HIBURAN DAN PERMAINAN TRADISI
Adalah dikatakan masyarakat Melayu tradisional sangat berminat dengan
hiburan dan permainan. Unsur-unsur budaya yang boleh memberi mereka apa juga bentuk hiburan sangatlah diminati. Sifat-sifat seperti ini sangat dirasai hingga kepada generasi hari ini. Orang-orang Melayu dikatakan terlalu leka dengan hiburan hingga lupa kepada tugas dan tanggungjawab. Adakah ini diwarisi dari hasil budaya zaman silam?
Seoang ahli pelayaran barat bernama Duarte Barbosa mengatakan “ orang-orang Melayu sangat sukakan muzik dan permainan” Kenyataan ini ada benarnya. Dalam budaya Istana muzik adalah satu yang perlu. Bagitu juga budaya dan tradisi luar istana juga memerlukan hiburan dan mainan untuk mengisi masa lapang mereka disamping dapat menghiburkan mereka. Budaya tradisional yang diamalkan di kampung-kampung hingga ke era ini adalah diwarisi dari budaya lampau. Banyak aktiviti yang dicipta hasil dari kreativiti mereka semata-mata untuk tujuan rekreasi.
Unsur-unsur budaya hiburan ini yang berakar umbi di Melaka terus berkembang dan di samping itu menerima pengaruh budaya luar dan semua aspek kesenian terus diamal dan dilaksanakan. Banyak pengkaji-pengkaji luar yang melihat dari ilmu Sosiologi dan Antropologi mengatakan mereka sangat gemar pada kesenian dan permaian. Di antara unsur-unsur kesenian dan permainan yang terdapat ialah
- Joget
- Dondang Sayang
- Ronggeng
- Dikir Barat
- Berzanji
- Bercerita
- Berteka-teki
Dengan pengaruh-pengaruh luar terdapat pula
- Wayang (Pengaruh Cina)
- Bangsawan (pengaruh Barat)
- Boria (Hindustan)
- Hadrah dan Dabus (Pengaruh Arab)
Permainan yang terdapat dalam buaya istana termasuk
- Sepak Raga
- Catur
- Bermain Gajah
- Bermain Kuda
- Sabung Ayam
Budaya dan Tradisi Istana
Istana Melaka merupakan lambang keagungan Kerajaan Melayu di rantau ini. Perkembangan budaya yang menyebabkan berlakunya perubahan budaya dan tradisi istana bermula dari istana. Istana dan kawasan urban merupakan arena perubahan budaya Melaka. Fungsi istana dalam penyibaran unsur-unsur budaya amat penting. Ini adalah disebabkan golongan istana berada dalam stratifikasi sosial yang tinggi. Mereka mengamalkan nilai-nilai budaya yang sangat tinggi. Bagi mereka budaya yang mereka lalui dan budaya yang mereka amalkan memberikan mereka satu status yang teragung dalam seluruh empire Melayu. Ini adalah lambang kebanggan mereka.
Orang-orang Melayu gemar pada hiburan. Tambahan pula kepada golongan istana. Bagi mereka masa untuk berhibur atau masa lapang bagitu banyak, Ini adalah kerana segala urusan dijalankan oleh pembesar-pembesarnya atau pembantunya. Tambahan pula kedudukan ekonomi mereka sangat kukuh, oleh itu mereka mampu mendapatkan penghibur-penghibur yang ternama untuk menghiburkan mereka. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka penghibur-penghibur ini termasuk
- penyanyi
- penari
- penyair
- tukang cerita
- pemain alat-alat muzik tradisional
- pelawak
- pujangga
- pemain silap mata
Mereka yang mempunyai kebolehan dalam bidang masing-masing dianggap telah meningkat status sosialnya dan menjadi orang kesayangan sultan dan istana. Mereka berfungsi sebagai artis atau penghibur bertanggungjawab memberikan hiburan kepada golongan istana. Untuk menjadikan budaya istana ini lebih menarik mereka sentiasa menjaga mutu dan nilai seni mereka. Mereka ini boleh dikatakan sebagai ‘artis istana’ . Pesembahan mereka, walau apa bentuk sekali pun, hendaklah menarik mata memandang dan sedap telinga mendengar.
