Lingua Franca - Zaman Kesultanan Melayu

Thursday, February 26, 2009 | | | 1 comments |

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca

Pelabuhan Melaka dan Bahasa Melayu

Penduduk Bandar pelabuhan Melaka bertambah dengan pesatnya sejak dari dibuka Kehadiran penduduk pedagang dan orang-orang yang menetap di Melaka menyebabkan ‘social contact’ yang tidak dapat dielakkan. Melaka terus sibuk. walaupun ada pedagang yang balik tetapi ada pedagang yang masih tinggal di Melaka menunggu ketibaan angin. Melaka merupakan tempat pertemuan dua angin monsoon. Mengikut statistic semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud terdapat kira-kiranunggu angina untuk belayar. Sebab itulah Pelabuhan Melaka bagitu sibuk. Namun demikian bilangan penduduk Melaka meningkat. Statistik di bawah menunjukkan kermaian penduduk Melaka.ialah 190 000 orang.

Adalah dikatakan terdapat 59 puak dan suku kaum orang asing di negeri Melaka dan mereka ini bertutur 84 bahasa yang berlainan. Berkat kepimpinan sultan dan pembesar-pembesarnya mereka ini tinggal dan berinteraksi satu sama lain dengan penuh harmoni dan kemesraan. Rahsia kemesraan, perpaduan dan keharmonian rakayat berbilang kaum, keturunan, puak dan suku ini adalah disebabkan elemen Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa perantaraan, sistem politik yang stabil dan sifat toleransi semua pihak. Islam juga menjadi teraju utama perpaduan orang-orang Melaka pada waktu itu kerana Islam menganggap setiap orang sebagai saudara

Bahasa Melayu merupakan elemen penyatuan penting pada waktu itu walaupun di Melaka terdapat lebih kurang 59 suku kaum, puak dan bangsa yang bertutur sebanyak 84 bahasa. Bahasa Melayu merupakan Lingua Franca yang membolehkan integrasi sosial wujud dengan bagitu kukuh.


Setiap pedagang yang datang ke Melaka mestilah boleh bertutur bahasa Melayu bagi membolehkan mereka berdagang dengan bebas dan mendapat keuntungan yang banyak. Adalah didapati bahasa Melayu bukan sahaja dipertuturkan di pelabuhan Melaka dan pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu malah ia dipertuturkan di pelabuhan-pelabuhan besar dunia seperti di Kaherah, Cambay, Ormus dan Venice. Tentu tidak hairan jika kedengaran bahasa Melayu dipertuturkan di pelabuhan Venice, pelabuhan yang sibuk menghubungi Eropah dan Timur.

Kapal dagang orang Venice di pelabuhan Genoa. Ramai pedagang-pedagang di sini boleh bertutur bahasa Melayu dalam menjalani transeksi perdagangan di Melaka dan lain-lain pelabuhan besar di dunia.

Bahasa Melayu digunakan dalam bidang pentadbiran, perniagaan dan perhubungan. Ia juga merupakan bahasa persuratan. Bahasa Melayu dikatakan sebagai

Bahasa Perantaraan (Lingua Franca)

Bahasa Komersial

Bahasa Pentadbiran

Bahasa Diplomatik

Bahasa Perundangan

Bahasa Ilmu

Bagi membolehkan pedagang-pedagang berkomunikasi dalam dunia komersial antarabangsa mereka sedikit sebanyak mesti berupaya berbahasa Melayu. Sehubung dengan itu beberapa cerdik pandai telah menysun kamus-kamus.

KAMUS MELAYU-ITALI disusun oleh seorang Itali bernama PIGAFETTA

Pedagang-pedagang dari Venice merupakan pedagang-pedagang yang sangat penting kerana mereka menguruskan perdagangan antara Timur dan Barat (Europah). Untuk memudahkan mereka berdagang dengan lebih licin dan teratur mereka hendaklah pandai bertutur bahasa Melayu. Dengan mengtahui Bahasa Melayu mereka boleh berkomunikasi dengan Syahbandar-Syahbandar dan pedagang-pedagang lain dengan lebih cepat dan lebih ekonomik.

KAMUS MELAYU-LATIN disusun DEVI HEAX dan

KAMUS MELAYU-BELANDA disusun oleh PEDRICH HOUTMAN

Tujuan menysun kamus-kamus ini adalah untuk membolehkan pedagang-pedagang mengetahui dan mendalami bahasa Melayu dan dapat berinteraksi dengan sesiapa pun dalam urusan harian di Nusantara ini. Ini membuktikan Bahasa Melayu bukan sahaja telah menjadi Lingua Franca dan dipertuturkan oleh hampir semua orang di rantau dunia Meayu tetapi juga sebagai bahasa antarabangsa.

Di samping itu, semua peraturan termasuk bahasa perundangan seperti di dalam HUKUM KANUN MELAKA dan UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA yang menjamin keamanan dan keselamatan pedagang-pedagang adalah semuanya dalam bahasa Melayu. Bandaraya Melaka dalam abad ke-15 telah menjadikan Bahasa Melayu sebgai bahasa teragung dan merupakan salah satu elemen integrasi dalam masyarakat kosmopolitan Melaka.


Masyarakat Melayu Melaka Awal

| | | 2 comments |


Masyarakat Awal Melaka


Melaka asalnya adalah sebuah kampung nelayan yang didiami oleh beberapa buah keluarga nelayan. Mereka menjalani hidup yang ‘simple. Mereka tinggal di tepi-tepi pantai dan membina bagan-bagan atau rumah-rumah kecil di sepanjang pantai Melaka.


Melaka sebelum 1400, sebelum dibuka oleh Parameswara. Ia didiami oleh beberapa keluarga nelayan sahaja.


Di kawasan pesekitaran masih di penuhi dengan hutan belentara. Di kawasan pendalaman dilaporkan ada juga keluarga orang-orang pribumi yang tinggal di dusun-dusun dan menjalani hidup sebagai petani.

Penduduk Melaka asal terdiri dari nelayan dan tinggal di tepi pantai

Pada akhir abad ke 14 Parameswara datang dan membuka Melaka. Parameswara datang dengan pengikutnya termasuk pembesar-pembesar dan orang-orang laut atau orang Seletar. Pada masa kedatangan itu terdapat kira-kira 1000 orang bersama-sama beliau. Mereka ini mungkin orang-orang yang berasal dari Palembang, Temasik dan orang-orang Seletar yang berkhidmat setia kepada Parameswara. Orang-orang Selat ini adalah perantau laut bukan sahaja sangat setia kepada rajanya tetapi juga patuh atas segala perintah. Perkhidematan mereka tidak dibayar sebaliknya mereka bepuas hati dengan hanya diberi makanan sahaja. Boleh dikatakan sebahagian besar mereka adalah berketurunan Melayu yang mengamalkan kepercayaan Hindu-Buddha dan animisma.

Orang-orang Melaka awal ini digambar oleh orang-orang luar:

- Bekulit hitam gelap

- memakai ikatan kain di kepada seperti tanjak

- yang perempuan mengikat rambaut/bertochang

- memakai baju (benang kapas) pendek dan berkain

manakala gologan raja atau bangsawan

Raja Kassim menyerupai seorang nelayan berpakaian istana, beserian dan berjubah labuh.

- memakai serban putih di kepala mereka diperbuat dari kain kapas yang halus

- memakai jubah labuh

- capal sebagai sarung kaki

- selain dari itu ada hiasan tambahan seperti tali pinggang, atau bengkung, kain selempang, rantai, kerosang dan lain-lain hiasan.

Tidak pula digambarkan tentang isteri-isteri sultan atau pakaian gadis-gadis istana. Namu demikian berpandukan pada pakaian peerbandingan semasa dapat dibuat kesimpulan bahawa wanita-wanita istana mendandan rapi rambut mereka serta

bersiput, pakai baju seperti kebaya labuh dan berkain batik tentunan Jawa. Disamping itu terdapat banyak barang-barang hiasan seperti cincin, gelang tangan dan kaki, rantai subang san sebagainya.


