melaka tersibuk di dunia sebelah sini.

Pada tahun 1409 Parameswara berkahwin dengan puteri Pasai dan terus memeluk Islam. Beliau telah mennukar namanya kepada Parameswara Iskandar Syah. Pada waktu itu penduduk Melaka telah bertambah kepada 6 000 orang.. Dalam zaman Pemeritahan Sultan Alauddin Riayat Syah penduduk Melaka bertambah kepada

40 000 orang. Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud, sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis terdapat 190 000 orang penduduk Melaka.

Perkembangan dan pertambahan penduduk Melaka ini adalah disebabkan pertubuhan perdagangan di Melaka, sistem pengurusan yang baik, sistem pemerintahan yang adil dan suasana perniagaan yang maju dan harmonis.

Laporan menyatakan terdapat tidak kurang dari 84 bahasa dipertuturkan dalam negeri Melaka pada waktu itu. Masing-masing dengan gaya dan bunyi yang yang berbagai-bagai yang sangat sukar difahami. Bahasa-bahasa ini dipertuturkan oleh 59 bangsa/puak/suku kaum /keturunan yang datang berdagang di Melaka. Tidak dapat digambarkan betapa hiruk pikuknya Melaka pada waktu. Namun demikian mereka semuanya hidup dalam keadaan aman dan damai. Tidak ada laporan pergaduhan kaum atau puak pada waktu itu. Semuanya ini kerana bahasa yang bagitu banyak dapat di satukan oleh Bahaasa Melayu yang menjadi unsure utama sebagai alat penyatuan dan perpaduan kaum-kaum di Melaka pada waktu itu. Bahasa Melayu menjadi Lingua Franca menjadi bahasa perantaraan dalam semua aspek hubungan ‘social contact’ sesama mereka.

Pelabuhan Melaka yang sibuk dengan kapal-kapal luar

Parameswara dan pemerintah-pemerintah lain telah berusaha meramaikan penduduk Melaka memasyhurkan Melaka. Pertambahan penduduk bukan atas dasar kelahiran tetapi kemampuannya sebagai sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan yang masyhur. Terdapat ramai pedagang-pedagang dari rantau ini seperti dar Aru, Pasai, Pulau Jawa, Makasar, Kalimantan dan Pulau-pulau persekitaran serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat meramaikan penduduk di Melaka.

Asalnya masyarakat Melayu Melaka terdiri dari orang-orang pribumi Melaka dan orang-orang Selat atau orang-orang laut. Kemudian digalakkan orang-orang datang dari daerah-daerah alam Melayu dan diramaikan lagi dengan orang-orang lain yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa. Orang-orang luar ini sama ada datang untuk berniaga atau menyubangkan perkhidmatan dan tenaga untuk berkhidmat sebagai pekerja di Melaka.

Bangsa asing yang mula-mula nampak di Melaka ialah bangsa Cina. Hubungan Melaka-Cina bermula dari tahun 1403 apabila Melaka dilawati oleh Laksamana Cina Yin Chimg. Dalam zaman Sultan Mansur Syah, orang-orang Cina bertambah ramai apabila seramai 500 orang Cina datang mengiringi Puteri Hang Li Poh ke Melaka. Pada waktu mula terdapat penempatan orang-orang Cina di Melaka. Mereka tertumpu di kawasan Bukit Cina. Di Bukit Cina didirikan sebuah istana untuk Puteri Hang Li Poh. Berhampirannya digali sebuah perigi yang hingga kini digelar “Perigi Raja”

Perigi ini terletak di kaki Bukit Cina. Ianya digali untuk kegunaan Puteri Hang Li Poh. Perigi ini jernih auernya dan tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. Perigi ini bertembuk dengan batu ‘leterite’ merah, batu yang sama digunakan oleh Raja-raja Melaka untuk membuat masjid dan makam diraja.

Apa kata orang luar mengenai orang-orang Melayu. Mangikut Alfonso d Albuquerque “ …. The Malays are gallant men, they wear good clothing… they are very courteous….”.

Valentyn pula berkata “ …. The most renowned, the most ingenious and the most civilized of the race…….. The Malays are most cunning, the most ingenious and the most polite people of the east….”

Lain-lain Masyarakat di Melaka awal di Melaka.