Budaya istana ini biasanya akan tertumpu di istana sahaja, namun demikian kadangkala ia akan melimpah keluar akibat dari pertemuan dengan orang-orang yang berpengaruh di luar istana.. Proses pengaliran keluar budaya istana ini pula akan mengubah budaya dan tradisi rakyat luar istana. Contohnya, tarian-tarian yang pada asalnya menjadi hiburan golongan istana atau dimonopoli oleh golongan istana melimpah keluar dan ditarikan oleh rakyat biasa seperti yang terdapat dalam tarian Joget Lambak. Joget Lambak akhirnya ditarikan oleh gadis-gadis kampung atau gadis luar istana sebagai hiburn masa lapang mereka. Bagitu juga dengan permaian sepak raga yang menjadi tradisi dan budaya istana akhirnya menjadi hak bersama. Budaya ‘The Great Tradition ‘ dan budaya ‘ Little Tradition ’
Raja adalah lambang teragung dalam budaya dan tradisi sesebuah negara. Raja Melaka adalah orang yang berkuasa dalam empire pemerintahnya. Dia menguasai kuasa politik dan ekonomi Kekuasaan absolute ini memberikannya kekuatan menguasai budaya seluruh empirenya. Ia menjadi lambang kedaulatan dan perpaduan masyarakat Melayu tradiosional. Sebab itu ‘ perintah raja mesti diturut, raja disembah dan ‘pantang derhaka’ kepada raja. Raja memegang kuasa kehakiman. Jika ia kata ‘bunuh’, ‘mati’ sahaja jawapannya.
Raja banyak dibantu oleh pembesar-pembesarnya. Oleh itu masa terluang bagi mereka banyak dan menjadi ‘past time’ mereka. Masa lapang ini diisi atau dipenuhkan dengan hiburan-hiburan. Hiburan ini selain dinikmati pada masa lapang, terdapat juga hiburan-hiburan pada hati-hari perayaan atau upacara tertentu. Terdapat berbagai-bagai jenis hiburan atau budaya seni dipertuntunkan seperti nyanyian, tarian, bermain alat-alat muzik, bermain teka teki, bermain catur, sepak raga dan sebagainya.
Di samping itu tradisi raja juga menunjukkan yang golongan istana ini ada kegiatan atau aktiviti di luar istana. Salah satu aktiviti yang popular di kalangan raja-raja ialah berburu. Mereka berburu bukan sahaja untuk mendapatkan haiwan buruan tetapi mereka juga berminat untuk mencari dan mengutip kulit-kulit kerang, mengutip telur penyu dan menangkap ikan.
Raja juga suka berkelah dan melawat tanah jajahan takluknya sebagai aktiviti menghabiskan masa lapang mereka dan menjadikannya sebagai aktiviti keseronokan dan menghiburkan. Di mana-mana mereka pergi pembesar-pembesar yang dilantik menjaga tanah jajahan itu sedaya upaya mengadakan program yang memberikan keseronokan dan hiburan kepadanya, Biasanya disedikan makanan yang enak-enak, khasnya makanan yang popular di daerah itu, nakanan yang yang digemarinya, mengadakan tarian dan nyanyian oleh gadis-gadis jelita dari jajahan itu, tempat dan rihat dan beradu yang selesa dan menarik.
Selain dari hiburan masa lapang terdapat juga hiburan-hiburan yang diadakan pada hari-hari perayaan seperti hati pertabalan raja-raja, hari perkhawinan di raja, Anugerah gelaran, hari berkhatan, Hari adat mencecah tanah, Hari adat puleh umur, menyambut tetamu luar. Dalam majlis-majlis seperti ini sambutan digambarkan seperti berikut
- membedil meriam dengan das-das yang tertentu
- diiringi dengan alat-alat muzik seperti gendang, gong, serunai, nafiri dan harbab
- Berbagai muzik dan tarian
- Mereka yang mempunyai kepandaian masing-masing mempersebahkan permainan masing-masing seperti silap mata, beradu tenaga, silat pencak dll.