Apabila sampai di Melaka, Parameswara telah mula memajukan Melaka. Beliau telah mengarahkan pengikut-pengikutnya menanam pisang, ubi, keladi, keledek, labu dan jagung. Di pendalaman dan di tepi-tepi sungai Bertam banyak terdapat pokok-pokok rumbia. Dari pohon-pohon rumbia inilah dikeluarkan sagu. Sagu menjadi makanan utama orang-orang Melaka sebelum beras di impot ke Melaka dari Jawa (Majapahit) dan Siam.

Serumpun Rumbia. Daunnya digunakan untuk membuat atap rumah dan dari batangnya diperolehi sagu yang digunakan sebagai makanan utama mereka.

Di samping itu Parameswara menemui bijih timah di dua kawasan di pendalaman. Beliau telah mengusahakan lombong-lombong bijih timah tersebut. Sejak itu Melaka sudah mula terkenal dan maju. Dalam tahun pertama Parameswara menduduki Melaka, penduduk Melaka telah bertmbah menjadi 2 000 orang. Pada peringkat ini belum lai ada orang-orang luar menduduki Melaka sebab belum ada kontak dengan dunia luar.

Pembukaan Melaka akhirnya sampai ke pengetahuan Maharaja Cina Yung Lo. Yung Lo telah memerintahkan Laksamananya yang bernama Laksamana Yin Ching pergi ke Melaka. Laksamana Yin Ching dan pengikut-pengikutnya sampai ke Melaka pada tahun 1403. Kemudian Laksamana Cheng Ho pula datang ke Melaka beberapa kali dan dikuti oleh lawatan Maharaja Melaka ke istana Cina beberpa kali menyebabkan hubungan diplomatic Melaka-Cina bagitu kukuh sekali. Siam yang menjadi ancaman kepada Melaka akhirnya tidak lagi mengganggu setelah diberi amaran oleh Cina.

Hubungan diplomatic Cina-Melaka. Rombongan Maharaja Cina

Sampai ke Istana Melaka.

Dengan ini perdaganan Melaka berkembang dengan bagitu pesat tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak. Pedagang-pedang dan saudagar-saudagar dari Cina, India, Cochin Cina, dari kepulaua Sulawesi, Jawa, Kalimantan dan Sumatera datang dan pergi.. Pedagang-pedagan dari Cambay, Ormuz, Kaherah dan Venice turut hadir. Kemudiannya datang saudagar-saudagar dri Eropah menjadikan pelabuhan Melaka tersibuk di dunia sebelah sini.

Pada tahun 1409 Parameswara berkahwin dengan puteri Pasai dan terus memeluk Islam. Beliau telah mennukar namanya kepada Parameswara Iskandar Syah. Pada waktu itu penduduk Melaka telah bertambah kepada 6 000 orang.. Dalam zaman Pemeritahan Sultan Alauddin Riayat Syah penduduk Melaka bertambah kepada

40 000 orang. Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud, sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis terdapat 190 000 orang penduduk Melaka.

Perkembangan dan pertambahan penduduk Melaka ini adalah disebabkan pertubuhan perdagangan di Melaka, sistem pengurusan yang baik, sistem pemerintahan yang adil dan suasana perniagaan yang maju dan harmonis.

Laporan menyatakan terdapat tidak kurang dari 84 bahasa dipertuturkan dalam negeri Melaka pada waktu itu. Masing-masing dengan gaya dan bunyi yang yang berbagai-bagai yang sangat sukar difahami. Bahasa-bahasa ini dipertuturkan oleh 59 bangsa/puak/suku kaum /keturunan yang datang berdagang di Melaka. Tidak dapat digambarkan betapa hiruk pikuknya Melaka pada waktu. Namun demikian mereka semuanya hidup dalam keadaan aman dan damai. Tidak ada laporan pergaduhan kaum atau puak pada waktu itu. Semuanya ini kerana bahasa yang bagitu banyak dapat di satukan oleh Bahaasa Melayu yang menjadi unsure utama sebagai alat penyatuan dan perpaduan kaum-kaum di Melaka pada waktu itu. Bahasa Melayu menjadi Lingua Franca menjadi bahasa perantaraan dalam semua aspek hubungan ‘social contact’ sesama mereka.

Pelabuhan Melaka yang sibuk dengan kapal-kapal luar

Parameswara dan pemerintah-pemerintah lain telah berusaha meramaikan penduduk Melaka memasyhurkan Melaka. Pertambahan penduduk bukan atas dasar kelahiran tetapi kemampuannya sebagai sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan yang masyhur. Terdapat ramai pedagang-pedagang dari rantau ini seperti dar Aru, Pasai, Pulau Jawa, Makasar, Kalimantan dan Pulau-pulau persekitaran serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat meramaikan penduduk di Melaka.

Asalnya masyarakat Melayu Melaka terdiri dari orang-orang pribumi Melaka dan orang-orang Selat atau orang-orang laut. Kemudian digalakkan orang-orang datang dari daerah-daerah alam Melayu dan diramaikan lagi dengan orang-orang lain yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa. Orang-orang luar ini sama ada datang untuk berniaga atau menyubangkan perkhidmatan dan tenaga untuk berkhidmat sebagai pekerja di Melaka.

Bangsa asing yang mula-mula nampak di Melaka ialah bangsa Cina. Hubungan Melaka-Cina bermula dari tahun 1403 apabila Melaka dilawati oleh Laksamana Cina Yin Chimg. Dalam zaman Sultan Mansur Syah, orang-orang Cina bertambah ramai apabila seramai 500 orang Cina datang mengiringi Puteri Hang Li Poh ke Melaka. Pada waktu mula terdapat penempatan orang-orang Cina di Melaka. Mereka tertumpu di kawasan Bukit Cina. Di Bukit Cina didirikan sebuah istana untuk Puteri Hang Li Poh. Berhampirannya digali sebuah perigi yang hingga kini digelar “Perigi Raja”

Perigi ini terletak di kaki Bukit Cina. Ianya digali untuk kegunaan Puteri Hang Li Poh. Perigi ini jernih auernya dan tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. Perigi ini bertembuk dengan batu ‘leterite’ merah, batu yang sama digunakan oleh Raja-raja Melaka untuk membuat masjid dan makam diraja.

Apa kata orang luar mengenai orang-orang Melayu. Mangikut Alfonso d Albuquerque “ …. The Malays are gallant men, they wear good clothing… they are very courteous….”.

Valentyn pula berkata “ …. The most renowned, the most ingenious and the most civilized of the race…….. The Malays are most cunning, the most ingenious and the most polite people of the east….”

Lain-lain Masyarakat di Melaka awal di Melaka.

Di Melaka terdapat masyarakat Baba dan Nyonya. Mereka berasal dari keturunan orang-orang Cina tetapi telah lama tinggal di Melaka dengan mengamalkan adat istiadat dan menjalani kehidupan seperti orang-orang Melayu. Cara pertuturan, berpakaian, makan dan semuanya mengikut amalan orang Melayu kecuali kepercayaan dan agama. Mereka ini adalah masyarakay Baba dan Nyonya.