Di Melaka terdapat masyarakat Baba dan Nyonya. Mereka berasal dari keturunan orang-orang Cina tetapi telah lama tinggal di Melaka dengan mengamalkan adat istiadat dan menjalani kehidupan seperti orang-orang Melayu. Cara pertuturan, berpakaian, makan dan semuanya mengikut amalan orang Melayu kecuali kepercayaan dan agama. Mereka ini adalah masyarakay Baba dan Nyonya.

Manakala golongan orang-orang India yang mengamalkan cara hidup orang-orang Melayu seperti masyarakat Baba dan Nyonya tadi terdiri dari Masyarakat Chitty Melaka. Cara berpakaian, pertuturan, makan, kehidupan harian semuanya seperti otang Melayu kecuali kepercayaan dan agama sahaja berbeza,

Satu lagi kaum yang wujud di Melaka yang tidak terdapat dimana-mana-mana negeri di Malaysia ialah Masyarakat Kaum Portugis. Mereka ini adalak baka orang Portugis yang tidak berundur apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda dan Inggeris. Mereka berketurunan Portugis hampir 600 tahun dahulu. Mereka juga digelar oleh orang tempatan sebagai “orang Nasrani”. Kebanyakan mereka hidup sebagai nelayan dan kini ada yang bekerja swasta, bekerja sendiri dan bekerja dengan kerajaan. Kini kebanyakan mereka ditempakan di Portuguese Settlement di Ujung Pasir, Melaka.

2 comments:

Unknown said...

Satu pembohongan besar!!! Kerajaan awal Bangsa Mala sama sekali bkn menganut agama Buddha maupun Hindu. Mereka menganut AJARAN IBRAHIM, ajaran mentauhid dan mengesakan Mahapencipta, ajaran yg mengamalkan IBADAH KORBAN tidak menyembah patung maupun berhala. Ajaran Ibrahim dikembangkan melalui Jalan Sutera oleh Raja Agung Iskandar Zulkarnaen di Selatan dan Utara India, kemudian berpusat di Bima (Burhama/Burma. Kini Myanmar) dan Campa sebelum ke KEDAH TUA, LANGKASUKA, PAHANG TUA, TERENGGANU TUA dan JOHOR TUA. Ajaran Ibrahim yg berpusat di Bima kemudiannya dikenali sebagai BARAHAMANA/BRAMINIK, BRAHMIN/BRAHMA dsb. Kerajaan dan Masyarakat Bangsa Mala yg menerima Ajaran Ibrahim digelar MALA-UR. UR adalah negara tempat kelahiran Nabi Allah Ibrahim dibawah Kerajaan Cheldina. Antara kerajaan bangsa Mala yg menerima agama Buddha pula termasuk Kerajaan Jawaka dan Medang Merdalong, manakala kerajaan Grahi menrima ajaran Hindu. Ajaran Brahma kemudiannya dikembangkan ke Kedah Jambi dan Kedah Kandis Sumatera. Brahma yg berdiri dicelah-celah kepesatan Hindu dan Buddha sering disalah tafsirkan oleh penafsir Cina, India dan Eropah sebagai salah satu mazahab Hindu dan Buddha...termasuk juga anda. Berbalik pada Melaka yg mendapat nama dari Mallacou India sebelum kedatangan Parameswara...diwaktu itu berada dibawah kekuasaan Kerajaan Pahang Tua yg melarikan diri dan membuka kerajaan baru di KUANTAN Sumatera bersempadan dng Kerajaan Kelantan Siak dan Kedah Jambi Sumatera, dimana ketiga-tiga kerajaan berkenaan asalnya berpusat di Nusa Kencana sebelum melarikan diri ke Nusantara akibat diserang Kerajaan gabungan Hindu Buddha.

bhealthy said...

Minta pencerahan tentang pembohongan ini. sy berasal dari melaka. Sebelum saya belum ada keturunan di atas sy berkahwin dgn orang luar. Pusara moyang2 sy ada bersebelahan rumah kampung saya. Sebelum sekarang amalan kami agak2 kebudahan. umpama pasang pelita di hari2 perayaan hari raya.
mengguna kemenyan sewaktu kenduri .
Tanda kuburan ialah batu sungai.
arwah nenek saya dan orang kampung dulu2byk mengamalkan gaya hidup begini walau mereka taat dengan agama islam
Raja Parameswar berasal dari kerabat raja Palembang yg beragama Buddha

Post a Comment