Dalam bidang permainan pula diadakan pertandingan dan pertunjukan
- bermain gajah
- bermain kuda
- sabung ayam
- sepak raga
Perayaan ini tidak habis dalam masa yang singkat. Sekurang-kurang 3 hari atau 7 hari. Sejarah Melayu mecatatkan “ …. Upacara bertindik puteri Sultan Pahang dengan berbagai-bagai kesukaan seperti bunyi-bunyian, tepuk tari, dll. Mengikut adapt-adat raja yang besar….” Dalam majlis ini bermacam makanan disediakan.. Lihat bagaimana digambarkan dalam Hikayat Hang Tuah mengenai hiburan dalam perayaan ini,
“ ……maka minumlah terlalu ramai beranggap-anggapan. Maka bunyi-bunyian dipalu oranglah terlalu ramai, maka berahilah. Ada yang menari, ada yang menggigal, ada yang bertandak, ada yang bermain tombak di atas kuda dan ada yang bermain rakat…..”
Golongan pembesar istana sangat suka menari dan menyanyi dan tradisi ini digemari hingga ke jenerasi hari ini. Dalam datu majlis pula digambarkan ‘
“ Maka rebana pun berbunyilah kelimanya sekali. Maka biduan itu pun bernyanyilah terlalu merdu suaranya, maka Tun Jenal pun bangkit menari dua tiga langkah dinggakannya kepada Laksamana. Laksamana pun bangkit menari, seta membaiki panjang kainnya dan mengiringkan keris panjangnya……… Maka Laksamana pun menarilah terlalu manis tariannya tiada pernah orang Inderapura melihat tarian seperti tari Laksamana itu….. “
Selkain dari itu mendengar hikayat juga menjadi hiburan raja-raja. Salah seorang pembaca hikayat yang terkenal ialah Hang Jebat, Beliau boleh bercerita dengan nada suara yang sayu dan memilukan, suka, saying dan berbagai-bagai gaya. Sultan sangat suka mendengarnya hingga sultan tertidur diatas pehanya,….”
Muzik yang paling utama dalam istana ialah NOBAT. Nobat ialah muzik yang melambangkan kebesaran raja Melayu. Ianya hanya dimainkan pada majlis tertentu sahaja. Dalam zaman kesultan Melayu Melaka nobat telah diwujudkan, Pertabalan raja-raja Melaka disertai dengan nobat. Setelah Melaka diserang oleh Portugis, Sultan Mahmud telah membawa bersama-samanya alat muzik tradisional ini berundur dari Melaka.
Nobat terdiri dari alat-alat muzik seperti
- Gendang
- Serunai
- Nafiri
- Negara
- Madeli
Sebelum Sultan Mahmud mangkat di Pekan Tua, Kampar, Sumatera, orang-orang Perak datang menemui baginda agar baginda mengizinkan salah seorang puteranya menjadi raja di Perak. Pada tahun 1528 Raja Muzaffar, putera Sultan Mahmud telah dinobatkan sebagai Sultan Perak yang pertama.. Adalah dilaporakan
“ Raja Muzaffar Syah telah belayar ke Perak membawa bersama-samanya NOBAT MELAKA”
Tradisi budaya Nobat Melaka yang digunakan selama hampir 100 tahun di Melaka akhirnya diteruskan oleh Perak.
Alat muzik tradisional istana ini sangat penting terutama dalam majlis dan istiadat menyambut utasan luar yang datang, menyambut surat-surat yang penting. Sejarah Melayu menggambarkan
“ …. Maka surat diambut dibawa naik ke atas gajah naka diarak dengan paying putih dua berapit.. gendang serunai, nafiri, Negara….”
Nobat dan bunyi bunyian istana sangat duperlukan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi juga digunakan bagi perayaan dan untuk peristiwa-peristiwa tertentu dalam masyarakat istana itu.
Kini kita lihat pula the Little Tradition Continuue atau budaya rakyat. Dari segi bilangan, mereka yang mengamalkan budaya dan tradisi rakyat lebih ramai dari mereka yang mengamalkan budaya istana. Rakyat tinggal di luar kota, di desa-desa atau di pendalaman. Mereka mengikut kelompok atau puak keluarga masing-masing. Mereka dipimpin oleh ketua-keluarga atau ketua kelompok. Kekuatan dan status keluarga itu bergatung pada besar kecilnya kelompok itu dan juga pengaruh ketua mereka.