Manakala golongan orang-orang India yang mengamalkan cara hidup orang-orang Melayu seperti masyarakat Baba dan Nyonya tadi terdiri dari Masyarakat Chitty Melaka. Cara berpakaian, pertuturan, makan, kehidupan harian semuanya seperti otang Melayu kecuali kepercayaan dan agama sahaja berbeza,

Satu lagi kaum yang wujud di Melaka yang tidak terdapat dimana-mana-mana negeri di Malaysia ialah Masyarakat Kaum Portugis. Mereka ini adalak baka orang Portugis yang tidak berundur apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda dan Inggeris. Mereka berketurunan Portugis hampir 600 tahun dahulu. Mereka juga digelar oleh orang tempatan sebagai “orang Nasrani”. Kebanyakan mereka hidup sebagai nelayan dan kini ada yang bekerja swasta, bekerja sendiri dan bekerja dengan kerajaan. Kini kebanyakan mereka ditempakan di Portuguese Settlement di Ujung Pasir, Melaka.

Pusat Budaya Melayu

| | | 3 comments |

KEBUDAYAAN - Pengenalan

Kebudayaan dan peradaban adalah satu kesatuan yang kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, udang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan manusia dan kebiasaan yang didapati oleh manusia sebagai anggota sesuatu masyarakat. Budaya mencerminkan keseluruh hidup sesuatu masyarakat. Dalam kontek budaya Melayu tradisional secara keseluhannya akan memcerminkan keseluruhan hidup masyarakat. Masyarakat Melayu di rantau dunia Melayu. Namun demikian skop penbincangan kita akan ditumpukan kepada masyarakat Melayu Melaka. Masyarakat Melayu Melaka biasanya dilihat dari dua aspek.

Pertama: Budaya tradisional yang wujud di istana atau digelar sebagai ‘tadisi istana’ atau ‘budaya istana’ juga disebut ‘court tradision’ atau ‘court culture’. Ada juga diistillahkan ‘busaya istana ini sebagai “Great Tradition”

Kedua: Budaya atau tradisi yang wujud di kalangan rakyat atau disebut sebagai ‘budaya rakyat’ atau ‘ tradisi rakyat’ atau ’folk tradition’ atau ‘folk culture’ . Ada juga diistillahkan sebagai “Little Tradition”

Membicarakan tentang kebudayaan kedua-dua golongan Melayu Melaka di empire Melaka secara keseluhurannya akan dipaparkan cara hidupnya, sejarahnya, budayanya dan kepercayaannya. Sumber kebudayaan Melayu awal dapat dilihat dalam catatan-catatan lalu seperti

- Sejarah Melayu

- Hikayat Hang Tuah

- Tufat al Nafis

- Hikayat Raja-Raja Pasai

- Di Jawa terdapat Nagarakartagama dan Praratun

- Di Sunda terdapat Babad Prahyingan

- Di Sulawesi La Galilo dll.

Di antara contoh buku sumber sejarah dan kebudayaan Melayu lama.

Biasanya terdapat dalam tulisan jawi kerana buku-buku ini ditulis setelah datangnya pengagruh budaya Arab atau Islam.

Sumber-sumber ini menggambarkan budaya hidup orang-orang Nusantara pada zamannya. Budaya mereka banyak yang kekal hingga kini walaupun terdapat beberpa unsur budaya asing masuk ke dalam masyarakat lama ini.

Sungai Melaka yang banyak menyimpan sejarah peradaban kerajaan Melayu Melaka

Tun Seri Lanang dalam SEJARAH MELAYU telah memperlihatkan kepada generasi hari ini cara dan gaya hidup masyarakat istana dan masyarakat umum secara keseluruhannya pada zaman itu. Bagitu juga penulis atau pencatat luar seperti Cina, Portugis, Belanda Inggeris, Siam, dan sebagainya banyak membicarakan tentang budaya orang-orang Melayu Melaka khasnya dan di rantau ini bemula dari kerajaan-kerajaan sebelum Parameswara hingga kini.

Kitab Lama – Sumber mengenai Budaya dan Tradisi hidup orang-orang Melayu di Alam Melayu

Budaya sesuatu masyarakat biasanya dinamik, ia tidak statik. Namun demikian ia berlaku dengan berbagai cara sama ada secara cepat atau lambat Budaya yang statik adalah budaya yang lesu dan tidak mahu berkembang. Budaya Melaka berubah dengan cepat akibat dari pengaruh budaya asing atau melalui kontak sosial. Dari segi pakaian, mithalnya, jenis pakaian, material yang digunakan, fashion yang digemarinya berubah setelah kedatangan saudagar-saudagar kain dari Gujerat India dan batik dari Jawa. Akibat dari pertembungan budaya ini bukan sahaja berbeza dari segi fizikalnya tetapi juga dari gaya pemikirannya.

Kapal asing bukan sahaja membawa barang dagangan tetapi juga membawa “Budaya dan peradaban bangsa mereka”

Seluruh Nusantara pernah dipengaruhi oleh peradaban Hindu-Buddha. Kerajaan Melayu Tua termasuk kerajaan Melaka awal adalah di pengaruhi oleh budaya dan peradaban Hindu. Peradaban yang datang dari luar banyak mempengaruhi budaya dan gaya hidup golongan istana atau “The Great Tradition”. Tradisi dan budaya istana sangat cepat diresapi oleh budaya asing. Perubahan politik, ekonomi dan sosial telah membawa perubahan pada golongan tersebut..\

Ukiran dari salah satu panel Candi ini menggambarkan tradisi dan budaya Hindu-Buddha. Budaya ini berubah setelah kedatangan Islam ke rantau itu.

Apabila Parameswara membuka Melaka beliau dan pengikut-pengikutnya masih meneruskan tradisi dan budaya kerajaan Srivijaya yang dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu.- Buddha. Pada tahun 1409 beliau telah berkahwin dengan puteri Raja Pasai lalu masuk Islam. Tindakan beliau memeluk Islam telah memberikan impak yang sangat dalam kepada budaya dan tradisi “The Great Tradition” di Melaka. Setelah beliau menganut Islam, pembesar-pembesar istana yang lain turut meniguti langkah beliau. Bagitu juga keluarga-keluarganya yang lain. Contoh ini memperlihatkan yang perubahan budaya dan tradisi bermula dari istana dan ianya berlaku dengan cepat.

Kedatangan Islam ke Melaka telah banyak memberi kesan pada budaya dan tradisi hidup golongan Istana dan golongan rakyat di rantau ini

Tradisi dan budaya rakyat jelata turut dipengaruhi oleh budaya luar melalui ‘social contact’. Rakyat jelata di Melaka memiliki corak budaya yang tersendiri. Mereka berada dalam budaya yang sangat ‘simple’ Tradisi hidup yang simple ini diwarisi sejak dari awal lagi.

Artifek-artifek ayang ditemui oleh ahli-ahli arkeologi menggambarkan keindahan, keharmonian dan perasaan yang mendalam tentang budaya mereka. Gelang, rantai dan berbagai cincin yang ditemui menunjukkan kecenderungan menghias diri dengan berbagai assesories. Ini menunjukkan yang mereka sudah ada rasa indah dan mereka memerlukan kecantikan. Budaya yang sumple ini dapat juga dipengarui oleh budaya luar tetapi dengan kadar yang lambat. Ini adalah kerana maereka tinggal jauh di pendalaman atau jauh dari kawasan istana. Mereka tinggal dalam kelompok mereka sendiri yang jarang menerima tempias proses urbanisasi.

Ukiran-ukiran pada candi-candi banyak menggambarkan budaya dan peradaban

Masyarakat pada waktu itu

Kekadiran pengaruh Hindu-Buddha di rantau ini lebih banyak memberi kesan atau mengubah budaya dan tradisi istana dari tradisi dan budaya rakyat. Pengarah agama Islam pula yang datang selepas itu banyak memberi kesan dan perubahan bukan sahaja kepada budaya istana tetapi juga membawa perubahan kepada tradisi dan budaya rakyat jelata atau “little Tradition” Melaka. Ini adalah disebabkan agama Islam .