Selain dari ketua terdapat juga pakar-pakar tertentu dalam keluarga itu yang menguruskan kelompok itu. Biasanya ada pawang atau bomoh kampung. . Dia bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan dan gangguan makhluk halus. Mereka percaya semua penyakit ada hubungkait dengan kuasa luarbiasa atau makhluk halus. Mereka dalam zaman ini diibaratkan seperti doktor. Bezanya Pawang atau Bomoh ini boleh menguasai alam ghaib. Terdapat juga Imam dan Bilal yang menguruskan hal-hal agama dan pelajaran. Belajar sembahyang, membaca Al Quran, sembahyang semuanya di bawah tanggungjawab Imam dan pegawai agama ini. Bidan kampung untuk menguruskan ibu-ibu yang mengandung dan yang bersalin. Mak Andam dan Pak Andam akan menguruskan hal-hal perkahwinan dan menjaga dan menghiaskan pengantin. Mereka ini dianggap sebagai ketua atau pemimpin di kampung atau orang tua-tua kampung.. Di samping mereka terdapat ketua kelompok. Dalam era ini dinamakan Penghulu. Penghulu menjaga keamanan dan keselamatan kampung.
Masyarakat Melayu lama amat percaya kepada kuasa mistik. Pawang dan Bomoh sangat-sangat dihormati. Ada bergantung hidup pada pawang dan bomoh. Sakit sedikit atau ditimpa bencana sedikit telah merujuk pada bomoh. Bomoh menjadi figure, yang sangat dihormati. Boleh dikatan setiap kampung ada ‘Pawang Kampung. Ini adalah kerana masyarakat Melayu amat rapat dengan alam ghaib atau kuasa luar biasa. Mereka percaya setiap benda yang ada di atas dunia ini ada mekhluk penunggunya. . Tradisi ini dipercayai diwarisi sejak dari zaman Parameswara lagi. Walaupun setelah Islam bertapak di Melaka kepercayaan ini menjadi budaya dan tradisi hidup mereka. Kepercayaan ini melalui satu zaman yang lama dan terus hidup hingga ke masa kini. Kuasa mistik ini sukar dipinggirkan oleh masyrakat Melayu kecuali bagi mereka yang kuat pegangan agamanya.
Budaya dan tradisi rakyat ini dikaitkan rapat dengan alam luar biasa. OLeh itu setiap gerak dan langkah ada serapah dan jampinya. Contohnya, pengantin hendak berandam ada serapah jampinya, hendak memakai baju ada serapah jampinya, hendak turun tangga, hendak bergerak, hendak naik pelamin dan masuk bilik semuanya ada serapah jampinya. Asap kemenyan dan sireh jampi mesti ada sentiasa sebagai pengantaraan menghubungi alam ghaib dengan manusia. Is diadakan bagi mnentukan semuanya berjalan dengan baik. Jika bemain senjata, senjata itu perlu diusap dengan kemenyan terlebih dahulu. Inilah budaya yang diwarisi sejak dahulu dan ada yang terus diamalkan hingga kini
Dalam konsep kepercayaan ini mereka yakin setiap apa yang dilakukan dan di mana mereka berada, ada hubungan dengan kuasa ghaib. Contohnya dalam aktiviti pertanian, seperti menanam padi, dikatakan ada semangat padi. Semangat ini perlu dipulihkan dahulu dan satu majlis memulih semangat padi diadakan sebelum turun ke sawah. Bagitu juga sebelum menuai pada ada upacaranya yang dilakukan dalam hubungan dengan kuasa ghaib ini. Ini lah kepercayaan masyarakat Melayu yang diwarisi sejak dahulu.
Hendak mendirikan rumah ada prosedurnya
Hendak turun ke laut ada prosedurnya bagi mengelakkan dari gangguan ‘hantu laut’
Hendak membuka lading ada prosedurnya.
Hendak membuang air kecil di merata tempat ada prosedurnya
Pendek kata apa sahaja yang dilakukan hendaklah dapat izin atau hendaklah sesuai dengan tempat masa dan keadaan seperti yang ditentukan oleh pawang.
Nasihat pawang tidak boleh dibantah Takut-takut ditimpa balak bencana kemudiannya. Bagitulah kuatnya kuasa pawang atau Bomoh. Bila pawang itu meninggal dunia, kuburnya dipelihara dibesarkan, dipanjangkan dan dihiasi dan dilawati dan dianggapnya sebagai keramat. Ada yang terus meminta pertolongan membawa air, kemenyan, bertih pisang atau sebaginya, seolah-olah ianya masih hidup.
Di Melaka terdapat “Pesta Mandi Safar” Pesta ini tidak terdapat di mana-mana negeri di Tanah Melayu. Ia dikatakan berasal dari Melaka dan budaya jati rakyat Melaka.
Kereta Lembu pengangkutan yang penting dalam Pesta Mandi Safar
Pesta Mandi Safar adalah satu perayaan masyarakat Melayu yang telah diwarisi dari zaman ke zaman. Tidak dapat dikesan bilakan pesta itu bermula. Namun demikian kita yakin ianya bermula dari Melaka. Pesta ini diadakan setiap tahun dalam bulan SAFAR. Ia diadakan pada setiap hari Selasa malam Rabu sepanjang bulan Safar. Biasanya ada 4 malam Rabu sepanjang bulan Safar itu. Kemuncak pesta ini ialah pada malam Rabu terakhir dalam bulan Safar itu.
Di Melaka, pada malam Rabu yang pertama diadakan Pesta Mandi Safar di merata tepat termasuk Batu Gajah, Merlimau, Pdang Temu, Tanjung Bidara dan beberapa tepat lagi yang dikelolakan oleh masyarakat setempat. Pesta ini merupakan pesta ‘peringkat tempatan’. Ianya dihadiri oleh masyarakat di sekitar tempat itu sahaja. Ia juga boleh dikatakan sebagai peringkat ‘rehersal’ sebelum mereka perigi ke peringkat menengah dan peringkat akhir. Tujuan diadakan pesta di peringkat ini ialah untuk memahir dan mematapkan geraktari dan mengingatkan kembali lagu dan pantun yang akan digunakan pada perinkat menengah di Pulau Besar dan juga pada peringkat akhir di Tanjung Keling.
Pada perinkat pertengahan pula, iaitu pada hari Selasa malam Rabu yang ketiga, peminat-peminat Pesta Madi Safar akan bertumpu di Pulau Besar. Pangkalan-pangkalan yang biasa digunakan untuk ke Pulau Besar ialah Kuala Sungai, Sebatu, Sempang, Serkam, Umbai, Pernu, Teluk Mas, Duyung dan Melaka. Bagi mereka yang tidak hendak ke Pulau Besar boleh berpesta di Duyung.
Kemuncak segala Pesta Mandi Safar di Melaka pada hari Selasa Malam Rabu yang keempat atau malam Rabu terakhir di Bulan Safar itu. Ianya diadakan di Tanjung Keling. Tg.Keling terletak kira-kira 10 km dari Bandar Melaka. Pantainya berpasir dan terdapat kampung nelayan di situ.
Sebelum pesta Mandi Safar itu peasent-peasent Melayu khususnya petani dan nelayan akan menghiasi kereta-kereta lembu mereka. Kereta lembu ini akan digunakan sebagai kenderaan pengangkutan mereka ke Tanjung Keling. Mana-mana bahagian kereta lembu yang buruk dibaiki, dinding-dinding kereta lembu dicuci dan di warnakan dengan warna yang menarik. Kajang-kajangnya diganti dan dihisi dengan bunga-bunga yang diperbuat dengan kain atau kertas warna. Keliling kereta lembu dihiasi dengan bunga-bunga supaya keluhatan menarik. Semuanya dilakukan secara gotong royong.
Lembu-lembu juga dimandikan dan disapu dengan minyak. Tanduk lembu dan kuku lembu juga dicuci dan dikilatkan. Dihujung tanduk lembu diletakkan bunga agar menjadikan pesta itu lebih meriah dan ceria lagi.