Sejarah Melayu menulis bahawa pengislaman beramai-ramai di Melaka di mulakan oleh sultannya lalu diikuti oleh pembesar-pembesarnya dan kemudian rakyat jelatanya. Ini adalah di atas perintah rajanya. Mengikut B.Harison dalam artikelnya Muslim World “……The adoption of Islam by the Malay princes meant, therefore, that in the course of time the whole race became Muslim. Psychologically, the people look upon their chiefs and nobles as good examples to be followed, and so when a chief, or a noble embrace Islam, the people followed suit.”


Di dalam masjid terdapat berbagai bangsa dan keturunan, berbagai warna kulit dan budaya sama-sama menghadap kiblat memohon supaat dari Allah kerena semua orang Islam di anggap berkeluarga

Islam menganggap semua orang bersaudara dan status seseorang yang yang ingin menganuti agama Islam tidak terhad kepada golongan istana sahaja. Islam tidak mementingkan kasta atau darjat tetapi ia mementingkan unsur-unsur kemaknusiaan yang berdasarkan pemikiran yang rasional. Islam tidak tertupu kepada hal-hal ketuhanan sahaja malah ia meliputi keseluruhan hidup masyarakat itu. Melaka telah menjadi sebagai pusat kebudayaan, kesusateraan, perundangan, dan tasauf selain ia menjadi pusat perkembagan dan penyibaran agama Islam di rantau dunia Melayu termasuk Seluruh Tanah Melayu, Sumatera, persisir Tanah Jawa, Berunai, Kepuluan Sulu dan Kepuluan Meluku. Dengan cara tidak langsung peradaban dan kebudayaan Islam telah menular ke seluruh empire Melaka.

Pelabuhan Melaka yang sibuk dengan kapal-kapal dagang dari alam Melayu dan

Antarabangsa.

Melaka sebuah kota kosmopolitan yang didatangi oleh berbagai bangsa dan keturunan telah menerima pengaruh yang bukan sedikit. Ia dianggap sebagai ‘the melting pot’ di mana semuanya jenis bedaya terdapat di kota dan di empire ini. Mereka ini bukan sahaja turut mempertingkatkan keagungan kota pelabuhan ini tetapi juga turut menyumbangkan budaya mereka .

Akibat dari proses pertembungan itu ada unsur-unsur budaya asal yang terus kekal dan ada yang hilang dan ada yang mengalami pengubahsuaian. Kadangkala wujud dua fenomena budaya yang berbeza dan ada yang menjadikannya dua budaya yang berbeza tetapi atas satu fenomena yang sama. Walau apa pun caranya kita akan lihat manifestasi corak kebudayaan negeri Melaka secara keseluruhannya. Melaka sebagai ‘ a melting pot’ digambarkan oleh Robert J.Wolff dalam bukunya “ Modern Medicine and Tradisonal Culture, Contradiction on the Malay Power” berkata:

…….Perhaps Malay culture is like that. It is the cupboard in which are stored all the gifts from other cultures, not arranged in particular way …..”

Melaka melalui liku-liku sejarah yang kompleks, jadi tidak hairanlah bebagai fenomena berjaya mempengaruhi budaya Melayu. Namun bagitu kita akan melihat dari kaca mata budaya kita sendiri.

Dalam kontek kita akan melihat beberapa aspek budaya yang diamalkan dalam empire Melaka termasuk

- corak hidup mereka pada waktu itu

- kepercayaan dan ikutan mereka

- pendidikan dan pelajaran

- kesenian, meliputi

. Seni Rupa seperti Tarian, Silat Pencak, Seni Suara, Seni Bahasa seperti Prosa dan Puisi


Sejarah Melaka

Thursday, February 5, 2009 | | | 5 comments |
Sejarah Melaka 600 tahun

…………… dari desa purba ke BANDARAYA BERSEJARAH


Dari desa purba lahir sebuah kotaraya. Dari halaman kota bertuah inilah segalanya bermula. MELAKA katanya lahir dari nama sebatang pohon tempat Parameswara menghilang lelah. Ada mengatakan lahir dari perkataan “Malaqqa” dalam bahasa Arab yang bermaksud perhimpunan segala dagang. Tidak kurang pula mengatakan “Market” yang bermaksud pasar. Walau apa jua namanya bermula, ia adalah sebuah seda nelayan purba. Kini tanggal 15 April 1989 ia telah diisytiharkan sebagai MELAKA BANDAR RAYA BERSEJARAH, MALAYSIA.


Parameswara

Parameswara telah memulakan segala-galanya. Dari Bertam, Parameswara menghilir ke muara dan di sana berlaku satu peristiwa pelanduk putih-anjing raja. Anjing raja menjadi mangsa, satu cerita yang tidak pernah diduga.

Parameswara serta pembesar-pembesarnya telah membangunkan desa nelayan itu hingga menjadi sebuah pelabuhan yang teragung. Dengan bantuan orang-orang laut dari Palembang dan saki baki pengikutnya yang setia mereka telah membangunkan Melaka yang merupakan rahmat bagi kita.

Pelabuhan Melaka dikatakan kesinambungan kota pelabuhan Melayu tua Campa (Funan) dan Srivijaya. Mereka mewarisi tradisi kedua-dua bandar maritime tersebut. Jika Campa dan Srivijaya pernah menjadi sebuah empire maka Melaka yang mewarisi trasidi budaya itu wajarlah juga menjadi sebuah empire. Perkara ini tidak mustahil. Melaka dalam sedikit masa, khasnya dalam zaman pemeritahan Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah telah berkembang luas bukan sahaja di seluruh Tanah Melayu, bahkan meliputi beberapa bahagian Kepulauan Riau dan Sumatera.

Bandar Melaka telah berkembang dengan pesatnya. Dasar luarnya, terutama dalam hubungannya dengan China, telah menyebabkan kedudukan Melaka menjadi kukuh. Dengan bantuan Maharaja China, Yung Lo dan Laksamana Cheng Ho, Melaka telah berjaya menegakkan kuasanya di rantau ini.

Setelah Parameswara memeluk Islam hubungan China-Melaka bertambah erat. Ini kerana Yung Lo, Maharaja Cina dari Dinastu Ming itu sendiri beragama Islam. Baginda dikatakan keturunan Nabi Muhammad lapis yang ke-26. Kehadiran Sultan Melaka beberapa kali di istana Cina dan lawatan Laksama Yin Ching dan Cheng Ho ke Melaka telah mengukuhkan kekuatan politik, ekonomi dan sosial Melaka. Hubungan Melaka-Cina telah mengelakkan Siam daripada mengancam Melaka. Selepas kematian Yung Lo dan Cheng Ho kekuatan Melaka telah padu dan Melaka dapat menahan serangan Siam tanpa bantuan dari mana-mana pihak.

Pemimpin-pemimpin Melaka dalam abad ke-15 telah berjaya menjadikan Melaka sebuah kota kosmopolitan yang dikatakan teragung di dunia. Ini adalah kerana Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang teratur, sistem ekonomi yang progresif dan sistem sosial yang dinamik.

Sejak Melaka di buka, tidak putus-putus dagang sentry datang dan pergi. Pelabuhan Melaka menjadi bagitu sibuk hingga satu sistem pengurusan pelabuhan yang dinamakan Sistem Syahbandar diwujudkan. Empat orang syahbandar dilantik bagi menguruskan barang dagangan dari dalam dan luar negeri. Mereka terdiri dari Syahbandar India, Jawa, Eropah dan Tempatan.

Ketika Parameswara sampai ke Melaka, di desa ini hanya terdiri dari beberapa keluarga nelayan sahaja. Parameswara telah membawa masuk ramai pengikutnya. Yang paling ramai ialah Orang-Orang Laut atau Orang Seletar. Orang-orang ini adalah pengikut-pengikutnya sejak dati Palembang dan Temasik lagi. Apabila Palembang diserang oleh Majapahit, Parameswara serta pengikutnya telah melarikan diri. Orang-orang Laut bekeliaran di seluruh Selat Melaka dan Kepulauan Riau. Mereka inilah disalah anggap oleh Tome Pires sebagai Bajak Laut atau perompak lanun. Mereka sebenarnya adalah orang-orang laut yang tidak bertuan. Apabila mengetahui Parameswara telah membuka Melaka, mereka telah daaing dan bersatu semula di Melaka. Mereka sekali lagi memperhambakan diri kepada Parameswara. Mereka turut menyumbangkan tenaga dan membantu membangunkan Melaka.