Sahari dua sebelum pesta itu, mereka telah bertolak dari kampung masing-masing. Beberapa buah kereta lembu bergerak dalam ‘konvoi’ masing-masing. Biasanya gadis-gadis desa yang selama ini dipingit memenuhi ruang-ruang di dalam kereta lembu itu. Selain dari itu terdapat perempuan-perempuan dewasa yang diamanah untuk menjaga gadis-gadis tersebut. Konvoi-konvoi ini akan bertemu dengan konvoi-konvoi dari kampung lain dan ini mejadikan ia lebih meriah lagi. Konvoi-konvoi iyu bergerak sepanjang malam dalam suasana yang meriah.
Sepanjang jalan ke Tanjung keeling mereka berdondang sayang dan berpantun diiringi dengan gong, gendang, rebana dan biola. Dari jauh kedengaran bunyi gong menunjukkan ada kereta lembu yang telah mulakan perjalanan ke Tanjung Keling. Di Tanjung Keling terdapat beberpa buah panggung didirikan untuk tunjuan menari joget dan pesta ronggeng. Panggung ini khas untuk menari antara lelaki dan perempuan. Penari-penari disediakan dan mereka yang ingin menari dikenakan bayaran tertentu. Ini sebagai tambahan kepada pesta itu.
Kereta-kereta lembu yang sampai ke Tanjung Keling membuat gelanggangnya sendiri. Beberapa buah kereta lembu dari konvoi masing-masing membuat satu kepungan. Di tengah-tengahnya di buat gelanggang untuk Joget Lambak. Oleh kerana banyak konvoi kereta-kereta lembu maka terdapat banyak gelanggang Joget Lambak.
Dalam pesta joget lambak hanya gadis-gadis sahaja dibenarkan menari . Pemuda-pemuda tidak dibenarkan masuk menari bersama. Pemuda-pemuda hanya dibenar menjadi pemantun dan penonton. Bagitu juga pemain alat muzik yang terdiri dari orang lelaki tidak boleh masuk menari, Mereka hanya bermain alat muzik dan juga boelh jadi pemantun.
Sebaik sahaja gendang dipukul, biola digesek dan gong dipalu, gelanggang akan menjadi tumpuan. Gadis-gadis mula masuk gelanggan menari dan terus menjual pantun. Tujuan membuka pantun ialah mengharapkan ada lelaki yang di luar gelanggang menjawab pantunnya. Pantun-pantun itu berkait dengan sindir menyindir dan usik mengusik. Lama kelamaan akan masuk pada soal cinta dan sayang.. Kadang-kadang hingga larut malam atau sampai pagi.
Penonton yang tidak berpantun turut menceriakan majlis dengan menepok tangam dan bersorak sambil meniup jari. Ada yang turut membantu rakannya yang berpantun ketika rakannya kehabisan idea. Gelanggang yang mempunyai penari-penari yang cantik dan pemantun-pemantun yang baik akan kekal hingga ke pagi. Pada subuh pagi rabu kebanyakan mereka akan turun dan mandi laut sebagai memenuhi sebahagian dari upacara mandi safar. Apabila dikatan mandi safar mereka hendaklan mandi. Ini sebahagian dari upacara tersebut.
Bergembiralah mereka sepanjang tanpa tisur, sepanjang malam mereka berpesta dan pemuda-pemuda mengambil pelung untuk mencari gadis-gadis sebagai jodoh mereka. Ada juga orang mengatankaan pesta mandi safar sebagai ‘pesta mencari jodoh’.
Ada jugayang mengatakan Pesta Mandi Safar ini juga adalah satu perayaan yang diwarisi dari zaman ke zaman ini berunsur kehinduan. Sebelum kedatangan Islam banyak amalan-amalan dan adapt-adat di zaman Parameswara diteruskan. Setelah datangnya Islam mana-mana amalan dan adapt yang dianggap tidak abertentangan dengan aqidah Islam diteruskan. Adakah Pesta Mandi Safar ini menyamai amalam adapt dan perayaan yang diamalkan oleh pengikut agama Hindu?