Penduduk Melaka.

Kehadiran orang-orang laut ini dan kekerapan datangnya pedagang-pedagang asing ke Melaka menyebabkan penduduk Melaka bertambah dengan pesatnya. Selain dari penduduk-penduduk tetap terdapat juga ‘floating population’ di Melaka. Mereka ini tinggal di Melaka sementara menunggu angina untuk belayar. Sebab itulah Pelabuhan Melaka bagitu sibuk. Namun demikian bilangan penduduk Melaka meningkat. Statistik di bawah menunjukkan kermaian penduduk Melaka.


Ketika Parameswara sampai di Muar 1 000 orang

Ketika Melaka dibuka 2 000 orang

Ketika Parameswara memeluk Islam 6 000 orang

Zaman pemerintahan Sultan Alauddin 40 000 orang

Sebelum Portugis menyerang Melaka 190 000 orang

Adalah dikatakan terdapat 59 puak dan suku kaum orang asing di negeri Melaka dan mereka ini bertutur 84 bahasa yang berlainan. Berkat kepimpinan sultan dan pembesar-pembesarnya mereka ini tinggal dan berinteraksi satu sama lain dengan penuh harmoni dan kemesraan. Rahsia kemesraan, perpaduan dan keharmonian rakayat berbilang kaum, keturunan, puak dan suku ini adalah disebabkan elemen Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa perantaraan, sistem politik yang stabil dan sifat toleransi semua pihak. Islam juga menjadi teraju utama perpaduan orang-orang Melaka pada waktu itu kerana Islam menganggap setiap orang sebagai saudara

Bahasa Melayu merupakan elemen penyatuan penting pada waktu itu walaupun di Melaka terdapat lebih kurang 59 suku kaum, puank dan bangsa yang bertutur sebanyak 84 bahasa. Bahasa Melayu merpakan Lingua Franca yang membolehkan integrasi sosial wujud dengan bagitu kukuh.

Setiap pedagang yang datang ke Melaka mestilah boleh bertutur bahasa Melayu bagi membolehkan mereka berdagang dengan bebas dan mendapat keuntungan yang banyak. Adalah didapati bahasa Melayu bukan sahaja dipertuturkan di pelabuhan Melaka malah ia dipertuturkan di pelabuhan-pelabuhan besar dunia seperti di Kaherah, Cambay, Ormus dan Venice. Tentu tidak hairan jika kedengaran bahasa Melayu dipertuturkan di pelabuhan Venice, pelabuhan yang sibuk menghubungi Eropah dan Timur.

Bahasa Melayu digunakan dalam bidang pentadbiran, perniagaan dan perhubungan. Ia juga merupakan bahasa persuratan. Bahasa Melayu dikatakan sebagai

Bahasa Perantaraan (Lingua Franca)

Bahasa Komersial

Bahasa Pentadbiran

Bahasa Diplomatik

Bahasa Perundangan

Bahasa Ilmu

Bagi membolehkan pedagang-pedagang berkomunikasi dalam dunia komersial antarabangsa mereka sedikit sebanyak mesti berupaya berbahasa Melayu. Sehubung dengan itu beberapa cerdik pandai telah menysun kamus-kamus.

KAMUS MELAYU-ITALI disusun oleh seorang Itali bernama PIGAFETTA

KAMUS MELAYU-LATIN disusun DEVI HEAX dan

KAMUS MELAYU-BELANDA disusun oleh PEDRICH HOUTMAN

Tujuan menysun kamus-kamus ini adalah untuk membolehkan pedagang-pedagang mengtahui dan mendalami bahasa Melayu dan dapat berinteraksi dengan sesiapa pun dalam urusan harian. Ini membuktikan Bahasa Melayu bukan sahaja telah menjadi Lingua Franca dan dipertuturkan oleh hampir semua orang di rantau Dunia Meayu tetapi juga sebagai bahasa antarabangsa.

Di samping itu, semua peraturan termasuk bahasa perundangan seperti di dalam HUKUM KANUN MELAKA dan UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA yang menjamin keamanan dan keselamatan pedagang-pedagang adalah semuanya dalam bahasa Melayu. Banda raya Melaka dalam abad ke-15 atalah menjadikan Bahasa Melayu sebahasa teragung dan merupakan salah satu elemen integrasi dalam masyarakat kosmopolitan Melaka.

Tradisi Ilmu dan Intelektual

Melaka adalah pusat tradisi ilmu yang terkenal di rantau dunia di sebelah ini. Tidak boleh disangkal lagi bahawa Bandaraya Melaka berjaya melahirkan intelek-intelek Islam yang pakar bukan sahaja dalam bidang agama tetapi juga dari semua aspek termasuk politik, ekonomi dan soaial. Tokoh terpenting terutama golongan istana, pembesar-pembesar Melaka, pedagang-pedagang dan orang-orang persaorangan mendapat ilmu pengetahuan mereka melalui sistem pendidikan di Melaka. Istana, Masjid, surau, balai, langgar dan wakaf dijadikan tempat belajar. Dari sinilah lahirnya cerdikpandai yang menjadi pemimpin dan pegawai-pegawai yang telah berjaya mentadbir bandaraya itu. Contohnya Tun Perak debagai Bendahara, Tun Tuah sebagai Laksamana, Tun Hamzah, Tun Ali, semua sultan Melaka dan banyak lagi. Pada waktu itu pendidikan tidak terhad pada golongan istana sahaja malah rakyat biasa juga mendapat ilmu pengetahuan kerana Islam adalah agama untuk semua.

Kurikulumnya bukan setakat Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah sahaja malah mencakupi bidang-bidang falsafah dan metafizik. Terdapat ramai ulamak-ulamak sufi di Melaka. Salah seorang dari mereka ialah Maulana Abu Bakar yang mengajar Kitab “Ad Darrul l-Manzum” atau ‘Rakaian Mutiara’. Kitab ini membicarakan soal Theosophic, iaitu membicarakan tentang dzat, sifat dan afal. Ilmu ini ada hubungkait dengan ilmu TASAUF dan TEOLOGI.

Penuntut-penuntut yang terdapat di Melaka pada waktu itu bukan sahaja dating dari dalam negeri tetapi termasuk dari luar Negara seperti Jawa, Makasar dan Sulawesi. Ada beberapa Babad Jawa mengatakan bahawa dua orang WALI SONGO (Wali Sembilan) dari Tanah Jawa iaitu, WALI SUNAN BONANG dan WALI SONANG GIRI datang menuntut di Melaka. Mereka dikatakan tinggal di Pulau Upeh.

Ramai ulamak terkenal termasuk dari Mekah dihantar untuk mengajar di Melaka. Selain dari itu ulamak dari Pasai juga memainkan peranan dalam penyibaran ilmu di Bandar ini.

Melaka bukan sahaja terkenal sebagai pusat perkembagan Islam tetapi juga sebagai pusat penyibaran agama Islam di dunia sebelah timur. Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan, Sumatera Selatan dan Barat, Jawa (Indonesia dan Filipina Selatan mendapat Islam dari Melaka. Peranan Melaka sebagai pusat perkembangan dan penyibaran agama Islam banyak sekali . Melaka digelar “Serambi Mekah”. Oleh itu adalah wajar dihidupkan kembali Melaka sebagai Pusat Budaya ilmu.