Bagi orang-orang Hindu mereka percaya kepada upacara menebus dosa atau mencuci dengan dengan cara mencelupkan badan mereka di Sungai suci. Sungai suci itu ialah Sungai Ganges. Peristiwa itu biasanya dilakukan di Bandar suci mereka iaitu di Benares. Orang-orang Hindu yang jauh biasanya datang ke Benares dengan menggunakan pengangkutan tradisional mereka iaitu kereta lembu yang dihias cantik. Lembu-lembu mereka dan keretanya dihisi indah untuk memeriahkan lagi pesta menebus dosa itu. Sebelum mandi mereka adakan tarian keagamaan dan nyanyian lagu-lagu suci mereka.
Jika dilihat secara kasar sememang ada kesamaan pesta ini dengan dengan pesta atau perayaan yang diamalkan oleh penganut agama Hindu itu. Bagi setengah-setengah oerang Melayu Mandi Safar juga sebagai acara memohon dibersihkan dari dosa. Kemungkinan persamaan ini amat besar kerana ia diwarisi lebih awal lagi. Jika amalan ini diwarisi zaman kerajaan Melaka Hindu (sebelum Parameswara memeluk Islam) anggapan ini betul. Ia adalah majlis menebus dosa ketika zaman awal Melaka dibuka dan diteruskan warisan ini dengan intrepitasi yang sama tetapi dilihat dari segi Islam dan disesuaikan dengan budaya Melayu. Lagu suci Hindu ditukar kepada dondang sayang dan tarian keagamaan ditukar kepada Joget lambak. Mandi dilakukan di laut, sungai atau perigi. Fungsinya seolah-olah sama dan intepritasinya berbeza. Jika teori ini betul soalan pertama bilakan Mandi Safar ini Bermula sudah terjawab. Ia bermula dalam zaman kerajaan Melaka di bawah pemerintahan Parameswar, sebelum beliau menganuti Islam. Pesta zaman Parameswara ini diadakan di Tanjung Keling dan pesta ini diteruskan di zaman pemerintahan Islam di tempat yang sama kerana mereka beranggapakan tidak ada pertentagan aqidah dalam pesta itu.
Kini Pesta Mandi Safar dianggap bertentangan dengan aqidah Islam keranan banyak maksiat berlaku. Dalam tahun 1970 ia berubah corak dan dijadikan Pesta yang lebih tersusun pengelolaannya dan di namakan PESTA BUDAYA. Pesta Budaya ini diadakan di Pantai Kundur. Pesta ini lebih hebat dan lebih banyak membawa keburukan. Oleh itu ditukarkan dengan konsep baru itu PEKAN BUDAYA, juga dapat tentangan dari masyarakat. Dengan ini Pesta Mandi Safar tinggal dalam lipatan sejarah budaya orang Melayu Melaka.
Puisi dalam Masyarakat Melayu
Dalam budaya dan tradisi istana banyak sekali banyak peristiwa-peristiwa dan cerita-cerita yang ditulis mengenai mereka tetapi budaya dan tradisi rakyat jelata banyak yang terlepas pandang. Tidak ada pujangga dan penulis hikayat yang menulis tentang kehidupan rakyat Melaka pada zaman kesultanan Melaka. Mereka menulis dan merakamkan hal-hal istana dan raja-rajanya. Namun demikian budaya dan tradisi golongan bawahan ini dapat diketahui melalui tradisi lisan yang diceritaka dari mulut ke mulut.
Budaya istana jauh bezanya dengan budaya luar istana. Budaya luar istana mempunyai tradisi dan budayanya sendiri, hidup sendiri dalam kelopok masyarakat masing-masing. Mereka mengamalkan kegiatan ekonomi secukup hidup yang simple. Rata-rata mereka hidup sebagai petani dan nelayan yang miskin dan tinggal di rumah-rumah yang simple. Sebagai seorang petani dan nelayan mereka mempunyai masa lapang yang banyak. Pada masa lapang inilah mereka menghiburkan hati mereka dengan berbagai aktiviti hiburan dan permainan. Masa lapang ini juga memberikan mereka ruang untuk berfikir dan berkarya bagi menghasilkan berbagai unsure seni dan budaya.