Satu sifat yang menarik bagi Melaka ialah keupayaan pemimpin-pemimpinnya mengadakan undang-undang untuk mengawal masyarakatnya. Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka merupakan dua dokumen perundangan yang penting bagi menjamin rakyatnya hiudup dalam keadaan aman dan damai. Sistem pengawal sosial amat penting bagi Melaka, sebuah Bandar pelabuhan yang agung.

Sistem cukai mithalnya, telah disusun rapi. Bagi kapal-kapal yang datang dari atas angin seperti India, Parsi, Turku dan Pegu, mereka dikenakan cukai 6% atas nilai kargonya. Di pelabuhan terdapat Pegawai Penilai untuk menilai barang-barang mereka. Pedagang-padagang tempatan dikenakan cuka 3% dan pedagang-pedagang di rantau ini seperti dari Jawa, Sulawesi, Kalimantan dan Filipina tidak dikenakan sebarang cukai, sebaliknya maereka dikehendaki memberi hadiah kepada Raja dan pembesar-pembesar istana.

Sepanjang abad ke-15 Melaka dianggap oleh orang luar sebagai

Emporium Timur

Kota Kosmopolitan

Entrepot yang Dinamik

Empire yang terkenal


Melaka dan Kuasa Eropah

Keagungan Melaka telah menarik minat kuasa-kuasa Eropah. Mereka mahu memiliki Melaka. Dengan memperolehi Melaka, mereka akan berjaya mengawal perdagangan laut di Eropah dan mendapat keuntungan yang banyak. Selain dari itu, yang paling penting bagi mereka ialah Melaka merupakan satu ‘KEBANGAAN’ atau ‘GLORY yang harus dimiliki.

Pembunuhan beberapa orang askar de Araujo oleh sultan pada tahun 1509 telah dijadikan helah untuk Alfonso d;Albuquerque menyerang Melaka. Walaupun pembesar Melaka termasuk sultan Ahmad, putera Sultan Mahmud sendiri serta pperajurit-perajurit Melaka yang setia berperang berhabis-habisan, Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis.

Kejatuhan Melaka bukan bermakna tamatnya kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan ini telah dibawa merantau oleh Sultan Mahmud dari Muar ke Pahang, Bentan, Riau dan akhirnya bertapak di Johor. Setelah Sultan Mahmud mangkat salah seorang puteranya telah meneruskan tradisi kesultanan di negeri Perak.

Melaka duduk di bawah kuasa penjajaah silih berganti. Melaka, sebuah pelabuhan yang teragung akhirnya merosot dan hingga abad ke 19 ia dianggap sebagai “sleepy hollow” tanpa aktiviti. Ia menjadi sebagai sebuah kota tua yang dilupai.


Proses Penjajahan

Lima setengah abad penjajahan di Melaka merupakan satu trajedi dalam episode sejarah Melaka. Kuasa Eropah yang dianggap bagai satu masyarakat yang bertamaddun tinggi tidak berupaya untuk mengembalikan keagungan Melaka yang telah diwjudkan oleh satu golongan pribumi Melayu yang dianggap oleh orang-orang Cina sebagai orang yang tidak bertamaddun. Dalam realiti orang yang dianggap sebagai yang tidak bertemaddun inilah yang telah membawa satu era yang agung dalam sejarah komersial dunia.

Taraf komersial Melaka yang agung menjadi rebutan kuasa-kuasa kapitalis dan kolonialis Eropah. Malah ahli perniagaan di rantau ini juga ingin menguasai perdagangan Melaka. Di antaranya ialah kuasa-kuasa penisgaan dar Jawa dan Acheh. Nama nama seperti Pateh Yunus, Pateh Kadir, Pateh Adam dan sebagainya merupakan segelintir mapatih Jawa yang berkuasa dan kayaraya. Dari Demak, Jawa mereka cuba maerampas Melaka daripada penguasaan Portugis, tetapi gagal.

Dengan kegiatan jihad pula, kuasa Melayu dari Acheh yang memang dikenali gagah berani itu bertubi-tubi menyerang Portugis dalam usaha mereka memiliki Melaka. Tokok pemerintah dan pahlawan Acheh yang becita-cita tinggi untuk menguasai Melaka ialah Sultan Alauddin Riayat Syah Al-Qahar dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Shah. Dengan bantuan ketumbukan tentera dari Muskat, Turki, Broach, Kalikut dan Masulipatam serta pengembelingan peralatan dan teknologi perang yang standing dengan peralatan perang kuasa Eropah, Acheh cuba bermati-matian cuba memiliki Melaka. Melaka menjadi sasaran perang pada 1568, 1573, 1575, 1582, 1617 dan 1673. Sekiranya tidak kerana kemangkatan Sultan Alauddin (yang menjadi Sultan Aru) gugur di medan peperangan, corak sejarah Melaka mukin berubah.

Bukan sedikit nyawa manusia yang terkorban, bukan setitik darah manusia yang mengalir, pantai barat Selat Melaka berkocak hebat bahana ledakan istinggar , dentuman lela rentaka, meriam dan pemuras semuanya kerana Melaka.

Penjajahan Eropah membawa kepada pembinsaan dan kehancuran Melaka. Mereka masing-masing mahu menunjukkan kekuasaan mereka dan Melaka menjadi mangsanya. Kedatangan Portugis telah banyak hasil-hasil budaya Melayu menjadi korban. Masjid, istana, dan lain-lain binaan fizikal dihancurkan. Kedatangan Belanda pula membinasakan gereja-gereja Portugis kerana agama Keristian mazhab Katholik yang dibawa oleh orang-orang Portugis adalah bertentangan dengan mazhab Protestannya. Manakala kedatangan Inggeris terus menghancurkan Melaka dengan arahan Kerajaan British. Peruntukan sebanyak 260 000 rupees diluluskan semata-mata untuk membinasakan Melaka dengan merobohkan bangunan-bangunan awam termasuk kota yang dibina oleh Portugis. Inilah era-era kegelapan dan kehancuran bagi Melaka.


Melaka diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat dan pada tahun 1867 ia ditadbir oleh Tanah Jajahan British di London. Hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ia telah duduk di bawah kekuasaan Inggeris termasuk tiga setengan tahun di bawah kuasa Pentadbiran Kuasa Jepun (1942 – 1945).


Bahana Penjajahan

Di dalam zaman penjajahan, penduduk Melaka tidak berkembang kerana potensi perdagangan dan aktiviti komersial yang lain sudah tidak lagi wujud di Melaka. Jika pada akhir pemerintahan Sultan Mahmud rakyat Melaka hampir 200 000 orang tetapi pada tahun 1836 terdapat 37 000 orang sahaja. Pada tahun 1846 terdapat 50 000 orang. Pada awal tahun 1900 pula terdapat kira-kira 95 000 orang yang tinggal diMelaka dan 73 000 atau 79% daripadanya adalah orang-orang Melayu dan 21% terdiri dari bangsa Eropah, Kaum Baba dan Kaum Chetty. Demikianlah trajedi yang menimpa Melaka, sebuah empire yang agung amenjadi sebuah negeri yang kecil dan akhairnya menjadi sebuah perbandaran.

Pentadbiran British di Melaka dengan secara langsung telah mewujudkan mobiliti yang negative di kalangan masarakat Melayu Melaka. Golongan yang duduk di stratifikasi sosial yang terbawah boleh meningkat ke stratifikasi sosial yang teratas jika mereka mempunyai pelajaran yang diwujudkan oleh Sistem Pendidikan British. Malangnya, British tidak ikhlas dalam memberi peluang ini khasnya kepada orang-orang Melayu yang menguasai 80% rakyat negeri itu pada awal abad ke-20. Mereka menyediakan pendidikan dengan metlamat “ menjadikan anak-anak Melayu lebih baik sedikit dari bapanya. Jika bapanya seorang petani, ia lebih baik dari abapanya dan jika anak itu anak seorang nelayan, ia diharapkan akan menjadi nelayan yang lebih baik sedikit dari bapanya… “

Sistem pendidikan Melayu diabaikan dan kesannya tidak wujud mobility sosial bagi orang-orang Melayu. Oleh itu orang-orang Melayu hanya layak menjadi petani dan nelayan yang boleh membekalkan mereka dengan makanan, menjadi askar dan polis yang dianggap boleh menjaga keselamatan mereka, menjadi budak pejabat untuk dijadikan hamba suruhannya atau menjadi pemandu keretanya bagi membawa mereka bersiar-siar. Pendek kata orang-orang Melayu rata-rata memenuhi strata paling bawah sekali dalam serba lapangan hidup mereka. Ini satu lagi trajedi sosial yang dialami orang-orang Melayu Melaka. Ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan amat sukar sekali mencari orang-orang Melayu yang mempunyai ijazah universiti. Paling tinggi kelulusan merelka ialah draduan dari Maktab perguruan Sultan Idris. Kebyakan orang awam menpunyai pendidikan setakat darjah 4 atau 6.

Semangat Kebangsaan.

Oleh itu semangat kebangsaan di Melaka lewat berkembang. Walaupun ada, ia digerakkan oleh orang luar atau orang Melaka yang pernah berdagang di luar Melaka. Contohnya, dalam gerakan Kaum Muda, Syed Syeikh Al-Hadi memainkan peranan yang sangat penting. Beliau sendiri telah mendirikan madrasah Al-Hadi di Bandar Kaba, Melaka hingga mendtangkan konflik dalam masyarakat Melayu Melaka yang telah ’establish’ yang digelar sebagai KaumTua. Konflik Kaum Tua dan Kaum Muda ini amat hebat hingga berlaku kes pukul memukul yang berlaku dalam masjid. Kesan dari perhuangan Kaum Muda masih dapat dilihat di beberapa kawasan di Melaka hingga ke hari ini.

Di Melaka telah diwujudkan sebuah parti quasi-politik pada tahun 1937. Parti ini ialah Kesatuan Melayu Melaka dan ditubuhkan atas dorongan pemimpin-pemimpin Kesatuan Melayu Singapura seperti Md.Yunus Abdullah dan Hj Enbok Suluk. Ini dibuktikan dengan kehadiran lima orang pegawai Kesatuan Melayu Singapura dalam majlis penubuhan Kesatuan Melayu Melaka di Bukit Cina pada 26.9.1937. Di antara mereka yang hadir ialah Hj.Embok Suluk, En.Daud Md.Syah dan Encik Yusof Ishak. Pemimpin-pemimpin Kesatuan Melayu Melaka majority dianggotai oleh penghulu dan demang di negeri Melaka. Ia merupakan badan yang pro-British.

Pada tahun 1938 ditubuhkan pula Kesatuan Melayu Muda Melaka, juga ditubuhkan oleh orang luar Melaka. Persatuan Melayu Muda Melaka (KMMM) dipimpin oleh Cikgu Md.Isa Mahmud. Beliau adalah salah seorang pengasas KMM pusat. Atas dorongan Ibrahim Yaakub KMMM ditubuhkan. Sebahagian besar anggotanya terdiri dari guru-guru Melayu lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim.

Inilah yang dikatan akibat sistem pendidikan yang tidak ikhlas British menyebabkan tidak ada orang Melayu Melaka yang berpendidikan tinggi. Ini juga menyebabkan orang-orang Melayu Melaka tinggal jauh kebelakangan dalam serba aspek kehidupan. Pada awal abad ke-20 hingga pertengahan abad tersebut terdapat sebilangan besar pegawai-pegawai kerajaan, pekerja-pekerja pejabat dalam mana-mana sektor awam dan swasta boleh dikatakan 99% terdiri dari orang-orang bukan Melayu. Sistem British terus menekan orang-orang Melayu dan menjadikan mereka dalam keadaan tidak berkeyakinan diri hinggakan kebanyakan aktiviti yang besar-besar yang hendak digerakkan adalah atas dorongan dan sokongan dan galakan orang-orang luar. Inilah yang dimaksudkan sebagai akibat dari satu sistem yang tidak ikhlas dan berat sebelah.


Daif

Orang-orang Melayu terus menduduki desa-desa pendalaman tanpa sebarang kemudahan asas. Hidup dalam serba kekurangan dan mengamalkan tradisi dan budaya lampau.

Kedatangan Jepun sebaliknya sedikit sebanyak telah memberikan rahmat kepada orang-orang Melayu Melaka. Jepun pada asalnya telah memberikan kesempatan kapada Kesatuan Melayu Muda Melaka untuk bergerak semula. Ini adalah kerana KMMM telah menganggota ‘Kolom Ke-5’ bagi membantu tentera Jepun menentang British. Orang-orang Melayu telah diberikan kesempatan untuk mentadbir negerinya dan masyarakat Melayu yang sentiasa tertekan sebelum ini telah mendapat satu imej yang istimewa pada zaman pemeritahan Jepun. Jepun telah berjaya memulihkan semangat orang-orang Melayu pada waktu itu. Oleh itu tidak hairanlah aktivit politik orang Melayu Melaka berkembang dengan serius selepas pemerintahan Jepun. Selepas pendudukan Jepun gerakan politik lebih aktif dan seterusnya membawa pada perjuangan mencapai kemerdekaan selanjutnya.

Pendidikan orang-orang Melayu tertumpu di kampung-kampung dan tidak boleh dinafikan terdapat juga sekolah-sekolah agama di dalam Bandar. Salah sebuah sekolah yang terbesar pada awal abad ke-19 ialah sekolah di kampong Hulu, Melaka. Nenek kepada Munsyi Abdullah menjadi Guru Besarnya. Kelas mengaju Al-Quran yang terdapat di masjid-masjid, surau-surau dan rumah-rumah guru. Pada awal abad ke-20 terdapat sekolah-sekolah pondok di Melaka dan dan salah sebuah yang terkenal ialah Khairiah Muhamaddiah di Air Molek Melaka. Pondok-pondok lain ialah Pondok Haji Ahmad di Paya Rumput . Dari pondok-pondok inilah lahirnya lahirnya beberapa pemimpin masyaeakat.

Sekolah-sekolah Melayu terdapat berselerak di desa-desa. Pada peringkat awal terdapat sekolah-sekolah yang dibina oleh orang-orang kampong sendiri. Lama kelamaan diserap menjadi sekolah-sekolah Melayu bantuan kerajaan. Sebelum merdeka, sekolah-sekolah ini banyak yang daif. Dari segi fizikalnya semuanya kurang lengkap. Lantainya berdebu, bangku kurang sempurna, alat tulis sukar diperolehi, atap bangunan selalunya tiris dan sebagainya. Ini dengan sendirinya menjadikan sekolah sebagai satu tempat yang tidak menarik dan tidak kondusif untuk belajar.

Walaupun orang Melayu jauh ketinggalan tetapi orang luar banyak memberikan dorongan kepada segelintir orang-orang Melayu Melaka yang berpendidikan untuk bangun dan menyedarkan mereka. Syed Syeikh Al-Hadi dengan Al-Imamnya telah sedikit sebanyak kepada keinsafan kepada mereka. Semangat kebangsaan mereka sedikit demi sedikit di bina oleh mereka dalam awal abad ke 20-an . Kesedaran ini begerak bagitu lambat. Pada tahun 1932 diterbitkan pula akhbat SUARA BENAR. Akhbar ini diterbitkan untuk dijadikan forum terbuka menentang suara-suara sumbang kaum lain yang diterbitkan dalam suarat-surat khabar berbahasa Inggeris. Malangnya akgbar Suara Benar tidak panjang usianya dan diberhentikan dua tahun kemudian.


Pemimpin Melayu Melaka.