Pada zaman dahulu banyak terdapat cerita-cerita dongeng rakyat dalam bentuk lisan yang diceritaka dari mulut ke mulut.. Cerita-cerita ini diceritakan kepada anak cucu mereka pada waktu yang tertentu seperti ketika hendak tidur dan diceritakan oleh tukang-tukang cerita dalam maslis-majlis tertentu seperti ketika menunggu nasi dan lauk masak di majlis perkahwinan.
Dalam satu cerita Istana digambarkan Hang Jebat bercerita. Hang Jebat sangat pandai bercerita. Beliau padai bermain dengan suara dan gaya bercerita, Bila beliau bercerita ramai orang yang hiba dan sayu terutama sampai bahagian yang sedih dan ceritanya dikatakan sangat sedap. Sultan turut mendengar ceritanya dan akhirnya sultan tertidur di riba Hang Jebat, Bagitulah hebatnya tukang cerita pada waktu itu. Mungkin perkara yang sama berlaku kepada rakyat. Apabila cerita bau belah batu bertangkup atau cerita Bawang Putih dan Bawang Merash diceritakan ramai penbdengar yang menangis. Ini terletak pada kepada kepandaian tukan cerita.
Apakah motif yang terdapat di sebalik bercerita dalam masyarakat lama itu? Bercerita bukan setakat memberi hiburan dan keseronokan kepada pendengar tetapi juga menyampaikan mesej cerita dan juga memberi pengajaran kepada rakyat.
Seni suara juga sangat diminat oleh golongan bawahan ini Mereka bernyanyi ketika menidurkan anak-anak mereka. Mereka bernyanyi ketika bermain di waktu petang. Terdapat nyanyian di majlis-majlis perkhawinan. Mereka bernyanyi, berpantun dan menari dalam majlis joget lambak. Dalam majlis yang berkaitan dengan agama terdapat bezanji, qasidah, bersyair, marhaban dan ketika hendak belajar agama mereka bernazam.
Bagi menjadikan majlis lebih menarik dan seronok, majlis tari menari sesama ahli kelompok di adakan. Boleh dikatakan semua kelompok family dam sesuatu daerah ada tarian dan nyanyian masing-masing. Pada hari perayaan masing-masing mereka akan menyanyi dan menari sambil mengadakan jamuan makanan.
Mereka juga mencipta berbagai-bagai jenis permainan untuk menjadi penghibur kepada masyarakat mereka. Permainan dan seni biasanya berbeza dari satu tempat dengan satu tempat. Apabila berla pertembungan budaya mereka akan mengubahsuaikannya dan akhirnya diterima oleh semua pihak.
Ahli masyarakat yang pandai dalam sesuatu bidang terus menyumbangkan pertunjukan mereka atau khidmat mereka tanpa sebarang bayaran tetap. Sumbangan mereka tidak ada nilai ekonomi. Pemain alat-alat muzik dalam satu-satu keramaian hanya diberikan minuman dan makanan sahaja. Bagitu juga bomoh dan pawing diberikan wang pengerasnya sahaja. Wang pengeras ini sangat kecil nilaynya jika dibandingkan dengan usahanya. Mereka yang pandai bersilat diberikan tepukan. Oleh itu sumbangan yang diberikan oleh masyarakat luar istana ini hanya semata-mata untuk hiburan orang ramai dan sumbangan kepada mereka tidak ada nilai komersial pun.
Jika yang bermain gendang, bocor gendangnya, yang bermain biola, putus biolanya mereka terpaksa membaiki dengan belanjanya sendiri. Tidak ada kos pengankutan, tidak ada elaun makan dan tidak ada apa-apa bayaran pun diberikan kepada pengiat-pengiat seni. Bagi mereka sumbagan tenaga untuk menghiburkan ahli masyarakaynya adalah lebih utama. Di istana mereka yang menyubangkan hasil seninya diberikan penghormatan dan meningkat status sosialnya di kasihi oleh sultan..
Inilah tradisi dan budaya istana dan luar istana yang dapat dilihat dan ada yang diwarisi keseluruhannya atau telah diubahsuai akibat dari pengaruh budaya luar, hingga ke hari ini. Masyarakat hidup berpandukan budaya dan tradisi masa lampau. Namun demikian hiburan dan permainan adalah sebahagian dari hidup masrakat Melayu dulu dan kini.