Pada tahun 1937 beberpa orang prmimpin-pemimpin Melaka dengan dorongan pemimpin Kesatuan Melayu Singapura, telah menuhkan Kesatuan Melayu Melaka. Pada peringkat awal ini digunakan untuk tujuan sosio-ekonomi. Yang paling hebat digunakan menyelesaikan maslaah sosial yang disaebut sebagai DKA (Darah Keturunan Arab) Pada tahun-tahun 1930an masyarakat mesyarakah menganggap orang-orang Melayu mempuyai taraf yang peling rendah daripada orang-orang yang berketuruan Arab, orang-orang berjeturunan India (DKK) dan orang-orang keturunan Cina dan India. Dalam mana-mana majlis DKA dan kaum-kaum lain diberikan layanan istimewa dari orang-orang Melayu. Kesatuan Melayu Melaka dalag pertubuhan pro-British, sebab itulah ia tidak popular di kalangan golongan radikal Melayu. Hasil dari itu Kesatuan Melayu Muda Melaka ditubuhkan di Melaka. Tujuannya untuk menentang British. Mereka telah memberikan kerjasama kepada Jepun untuk menghalau British dari bumi mereka.

Selepas Jepun meninggalkan Melaka, badan-badan politik bertambah aktif. Kesatuan Melayu Melaka telah dihidupkan semula oleh Muhammad Ali Salleh. Pergerakan Melayu Semenanjung dihidupkan dengan bantuan Dato Onn Bin Jaafar. Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Bung Karim, Angka Wanita Sedar (AWAS), Pembantu Indonesia Merdeka (PIM) ditubuhkan akibat dari kesedaran orang-orang Melayu Melaka.

Melaka dijadikan gelanggang politik pada tahun 1940an . Kongres Parti Kebangsaan melayu Malaya (PKMM) yang ke-2 dan Kongres API dan Awas yang pertama di adakan di Melaka pada tahun 1947. API dan AWAS menubuhkan platun tenteranya sendiri di beberapa kawasan di Melaka dengan embina Pusat Latihan tenteranya di Padang Kambing, di Daerah Alor Gajah di pimpin oleh Bung Karim dan di Asahan /Kemendor yang dipimpin oleh Sharif Johan.

Melaka juga mengambil bahagian aktif dalam usaha menentang Malayan Union dengan mengadakan rapat umum dan berkabung. Dalam usaha mengadakan Kongres Melayu Semenanjung, Dato; Onn pada asalnya telah memilih Melaka kerana Dato Onn berkata “ …. Melaka dipilih sebab kerajaan besar Melayu dahulu ialah Melaka. Tempat hulubalang Melayu yang masyhur… Pada hari ini orang-orang Melayu kita boleh diibaratkan sebagai ibu yang sedang mengadung kesakitan, ibu yang hendak bersalin, Maka tempat belaan ibu yang sakit itu pada fikiran saya, hendaklah pada sebuah tempat bersepadan dengan tanggunannnya, buka sahaja dengan sihat bahkan pada tempat asal haknya. Maka pada sempena nama Melaka dan pendirian kerajaan Melaka di zaman dahulu itu mudah-mudahan harus kelak pada satu masa akan datang akan menjelma sebuah kerajaan Melayu yang lebih elok dari kerajaan Melayu yang telah lalu.

Sebelum mencapai kemerdekaan Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di Padang Banda Hilir Melaka pada 20 Februari, 1956. Melaka telah dipilih sebagai tempat mengisytiharkan kemerdekaan kerana Melaka pernah menjadi kuasa yang besar pada abad ke-15 dan dari Melaka kerajaan Melayu dialahkan dan di Melaka juga harus dihidupkan kembali.

31 Ogos 1957, merupakan tarikh keramat bagi Tanah Melayu. Tanah Melayu yang telah dijajah hamper lima setengah abad itu telah diberikan kemerdekaan. Kemerdakaan telah diberikan rahmat bagi Melaka. Melaka pada satu ketika dahulu merupakan sebuah empayar yang teragung telah dibinasakan oleh penjajah era baru bagi Melaka. Melaka yang telah bangunkan oleh orang-orang Melayu dalam abad ke-15 kini dibangunkan oleh pemimpin-pemimpin yang telah diberi kuasa oleh rakyat.


Kembali Semula Ke Zaman Gemilang

Lebih kurang 30 tahun Negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan pemimpin Melaka telah bertukar ganti. Melaka bernasib baik telah memperolehi pemimpin-pemimpin yang berkaliber bertanggungjawab untuk memulihkan Melaka. Pemimpin-pemimpin seperti Datuk Kurnia Othman Talib, Encih Ghafar Baba, Datuk hj Talib Karim, Satuk Setia Hj Abd Ghani Ali, Datuk Seri Mohd Adid Adam dan Datuk Seri Abd Rahim Tamby Chik dan kini Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah banyak mencurahkan tenaga dan fikiran untuk membangunan Melaka. Kini Melaka merupakan salah sebuah negeri kecil dengan keluasan 658 meter persegi. Negeri Melaka telah dibangunkan dalam berbagai aspek dan industri Pelancongan telah dijadikan agenda utama kerana Melaka mempunyai sejarahnya sendiri. Banyak tempat-tempat bersejarah telah dibaikpulih dan diperindahkan. Rakangkaian Muzium didirikan dan mempertingkatkan lagi tempat-tempat rekreasi di Melaka. Melaka sebagai negeri yang bersejarah mempunyai potesi sejaah yang tinggi nilainya. Potensi sejarah perlu digunakan dan dimajukan untuk dijadikan daya penarikan. Setakat ini banyak tempat-tempat sejarah telah dibaikpulih dan banyak lagi yang harus diusahakan.

Tempat-tempat rekreasi dan projek-projek pelancongan yang menarik boleh juga dibangunkan untuk menarik lebih ramai pelancong dating Melaka. Hotel-hotel bertaraf antarabangsa telah diwujudkan untuk memberikan kemudahan kepada aapelancong yang dating.

Kini Melaka mempunayi rangkaian Muzium yang bagitu banyak dan ini merupakan satu usaha yang patut disambut oleh semua pihak, kasnha di Melaka. Di amping itu tempat-tempat rekreasi seperti Taman Ular, Taman Buaya, Taman Mini Malaysia, Taman Mini ASEAN, Taman Rekreasi Air Keroh, Zoo Melaka, dan banyak lagi tempat rekreasi merupakan di antara tempat-tempat yang menarik di Melaka.

Unsha-usaha ini merupakan satu “laluan” untuk memperkenalkan Melaka kepada dunia luar. Kini beberapa persidangan, seminar dank ogres peringkat antarabangsa telah diadakan di Melaka. Dengan Projek pembsaran Lapangan Terbang Batu Berendam kemungkinan lebih ramai pelancong dapat datang ke Melaka. Kini Muzium Daerah juga telah diwujudkan dan dengan metlamat kerajaan menjadikan seluruh Negeri Melaka sebagai muzium akan telaksana.

Melaka telah melalui satu masa yang panjang, selama hamper 600 tahun. Laluan yang penuh “Glory and Trajedy” yang akan menajdi teladan dan amaran kepada genarasi hari ini dan akan dating bahawa sebuah desa purba boleh menjadi sebuah kota bandaraya, tetapi jika tidak berhati-hati sebuah kota bandaraya akan menjadi kota tua yang tidak bermaya.


oleh

Baharam Azit

Artikel ini terdapat dalam buku Cenderama Pelancara Buku

“KESULTANAN MELAYU MELAKA”

oleh Dr.Prof Yusuff Hashim

sempenan Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandar Raya Bersejarah.

Majlis dirasmikan oleh

YAB Datuk Seri Abs Rahim Bin Datuk Tamby Chik

Di Dewan Hang Tuah Melaka

Sabtu, 3 Jun 1989.